Alhamdulillah..syukur kepada Allah ar-Rahman ar-Rahim..masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah yang Maha Luas ini…
Semalam (27 Jun 2012), telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat maktab..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sambutannya juga agak meriah.. Tahniah kepada jk penganjur iaitu badan-badan kepimpinan pelajar MRSM Felda atas sambutan ini..
Alhamdulillah..sambutan hari Guru diraikan bagi menghargai guru-guru. Ada game, ada anugerah (hehe..terima kasihla sbb undi saya walaupun tak layak pun..tp bak kate Ustaz Razali, terima jela budak dah bg..=) ), ada gurau, ada senda, ada tema, inilah msnya nak kenakan cikgu cikgi, inilah msnya nak tengok cikgu cikgi nak berpakaian cantik (pertama kali pakai purdah semalam huhu..), inilah masanya nak bg hadiah, nak bgtaw cikgu cikgi yang kita sayang mereka…sbb tu ade sambutan Hari Guru ni..hehe
Terima kasih kepada yang memberi hadiah2 kepada saya..semoga anda semua cemerlang dunia dan akhirat.. tiada hadiah yang lebih berharga daripada melihat anda semua Berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..itu sahaja harapan saya..
Gambar akan dimasukkan kemudian..InsyaAllah
Khaliza Yunus:
Waktu sekolah dulu, pernah sekali terlibat menganjurkan sambutan hari guru.Sambutan kami lebih kepada permainan dan game.takdek ucapan, takdek tema..=).tapi fun dan seronok..rindu kepada guru-guru saya...
اللهم اغفرللمعلمين والمعلمات الأحياء منهم والأموات برحمتك يا أرحم الراحمين
Hari ni 25 Mei 2012, hari terakhir sesi persekolahan bagi semester 1 2012. Hari di mana kami guru-guru sedang sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan untuk anak-anak pelajar tersayang. Menanda kertas (Alhamdulillah, selesai untuk subjek PAI dan B.Arab..dan keputusannya pun baik dan cemerlang..Tahniah anak2 ustazah, 201, 202, 205 dan 302), laporan homeroom yang baru selesai malam td, dan laporan akademik khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Kami tgh bertungkus-lumus menyiapkan tugas tatkala anak-anak pelajar sedang bergembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..(Maklumla..cuti 3 minggu..maktab jadi tuan rumah DMA (Debat ASEAN)..jd bukan main seronok mereka cuti..bak kata ruby "biarlah keje sek banyak pun, janji dapat duk umah lama..hehe")..
Rasanya..belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU..kepada semua mu'allim dan murobbi seluruh Malaysia, yang sentiasa bersedia menyumbangkan jasa dan pengorbanan demi kecemerlangan anak bangsa. Ya, memang kami dibayar untuk mengajar, dan Alhamdulillah rezeki Allah beri atas kenaikan gaji tahun ini. Namun kami mengajar bukan sebab duit..sebab jika dikira nilai ilmu yang guru curahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Gaji, keperluan untuk hidup. Namun, doa dan keberkatan yang paling utama. Kami mengajar kerana redha Ilahi, berkatNya dan rahmatNya. Kami mengajar kerana mengumpul pahala buat bekalan kami di sana nanti. Dosa tidak terlepas dari kami lakukan, namun harapannya agar pahala yang kami perolehi mampu menampung dan menghapus dosa kami..InsyaAllah..
Sungguh mulia bergelar guru, sangat bersyukur menjadi seorang guru. Ya, kadang-kadang guru juga melakukan kesilapan, kesilapan biasa yang tidak terlepas daripada insan biasa. Namun, guru punya sesuatu yang istimewa. Guru adalah wadah dan wasilah penyampaian ilmu warisan para anbiya'. Tugas guru adalah menyampaikan seperti saranan Baginda saw terhadap mereka. Dan apa yang mereka sampaikan punya ganjaran daripadaNYA. Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.” (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Menjadi guru di zaman ini punya cabaran yang besar. Kesabaran dan kesungguhan sesuatu yang sangat dituntut. Sabar yang terhasil daripada keikhlasan mendidik. Dan Dan semoga kesabaran tersebut ganjarannya ialah syurga.
