18 February 2012

Bertambah Usiaku..Semoga yang Baik2 sahaja..amin..=)

Assalamualaikum..

12 Feb 2012..Genaplah usiaku 27 tahun. "Happy Birthday ustazah"..ucapan yang diterima sepanjang hari tersebut.. Terima kasih kepada semua..family, friends and my students..kerana mengingati diri ini..

27 tahun, hmmm..apa yang saya dah sumbangkan sepanjang 27 tahun. Rasanya tiada apa yang istimewa. Saya masih insan biasa2 sahaja. Selalu bermuhasabah untuk jadi hamba dan umat yang terbaik. Namun, seringkali jua diri tewas dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Harapannya, semoga tahun ini membawa kebahagiaan, begitu jua tahun2 yang mendatang. Saya ingin menjadi hamba yang soleh sentiasa patuh kepadaNya, umat yang setia sentiasa mengamal sunnahnya, anak yang baik untuk ibu bapa saya, guru yang terbaik sanggup berkorban untuk anak didiknya, adik yang baik untuk kakak dan abang saya, kakak yang penyayang untuk adik-adik saya, serta sahabat yang setia untuk sahabat-sahabat saya..(ifa!!u're the first one ok...= >)

Terima kasih semua atas ingatan. untuk sahabat2, untuk adek badek, untuk sahabat baik saya ifa, untuk adik2 saya, najhah, cicit dan ruby, untuk anak2 homeroom saya (nice card u've made for me =>) untuk sha2 for the card..and untuk semua for all good wishes...=)

Ya Allah, panjangkan usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
sebagai tanda cintaku padaMu.

Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi...

Amin...




Khaliza Yunus:
"Ulangtahun kali ini ramai yang mendoakan semoga cepat bertemu jodoh..Semoga jodoh itu yang terbaik untuk saya yang Dia tentukan..=)"

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...