9 January 2018

Menghafal, skill yang bukan mudah dilaksanakan


Antara aktiviti pdp P.Islam yang agak santai adalah ketika penilaian PAFA dilaksanakan. Kerana pelajar perlu menghafal dan membaca di hadapan guru, kecuali kod-kod yang memerlukan aktiviti amali. Masa ni kita boleh lihat pelbagai gaya pelajar menghafal, ada yang tutup mata, duduk bawah meja, tutup muka dengan buku, ada juga yang tutup muka guna langsir. Suasana kelas akan menjadi bising sedikit. Ya, saya memberi kebebasan pelajar menghafal dengan cara mereka sendiri, tetapi masih dalam suasana yang terkawal. Sebab saya faham susah sebenarnya nak menghafal, serta memahami. 


Pengalaman saya, semasa di sekolah menengah saya  perlu mengambil 9 subjek agama yang memerlukan hafazan dan pemahaman. Kitab putih thanawi yang nipis sahaja, tapi tulisan dan kandungannya banyak. Setiap satu perlu dihafal dan difahami sebaiknya. 


Cara saya menghafaz, saya cari dulu maksud-maksud perkataan yang susah (antara kelebihan pelajar lughah, seolah-olah sudah sebati maksud melayu dgn perkataan arab. Pendek kata, bila ingat maksud perkataan tu, tangan dpt menulis perkataan Arab dgn mudah). Bila dah cari maksud, barulah difahami setiap perkataan dan ayat. Terjemahan ayat bahasa arab tidak boleh secara kalimah dan harfi, tetapi perlu dilihat konteks ayat secara keseluruhannya. Apabila sudah difahami, barulah dihafaz isi-isi penting. Cara saya, setelah dihafaz, saya akan tulis semula. Seolah-olah saya salin semula setiap mukasurat kitab tersebut. 


Antara subjek yang sangat diminati, adalah subjek nahu dan sorof. Walaupun ada pengalaman kena cium tiang sebab tidak menghafal tasrif feel, tetapi kerana faktor ustazah yang mengajar saya masa tu, saya jatuh cinta dengan subjek ini. Saya ada nota saya sendiri yang saya buat sendiri dan hanya saya yang faham berbantukan nota-nota yang diberi oleh ustazah saya. Dan cara tersebut saya apply ke dalam subjek-subjek lain, kerana lebih mudah untuk menghafal dan faham. Kalau pelajar sekarang belajar mind mapping, maka itulah bentuk mind mapping saya ketika itu. Dan nota tersebut saya dapat gunakan sehingga saya di universiti dan sangat-sangat membantu.


Di universiti, lain pula cara saya menghafal. Kalau orang lain kena menghafal dalam suasana yang tenang dan sunyi, saya sebaliknya. Saya lebih mudah menghafaz dengan diiringi halwa telinga(kecuali menghafaz quran) Dan sudah tentu, lagu yang sering di dengar adalah lagu nasyid. Sebut je semua nasyid, lirik semua ada dalam kepala. Tapi bukan nak cerita pasal nasyid, tapi tentang hafazan. Saya dpt menghafaz dengan baik walaupun diiringi dengan muzik, kerana sy menghafaz berpandukan apa yang saya faham. Buat nota sikit-sikit dan penting, kemudian akan diolah dengan baik ketika peperiksaan. Alhamdulillah, teknik itu saya guna pakai selama 4 tahun belajar di peringkat ijazah. 


Menghafaz ni terpulang kepada individu tersebut, bagaimana cara yang paling mudah untuk dia ingat dan hafal. Kemahiran menghafaz dan mengingat ni bergantung kepada tahap iq dan kreativiti individu tersebut. 


Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

your comment here...