9 September 2016

Ummi

"Ustazah, boleh tak saya panggil ustazah ummi jugak?"
Tanya anak itu, masa tu aku tinggal berdua dengan dia sementara menunggu kawannya datang.
Aku ketawa dgn soalan tu. Panggilan ummi ni asalnya hanya untuk anak2 homeroomku, itupun kadang-kadang mereka panggil ummi, kadang-kadang ustazah. Aku tak kisah pun, terpulang kepada mereka. Tapi, panggilan tu dah berjangkit, ramai pula yang panggil macam tu. Anak-anak BADAR, pelajar2 dari kelas yang aku ajar dan anak2 kelas tahsin pun panggil macam tu. Kadang-kadang rasa serba salah. Kadang-kadang, ada yang aku tak berapa ingat namanya, panggil ummi juga. Adakah sekadar mengikut kawan2 panggil atau saja suka2, takpelah,aku hanya biarkan. Terasa tua pula kadang2😂😂😂.
"Ustazah tak suka ek org panggil ustazah ummi?"
"Eh, takdelah. Cuma kadang2 rasa kelakor sbb dah tak tahu sapa2 dah panggil ummi, tapi boleh je awak nak panggil mcm tu"
Tiba-tiba anak itu menangis. Aku terdiam. Dalam hati, dah kenapa pulak nangis huhu.
"Saya rindu ummi saya".
Anak ini, aku tahu latar belakang keluarganya. Aku tau cerita di sebalik dia. Aku hanya biarkan dia menangis.
Lepas tu, adalah perbualan antara aku dan dia. Itu rahsia antara aku dan dia.Macam sesi luahan perasaanlah kot. Mungkin, dia dah lama tidak bercerita dengan insan bergelar ibu atau ummi. Agaknya. Itu hanya anggapanku. Dia cerita, aku nasihat sekadar yang aku mampu.
"Susah saya nak jawab soalan awak, sebab saya tidak berada dalam situasi awak"...
"Tapi, dalam hidup kita memang sentiasa perlu membuat pilihan. Dan dalam kita membuat pilihan, pasti akan ada hati yang terluka. Pasti. Tapi,kita tetap kena buat keputusan. Minta petunjuk dari Allah, renung di mana yang memberi kebaikan dan kurang mudaratnya, tetapkan keputusan, pilih, dan serahkan selebihnya kepada Allah. Dia yang memiliki hati, resah dan tenang dalam tangannya."
Harapnya, apa yang aku kata kena dengan rasa dan perasaannya, banyak perkara yang dipendam anak itu. Aku pasti.
Lepas bersalaman dengan aku, dia balik ke asrama.
Beep...telefonku berbunyi.
"Terima kasih ummi, assalamualaikum".
"Sama-sama anak ummi, waalaikumussalam"
Aku senyum. Ummi doakan kau cemerlang dunia dan akhirat nak. Dan kau akan temui pilihan dan keputusan yang terbaik, dan kebahagiaan akan datang dengan izinnya.
"Hati milik Allah dan hanya Dia berkuasa menenangkannya"

7 September 2016

Aku bersyukur ayahku garang

Hari ni, masuk tajuk tilawah. Kelas dimulakan dengan meminta seorang membaca potongan ayat. "Saya tak lancar ustazah". "Takpe, baca.sy betulkan mana yg salah". Pelajar pun membaca. Aku tergamam, tak terkata. Tak puas hati, aku minta keseluruhan kelas membaca potongan ayat yg sama, bergilir-gilir. Aku betulkan, aku renung seorang demi seorang pelajar yg membaca. Habis satu kelas membaca, aku duduk sebentar. Berkira-kira, tutur kata apa nak diluahkan. Ayat yg pertama keluar dari mulut aku "saya bersyukur ayah saya garang". "Kenapa ustazah?" "Sebab ayah saya garangla, saya pandai mengaji sampai sekarang"

Ayah aku tok guru mengaji, adik beradik dan anak-anak jiran memang belajar ngaji dgn ayah. Ayah garang, bila ngajar ngaji rotan ada di tangan. Diimbau satu persatu kenangan mengaji dengan ayah dan mak. Lepas maghrib, semua mengadap quran dan muqaddam masing2. Diulang-ulang baca sampai lancar. Klu senyap sekejap, dgr suara ayah "ha..dah senyap dah semua???". Terus berbunyi semula suara masing-masing. Bila tiba masa nak ngaji depan ayah, berebut nak ngaji dulu, sbb masing2 tak sabar nak beralih ke ayat lain. Bila habis baca, bila ayah hbis je baca basmalah, mengharapkan ayah akan tunjuk ke muka surat yg baru. Tapi....waaa. masih di muka surat yg sama. Nak nangis rasa. Itulah didikan ayah, selagi tak lancar,selagi tak betul bacaan, selagi tak betul tajwid, walaupun sikit je salahnya, tetap tak beralih ke ayat lain. Masing2 usaha membetulkan ayat, sebab berlumba siapa naik quran dan siapa khatam dulu. Alhamdulillah, 9 beradik kami khatam quran dgn ayah seawal umur darjah 1 dan 2. Itupun rs dah lewat, dan alhamdulillah,dek kerana ketegasan ayah, kami lancar membaca al-quran.

