18 February 2012

Sambutan Maulidurrasul di maktab

Alhamdulillah...
11 Feb lepas, maktab telah pun adakan sambutan maulidurrasul kelolaan BADAR. Pertama kali sambutan seumpamanya di adakan. Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Mansor yang banyak membantu..(sampai demam...hehe)..

Alhamdulillah, kami mengadakan pertandingan bagi menggalakkan pelajar menyertai. Secara keseluruhannya, pelajar sekolah saya mmg berbakat dalam membuat persembahan. Namun ada sedikit kekecewaan yang terbit kerana program yang sepatutnya membawa penghayatan dalam setiap diri pelajar bertukar menjadi seolah-olah program maharaja lawak pulak. Setiap kumpulan yang membuat persembahan menyelitkan unsur lawak. banyak gelak ketawa malam tu...sedih sebenarnya..hatta sebuah video sedih yang menceritakan kesedihan sebuah keluarga Palestin juga dilakonkan semula dalam bentuk berunsur lawak...
Mungkin pelajar saya tidak cukup lagi kesedaran dalam menghayati besarnya kelahiran Baginda Rasulullah..Besarnya nikmat yang mereka perolehi sebenarnya..Salahnya mungkin kpd kami guru2nya yang mungkin belum sempurna menanamkan rasa kecintaan mereka kepada kekasih yang agung itu...

Harapannya, agar program ini dapat diperkemaskan lagi pada tahun depan..InsyaAllah..

Khaliza Yunus:

"Berusaha sedaya upaya menghidupkan sunnah Rasulullah..Jika bukan kita, siapa lagi....???"

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...