Alhamdulillah…Terima Kasih Allah.. I Love U Allah…
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh…
Salam ukhuwah semuanya..
Jangan lupa hadiahkan al-Fatihah buat Nabi SAW, para
keluarga dan sahabat Baginda, utk ibu bapa kita, diri sendiri, adik-beradik
kita, guru-guru kita, sahabat-sahabat kita dan saudara seIslam kita seluruhnya…
(sedang membudayakan itu di dalam diri)…
Alhamdulillah…tahun 2013 menjelma. Dan saya pasti, makin
bertambah cabaran yang bakal ditempuhi. 5 hari sudah berlalu, rasanya belum
terlambat utk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi.. Semoga tahun ini bakal
memberikan seribu satu kenangan yang bisa mendidik diri menjadi hamba Allah
yang terbaik..Tahun 2012, kita sematkan dalam lipatan sejarah kehidupan kita.
Yang manis di kenang moga menjadi pembingkas semangat kita. Yang pahit, usah di
sesali. Jadikan is sebagai pengajaran dan jalan untuk kita mengubah hidup
kepada yang lebih baik.
Sudah lama tidak mencoret dalam laman blog ini, idea
berlambak, cm masa tidak mengizinkan. Pelbagai tugas dan peristiwa menghalang
diri berkarya di sini. Banyak peristiwa 2012 yang berlaku, tidak sempat
dikongsikan. Kalau nak sebut satu persatu, rasanya sampai esok pun tak habis
ditaip.Mungkin boleh dicatat serba sedikit peristiwa yang saya rakamkan dalam
diari hidup saya..
SPM 2012…
Mengapa peristiwa ini yang saya catatkan..??ya..Adinda saya
Rabiatul Addawiyah, menduduki peperiksaan SPM..ya, dia student sy, dia juga
adik saya. Ada sesuatu di sebalik hidupnya yang membuatkan saya mengambil dia
sebagai adik saya. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan dia dan
keluarganya..memberi saya pengalaman hidup dan pengajaran yang sukar utk kita
rasa..semoga ukhuwah ini diberkati dan diredhai Allah dik.. Anyway, sudah
selesai pun peperiksaan SPM, sy menjadi warden bertugas sehingga tamat
peperiksaan..Alhamdulillah, semoga ruby dan sahabat2nya berjaya dengan
cemerlang kelak.. Aamiin..
Abangku berubah status…
Alhamdulillah..Allah cambahkan lagi keluarga saya. Abang
saya Zaki Al-Jihadi, selamat dijodohkan dengan Kak Juliza Idris pada Nov yang
lalu..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..walaupun malam kenduri tu
hujan saaangat lebat, namun kuasa Allah, kita hanya mampu berdoa dan memohon
Allah mudahkan segala-galanya..Tahniah abang..Semoga keluarga yang dibina
mendapat keredaan dan kebahagiaan dari Allah..
Adikku menjadi guru…
Alhamdulillah..rezeki adikku setelah 3 tahun
menunggu..akhirnya, dia diterima sebagai Guru JQAF di Kg Laut Kelantan..Semuanya
telah cantik dirancang dan dilakar oleh Allah..Pelbagai usaha dilakukan, namun
adik saya masih di rumah. Rupanya ada hikmah di sebalik semuanya. Tahun 2010
sewaktu ayahanda dilanda musibah kemalangan, dialah yang menjaga ayah bersama
mak. Saya pernah kata padanya..”Takpelah, in shaa Allah, berkat jaga mak dan
ayah, ada rezeki awak nanti”..
Alhamdulillah.. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mendengar,
Maha Adil.. Ayah saya dah pulih sepenuhnya, Alhamdulillah.. dan selepas itu,
adik saya berjaya mendapat tawaran menjadi pendidik..Alhamdulillah.. Benar,
kita hanya mampu merancang, namun DIA lah perancang yg paling bijaksana..
Alhamdulillah..bertambah seorang lagi pendidik dalam
keluarga. Semoga terus berjaya..aamiin..
Dr. Abdul Masani in Advance..
Abang saya yang sulung baru sahaja selesai PHD dia di
German. In shaa Allah, bulan Feb ni, viva nya..semoga abang berjaya,
dipermudahkan olehNYA .. aamiin…
Alhamdulillah…tahun 2012, menjanjikan pengajaran dan
mendewasakan diri saya yang kecil ni.ya, mmg ada impian yang tidak
tercapai.Namun, saya percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk
diri saya. Tahun 2013..keazaman perlu ditanam.
Sebagai HambaNYA.. masih banyak yang perlu saya perbaiki.
Hati dan jiwa perlu di perbetulkan kembali..menuju ke arahNYA. Melatih diri
untuk terus istiqamah..
Sebagai anak … Saya akui saya bukan anak yang terbaik utk
ibu dan ayah saya. Sedang cuba memperbaikinya..Redha Allah terletak pd redha
keduanya. Mengubah kebiasaan yang ada pada diri menjadi yang lebih baik
terhadap mereka.Saya sayang mak dan ayah..tidak dapat diukur sayang itu..hanya
Allah yang mengetahuinya..Alhamdulillah..
Sebagai guru … bila diselidiki dan didalami, masih banyak
kelemahan saya sebagai pendidik. Bagaimana saya mahu mengubah anak2 pelajar
saya bila diri sendiri tidak berani untuk melakukan perubahan. Saya pinjam
kata2 sahabat saya, ermi alias : “ seorang yang ingin berjaya perlu menerima
perubahan, dan menjadi pemimpin terhadap perubahan itu”. Ya..masih banyak yg
saya perlu ubah utk menjadi pendidik yang cemerlang. Ikhlas dan sabar, serta
redha dan istiqamah perlu ada dalam diri. Bebanan tugas 2013 bakal mencabar
semua itu.. Semoga Allah bantu saya dan kita semua..
Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun yang membawa kenangan
manis buat kita semua..
Bertemu lagi di post yang akan datang.. In Shaa Allah..
Alhamdulillah..ucapkan syukur selalu..
Terima kasih Allah..I Miss U so much Ya Allah…
|
Edited by my student : Muhd Syahir
|