7 February 2012

Kem Jati Diri Tingkatan 3 & 5

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.Masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah yang luas ini. 4 hari cuti, saya hanya di maktab. Tuntutan kerja memaksa untuk terus bersabar menahan rindu kepada keluarga di Pahang. Saya bersama dengan sahabat-sahabat lain terlibat menjadi peserta dalam Kem Jati Diri Ting 3&5 di Dewan Besar MRSM Felda. Kem jati diri yang bermula dari 3 Feb 2012 sehingga 5 Feb 2012 disampaikan oleh pakar motivasi yang juga pensyarah engineering yang dijemput khas dari Universiti Malaya, Dr Raysdan bin Razi. Pemegang Ijazah Chemical Engineering dari MMU, Master dalam psikologi (UKM) dan sedang menyiapkan tesis PHD dalam engineering. Subhanallah, hebat sungguh otak dia. Berasal dari Kelantan. Dan juga bekas pelajar SMART Labu NS.
Alhamdulillah, impian untuk melihat motivasi berbentuk Islamik tercapai, walaupun pelajar mungkin dalam keadaan terpaksa menyertai kem ini. Mana taknya, orang lain bercuti. Permulaannya, sy sendiri berasa terpaksa untuk datang. HOMESICK hehe..Tapi lama-kelamaan, sy diumpan dengan butiran ilmu yang terbit daripada penceramah tersebut. Walaupun isi ceramah lebih tertumpu kpd pelajar, namun sedikit sebanyak sy sebagai guru boleh mengambil sedikit manfaat daripadanya. Ilmu jika tidak diambil dan diamal amat rugi sebenarnya. Kami guru-guru juga diminta menjadi fasi dalam kumpulan pelajar. Walaupun tak banyak slot aktiviti, tp sedikit sebanyak dapatla mengenali lagi anak2 pelajar saya.
Kumpulan saya sewaktu aktiviti Graf Kehidupan

Ustaz Yusof n Hambali

Kumpulan saya : Pelajar perempuan

Bersama KJ Sains, Kak Jah

Antara guru yang menghadiri kem



Haha..ntah pe2 gambar ni..












Diharapkan semoga kem ini sedikit sebanyak mengusik jiwa anak2 pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan nanti. Dan semoga kem ini memberi kesan kepada mereka sepanjang hidup mereka nanti, InsyaAllah..

Khaliza Yunus:
"Perubahan dalam diri menuntut pengorbanan dari segenap jiwa dan raga. Pengorbanan yang hanya terbayar dengan rahmat dan kasih-sayang dari Ilahi.Berubahlah menjadi yang lebih baik".

No comments:

Post a Comment

your comment here...