Jauh di sudut hati, sangat seronok menjadi seorang guru. Cuma setiap kali sujud, diri tidak pernah lupa berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan serta keikhlasan dalam mendidik umat Nabi Muhammad menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan diri juga selalu memohon perlindungan agar langkah yang diambil tidak salah aturannya dan semoga yang baik-baik sahaja menjadi contoh kepada anak didikku..
Jadilah seorang GURU yang...
hadirnya diTUNGGU..
hilangnya diRINDU..
ilmunya diBURU..
nasihatnya diSERU..
tingkah lakunya diTIRU..
SELAMAT HARI GURU...=)
Khaliza Yunus: " Jasa guru-guru saya sangat saya hargai. Doa untuk mereka tidak pernah putus walau di mana mereka berada. Ucapan terima kasih kepada semua guru saya, semoga Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...Dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat GURU YANG PALING UTAMA dalam hidup saya..MAK DAN AYAH..terima kasih atas didikanmu selama ini..."
“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”
Alhamdulillah..
Hari ni baru berkesempatan nak mengupdate blog sy yang dah berkurun lama terbiar ni..al-maklumla, cikgu sekarang sangat sibuk atau sengaja menyebukkan diri hehe.Ape2 pun, saya masih lagi cuba utk setia dengan blog kesayangan saya ni.
Tugas mengiring pelajar ke pertandingan sudah menjadi antara tugas rasmi di samping tugas hakiki saya. Tahun ni, sekali lagi sy bertanggungjawab membawa pelajar sy ke pertandingan MTQ peringkat Zon..Tahun ni format pertandingan lain sikit..format terbuka, ala ala macam ujibakatla..bukan ala2 lagi dah, mmg uji bakatlah..jadi saya bersama sahabat2 saya yg lain mencarilah seramai mn yang boleh di bawa. moga2 adalah yang dapat ke peringkat seterusnya. Peringkat saringan kali ni diadakan di SMK Sheikh Abdul Ghani. Dalam pukul 12.30 semua pertandingan tamat. Dan alhamdulillah, dua orang pelajar saya bagi acara hafazan dapat ke Akademi MTQ peringkat PPD Btg Padang..(ala ala akademi fantasia gitu). Tahniah kepada Asraff bin Badri dan Akmal bin Fauzi. Kepada yang lain, semua dah buat yang terbaek..tahniah jugak!!=)
Peserta-peserta MRSM Felda
Berdiri dari kiri:
Atika(Hafazan),Aishah(Tilawah),Zulfa(Khat)
Sutinah(Khat),Munirah(Khat)
Afifah(Hafazan),Hani(Hafazan)
Duduk dari kiri:
Uzair(Hafazan),Nik(khat),Alif(khat),Azri(Tilawah)
Akmal(Hafazan),Asyraff(Hafazan)
Peserta acara sharahan
Dari kiri:
Ridzwan, Shahira dan Aqilah
Dua orang peserta yang layak ke akademi MTQ mendapat tempat ketiga dan keempat..Alhamdulillah dan tahniah..=)
Khaliza Yunus: Waktu sekolah dulu pernah menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Arab..tak pernah johan, tapi no 3 mesti dapat..tak berapa berbakat pun sebenarnya..tapi alhamdulillah...Pengalaman....=)
Alhamdulillah...
11 Feb lepas, maktab telah pun adakan sambutan maulidurrasul kelolaan BADAR. Pertama kali sambutan seumpamanya di adakan. Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Mansor yang banyak membantu..(sampai demam...hehe)..