Sedih sebenarnya dengan anak-anak generasi gajet dunia tanpa sempadan. Mereka hebat, berpidato, bersukan, bermain seksofon, bermain muzik, menyanyi dan sebagainya. Mereka cemerlang akademik. Tp sayang, mereka tidak lancar membaca al-Quran. Ada antara mereka, yang tidak kenal huruf al-quran, Allahu Akbar. Di mana salahnya? Bagaimana dengan ibadah solat mereka, andai bacaan quran mereka pincang sini sana? Salah siapakah ini,mak ayah kah? Atau golongan aku yg bergelar guru? Jika quran mereka tidak lancar, bagaimana bisa mereka memahami dan mengamalkannya?

Teringat hadis Nabi SAW : Aku tinggalkan kpd engkau 2 perkara, engkau tidak akan sesat selagi berpegang kpd keduanya; kitab Allah (quran) dan sunnahku..
Nah..itulah jawapan yg paling tepat akan punca lambakan masalah sosial yg berlaku. Apabila al-Quran tidak di bibir dan di hati, apakah lagi yg dapat melindung diri. Apabila anak2 muda, hebat gah di mata dunia, tp masih merangkak membaca kalam hebat Allah ini, terasa di siat-siat hati ini. Sedangkan al-Quran itulah sebenarnya punca kekuatan hati dan ketajaman fikiran, mukjizat agung yang Allah anugerahkan kpd kita umat Muhammad SAW. Jika al-Quran tersemat kukuh di bibir dan hati umat Muhammad, nescaya umat ini adalah umat yang terbaik dan tiada tandingannya. Tapi sayang, umat ini semakin jauh darinya. Dari pembela di akhirat ini. Apabila di suruh membaca al-Quran, muka kelat malas. Tangan memegang al-Quran, tapi mulut berkata yang lain. Sudah tiada adab dan rs hormat akan kitab suci ini. Rasa cinta kian jauh akan kalam suci ini. ALLAH...sedih sangat rasanya.

Diri sempat berpesan kepada anak2..
"Al-Quran ini adalah kemahiran, kena selalu baca dan berguru untuk menguasainya"
"Al-Quran ini kalam Allah, indah. Walau kita tak faham maksudnya, tetapi kita akan rs seronok bila membacanya. Kalau kita baca, kita tak rs sesuatu di dalam hati ni, semaklah balik hati kita. Di mana titik hitam yang degil tu"
"Bacalah dan amalkanlah..walau tak semua, ada usaha utk amalkan. Semoga Al-quran menjadi pembela kita kat sana nanti, bukan menjadi pendakwa kita kerana kita takkan mampu membela diri kita sendiri nanti"
Semoga semua anak didikku lancar membaca al-Quran, terang hati dek kerana nur kalamNya, cemerlang dunia serta akhirat. Semoga bibir mereka sentiasa basah dgn kalam suci ini, hati mereka kukuh di paku ayat indah ini. Biar mereka menjadi insan yang hebat, walau siapapun mereka..aamiin.
Aku bertekad, aku akan bantu sekadar mana yang aku mampu..inshaAllah.

Terima kasih ayah dan mak..kerana garang dan tegasmu, telah mendisiplinkan kami..Alhamdulillah..
Semoga Syurga Firdaus untuk keduanya..aamiin.

18 August 2016

Dah kenal baru syokkk


Assalamualaikum
Ceritanya hari ni 1st time main petanque. Selama ni dengar je. Dah main, barulah tahu. Best jugak main petanque ni. Tp tak boleh lawan lagi bestnya main bola tampar. Hati tetap dengan volleyball la hihi.
Walaupun 1st time main, tapi dpt mara ke semi final. Kalah dengan pasukan ustaz luqman tuan pengetua kita. Depa ni jampi lebih nih hihi. Apa2 pun, yang paling penting, dapat support kwn2 utk program Hari Koperasi Sekolah, at least dpt menghibur hati yg lara...



خاليزا يونس