28 February 2012

Selamat Hari Lahir Mak Sayang..

 22 Feb 2012..genap usia mak menjangkau 59 tahun.mak selalu cakap "mak ni dah tua, tak larat dah"..ya memang betul mak saya dah berumur. dah tua.tp mak masih kuat orangnya. Mak...insan istimewa yang tiada gantinya dalam diri setiap manusia. Ke mana pun kita pergi, kasih sayang mak takkan pernah hilang.Bayangkan, kita dah ada hubungan jiwa dah hati sejak sebelum kita dilahirkan dengan mak.

Mak saya...Hajjah Adiyah binti Mokhtar, seorang insan istimewa. Teringat waktu kecil, mak dan ayah garang orangnya. Sangat garang...Tapi, itulah cara yg membuatkan kami menjadi apa yang kami jadi sekarang. Mak pernah cerita macam mana seksanya mak mengandungkan kami 9 beradik. Sepanjang 9 bulan 10 hari, mak tak lalu makan, mabuk2. Ayah sedaya upaya memenuhi kehendak mak walaupun duit takde. Bayangkan mak mengalami perkara yang sama ketika mengandungkan kami 9 beradik. Itulah mak saya. Pelbagai perit jerih yang dilalui oleh mak dah ayah dalam membesarkan kami 9 beradik. Dalam meniti kehidupan kami yang hanya kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg, alhamdulillah, mak dan ayah masih mampu tersenyum atas kejayaan seorang demi seorang anak mereka.

Biasalah, dalam meniti kehidupan mesti ada masa susah dan senang. Keluarga kami juga meniti jalan hidup yang sama. Alhamdulillah, berkat kesabaran mak dan ayah, keluarga kami bahagia. Alhamdulillah, syukur Allah atas nikmat kasih-sayang yang Kau kurniakan melalui mak dan ayah kami.

Buat bonda tersayang...."SELAMAT HARI LAHIR MAK...KAMI SAYANG MAK"





Khaliza Yunus:

"Sepanjang hidup, pernah sekali jek potong kek hari lahir. Sewaktu berumur 12 tahun. Masa tu bak kata kak da "Mak rajin buat kek masa tu"..tp percaya atau tidak, antara kami 9 beradik, sayalah satu-satunya anak mak yang pernah sambut hari lahir, potong kek yang mak buat. Best....!!!jang jeles ye kekanda dan adindaku sekalian...hehe".

خاليزا يونس

1 comment:

your comment here...