Alhamdulillah, kami mengadakan pertandingan bagi menggalakkan pelajar menyertai. Secara keseluruhannya, pelajar sekolah saya mmg berbakat dalam membuat persembahan. Namun ada sedikit kekecewaan yang terbit kerana program yang sepatutnya membawa penghayatan dalam setiap diri pelajar bertukar menjadi seolah-olah program maharaja lawak pulak. Setiap kumpulan yang membuat persembahan menyelitkan unsur lawak. banyak gelak ketawa malam tu...sedih sebenarnya..hatta sebuah video sedih yang menceritakan kesedihan sebuah keluarga Palestin juga dilakonkan semula dalam bentuk berunsur lawak...
Mungkin pelajar saya tidak cukup lagi kesedaran dalam menghayati besarnya kelahiran Baginda Rasulullah..Besarnya nikmat yang mereka perolehi sebenarnya..Salahnya mungkin kpd kami guru2nya yang mungkin belum sempurna menanamkan rasa kecintaan mereka kepada kekasih yang agung itu...
Harapannya, agar program ini dapat diperkemaskan lagi pada tahun depan..InsyaAllah..
Khaliza Yunus:
"Berusaha sedaya upaya menghidupkan sunnah Rasulullah..Jika bukan kita, siapa lagi....???"
Semalam baru sahaja pegi menyaksikan 2 org pelajarku menyertai pertandingan MTQ peringkat daerah..Penyertaan kali pertama di peringkat zon tempoh hari melayakkan anakanda berdua ini mewakili zon sekaligus membawa nama maktab ke peringkat daerah.. Alhamdulillah, mereka sudah berusaha dan berkorban masa dan tenaga untuk ke peringkat ini..Tahniah buat keduanya..
Wakil Zon 2
Anakanda Sutinah binti Shahadan (Khat - Perempuan)
Anakanda Siti Nurhajar binti Ahmad Shah (Hafazan - Perempuan)
Tempat Ke-4..
Tahniah..=)
Tempat Pertama
Akan mewakili Daerah ke Peringkat Negeri
Mabruk...!!
Masih tak terlewat rasenya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saye yang sentiasa dalam ingatan…guru-guru di SK Kumai (1991-1997), guru-guru di SMAC (1998-2002), pensyarah-pensyarah di MCIIUM (2003-2005) dan pensyarah-pensyarah di UIAM (2005-2009), serta tak lupe buat semua guru-guru yang ada di dunia ini…kepada adik-beradik dan ipar duai yang bergelar guru..dan yang paling istimewa buat guru yang membentuk diri saye sejak dari kecil..tak lain ayahanda Hj Mat Yunus bin Abas dan Bonda Hajjah Adiyah bt Mokhtar…
Sungguh besar pengorbanan dan jasa seorang guru…persepsi orang yang mengatakan kerjaya sebgai guru adalah kerjaya yang paling mudah, pergi kerja pagi, tengahari dah boleh pulang dan berehat adalah tidak banar sama sekali…seingat aku, sepanjang menjadi guru di MRSM Felda ini, tak pernah pun aku pulang kurang daripada pukul 4..mesti pukul 4 ke atas..kadang-kadang petang pukul lima baru balik, malam datang lagi untuk mencari bahan-bahan mengajar. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar selama 22 atau 23 masa seminggu di dalam kelas, tetapi kerjaya seorang guru bermula dari hari dia mendaftar diri sebagai guru, hari pertama dia punch in kerja dan berlarutan sampai bila-bila..24 jam masa untuk guru berbakti.Tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, malah guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak pelajar membentuk sahsiah yang cemerlang agar lahir sebagai insan yang terbilang..Guru adalah guru, pendidik dan kawan baik kepada pelajar..guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang mampu menggalas tanggungjawab memimpin ummah dan Negara.
Ada segelintir manusia yang berkerjaya besar, pekerjaan yang tinggi pangkatnya menganggap kerjaya guru adalah kerjaya yang lekeh..tiada masa depan, malah ada yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru tidak mampu membuat kita kaya…ya..itu semua benar, kerjaya sebagai guru memang tidak mampu menjadikan kita jutawan yang mempunyai harta kekayaan yang banyak..namun, ia mampu memberikan kita harta yang paling bernilai buat bekalan kita di sana nanti. Setiap patah ilmu, setiap titis peluh yang mengalir dalam keikhlasan kita mendidik anak bangsa, insyaAllah ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Malah, mereka yang berpangkat tinggi, berkerjaya besar itu tidak sedar bahawa mereka yang ada pada hari ini adalah datang dari didikan seorang insan yang miskin dan kerdil iaitu “GURU”. Mana mungkin mereka mengenal ABC dan 123 jika tidak kerana seorang GURU..mana mungkin mereka boleh petah bercakap sehingga mempu menjadi seorang ahli politik yng Berjaya jika tidak kerana GURU..mana mungkin seorang sultan mampu memerintah dengan bijaksana jika tidak kerana jasa seorang GURU..maka, biarlah kita miskin harta, tetapi kita kaya dengan budi dan jasa yang akan mengalir sepanjang hayat pahalanya..
alhamdulillah..keputusan ujian selaras II telah pun diketahui..tahniah buat anak2 murid ku kelas 202 (pendidikan Islam).tahniah coz semua dapat A..paling tinggi 99..paling rendah 82..fuh..lega hati ni..risau jgak dgn prestasi anak muridku ni hehe tapi sedikit kecewa dengan result form 4 terutama kelas aku..huhu.menurun dari Ujian Selaras I tempoh hari..mungkin hari exam PAI tu diorang exam Chemistry, tumpuan mungkin lebih kepada subjek tersebut..tp aku sebagai gurunya sedikit terkilan..terasa macam semua ini berpunca dari diri aku..mungkin aku perlu memperbaiki diri dan teknik pengajaran aku..barangkali itu akan membantu mereka dalam ujian akan datang.. Ya Allah...permudahkanlah segalanya...
bile aku jd cikgu ni, wlupun hanya sekadar cikgu sandaran tp aku dapat rasekan penat lelahnya menjadi seorang pendidik. dulu aku bayangkan, jd cikgu ni senang jek, tghari dah balik..tp bile aku dah masuk ke bidang ni baru aku rase penatnya menjadi cikgu..tp jgn salah faham, bkn aku tak suke jd cikgu..mmg itu cite2 aku dari dulu sampai sekarang.nk jd seorang pendidik..
cume aku nak ingatkan diri sendiri dan sahabat2 diluar sana...hargailah guru2 anda walaupun antaranya yang membuatkan anda marah..cikgu kita marah bkn sbb die benci, tp sbb amanah yang die pikul adalah untuk membentuk anak muridnya agar berjaya dunia dan akhirat.. terima kasih tak terhingga buat guru2ku di SK Kumai 1991-1997, SMAC 1998-2002,MCIIUM 2002-2005,IIUM 2005-2009. aku ingat lagi cikgu yang paling baik ngn aku waktu sek rendah dl Cikgu Ahmad Shah, Cikgu Sabri Nawi n Cikgu Roslee..aku pun tak tahu di mana mereka sekarang, namun doa untuk mereka tak pernah putus..waktu sek men guru yang paling aku ingat Ustazah Suria wlupun sekejap jek tempoh belajar ngn ustazah.waktu sekolah ade jek guru yang kite takut dan gerun.waktu aku sek ren guru paling takut Ustaz Hamid,Cikgu Syukri n Cikgu Zahar. Ustaz Hamid skang dah keje kat PPD, kadang2 dela jupe ustaz. waktu sek men yang paling aku gerun, Cikgu Razak, Cikgu Noriah n Ustaz Din.ade peristiwa nn cikgu Noriah, waktu tu aku form 2..aku kene lempang ngn die pasal tulisan aku buruk..tulis huruf 'K'.die kate aku tulis huruf besar, sepatutnya huruf kecik..pang!!sekali..aduh, pedihnya..sedih jek..balik bilik nangis..huhu.Guru2ku waktu di SMAC
tp tu semua kenangan waktu sek dl..anyway, thank you to all my teachers..May Allah Bless you.. tunjuk ajar kalian amat bermakna buat insan kerdil bergelar Khaliza ini... Terima kasih..Syukran Jazilan... Pensyarah2ku di IIUM dengan AJK ALA
Buatmu Guruku... Terima Kasih Guru by Mirwana..
Masih jelas di minda.. Bisikan Suaramu memanggil.. Di situ langkahku bermula.. Mengejari cita kau disisi.. Lantas ku utuskan.. Lagu untuk menyatakan.. Terima kasih guru kerna hulur tanganmu.. Ku menghargai seluruh jiwaku.. Bicaramu guru kan ku ingat selalu.. Menjadi azimat hingga ke akhirnya.. Andai diberi peluang ingin ku terbang tinggi di awanan.. Kan ku petik bintang-bintang.. Ku jadikan hadiah untukmu.. Moga Tuhan merahmatimu Terima Kasih..
waktu lepas exam pendidikan seni semalam, anak murid aku dtg kat aku.bg kad warna hijau.bukan kad ucapan, tp kad jemputan ke jamuan akhir tahun..seronok aku dijemput,rasa dihargai wlupun br 2 bulan aku ajar diorang..alhamdulillah.insyaAllah, takde aral cikgu hadir,cm ckgu tak dpt janji sbb jamuannya malam.mungkin cikgu tak dpt hadir disebabkan cikgu duk jauh..anyway thank you so much adik-adikku..(adik2la, aku muda lg hehe)
nile kadnya..
bile dapat kad ni, teringat zaman sekolah dl..waktu2 ujung tahun camni mmg sibukle mesing2 nak wat jamuan..seingat akula, dr aku tingkatan 1 samapi le ting 5 tak penah miss jamuan akhir tahun hehe.bkn pe, tengok kelas lain buat, kite pun nak wat jgk hehe. menu yang paling femes ms sekoloh dl nasi goreng ayam, ayam masak merah..besenya tulah menu utama klu jamuan kat sekolah aku..tengah2 tengok gambo waktu sekolah dl, terjupela gambar2 berikut..waktu zaman mude2 hehe..
tak silap aku gambar ni mase aku form 2 or form 3..tak ingat,tp ms ni mkn nasi ayam..tu semua kengkawan aku tu..rindunya kat semua...
alhamdulillah, anak-anak murid cikgu dah selesai menjalani peperiksaan..hmm, tibe masa cikgu plakla yang pening kepala..dah pun siap menanda 1 subjek, hasilnya sedikit kecewa..hanya 5 orang mendapat A..huhu.sedih cikgu sbb cikgu dah tolong sedaya yang mungkin..tp cikgu faham,cikgu pernah belajar.adakalanya, kita dah usaha sedaya mungkin, cm hasilnya masih tak menyebelahi kite..cume diharapkan lepas ni diorang kebih berusaha.tambah2 tahun depan nak pekse penting.. selesai periksa, 1 lagi perkara memeningkan kepala cikgu..cikgu ditugaskan menyelaras program pasca peperiksaan bagi tingkatan 1 dan 2 untuk Bahasa Arab..cikgu mmg suke sbb dah lama tunggu nak guna bahasa arab ni, tp disebabkan kerja yang banyak dan bertimbun, sedikit memeningkan..tp takpe..cikgu akan cuba sedaya upaya cikgu...harapnya apa yang dirancang Allah tentukan keberhasilannya..kita manusia hanya mampun merancang hanya Allah yang menentukannya...اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن سهلا إذا شئت سهلا..اللهم يسّر ولا تعسّر
Alhamdulillah..dah seminggu aku jd cikgu ganti..akhirnya cita2 sejak kecik nak jd pendidik jd kenyataan walaupun hanya sekadar GSTT..insyaAllah, aku akan rebut peluang ni untuk timba pengalaman sebanyak yg mungkin..bile dah bergelar cikgu, brlah aku rase cmne sshnya jd cikgu..yelah, dgn mmg tak penah ade pengalaman mengajar, ssh sket aku nak handle anak murid aku.ditambah plak aku ni jarang sket nak marah2 org..kebetulan guru yang aku ganti ni guru tingkatan bg kelas yang nakal budak2nye..mule2 masuk, kecut perut jgk aku..tp dah tengok perangai diorang, aku rase aku tahu care nak handle..hmm,nmpak gayanye kn jd cikgu garang jgk..klu tidak kn buli jek ngn anak murid..rase2 nak pinjam rotan ayah akulah lepas ni hehe…mn taknye, bile aku suh buat keje sendiri (PS utk form 3), dibantainya buat keje sendiri sungguh2..de yang tido, de yang berborak..ish, sabor jelah..tp de jgk kelas yg pandai nak gn mase tu utk ulangkaji n buat keje pe2 yg patut..tp bile masuk bilik computer, pening aku..pasal sukatan dah habis, so diorang mmg buat keje sendiri..ade yg men gamelah..form 1 ok lagi, ikut ckp lg..tp klu bdk kelas aku, aduh..mmg tak dpt dikawal..rupe2nya bile ditanye, cikgu sebelum ni pun cenggitu jgk..dah tak larat nak handle, akhirnya dibiokan jek..yelah, sukatan pun dah habis ajar..di tambah plak subjek tak exam, diorang buat tak tahu jek pe ckgu ckp..kadang2 terkilanla jgk dgn perangai diorang ni..hmm..
Alhamdulillah, cikgu2 kat sekolah nisume baik dan selalu tlg aku pe2 yang patut..cm aku masih lg tak pandai nak bergaul mesra(dah mmg perangai aku cenggitu, ssh nak ramah ngan org)..bukan sombong, tp kemahiran komunikasi aku mmg kurang terutama dgn orang yg br kenal ni..insyaAllah, aku akan cb perbaikinya..
Sepanjang minggu, mn2 aku pegi student slalu beri salam, sampai penat menjawabnya…ade yang panggil aku cikgu(pasal aku ajar subjek geografi, PS n computer) n ade jgk yang panggil ustazah (pasal aku pakai tudung besar)..takpelah, tak kisahlah pe pun gelarannya..moga2 daptla jd kenyataan nnti(dapt jd ckgu tetaple)…buat masa sekarang aku masih lg menunggu mn2 panggilan interview..yelah, aku pun cikgu ganti jek..tu pun tak tahula berapa lame lagi..harap2nya adelah rezeki aku di mana2..tp buat ms skarang aku ok jek..rumah pun dekat, pg2 drive WKH 1330 lebih kurang 30 minit, sampe sek..cm penatla sket bile berulang ni, tp tak kisahla..jnji aku dpt duk umah..mnla tau lepas ni dapt keje yg jauh dr umah, payahla plak nak blk selalu..jupe ayahanda n bonda tercinta..huhu.
Ape2 pun semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan memberkati segalanya..amiin!!
assalamualaikum... hmm..dah lame tak update blog ni..sibuk sket..hr senin ritu br masuk lapor diri di SMK seri bera sebagai GSTT..so, minggu ni sibuk sket..bukan sibuk pe, nak menyesuaikan diri ngn suasana sekolah..insyaAllah nnti saya akan cerita selanjutnye..bateri laptop dah kong..dalm kelas ni suisnye tak elok hehe... untuk cik ifa..be strong k!!!=)