3 April 2020

Surat Misteri Sahabat

Assalamualaikum

Hari ni masa pdp kelas ting 2, ajar tajuk menyemai kasih menuai sayang. Dah terang sikit-sikit, saja minta pelajar tulis "surat misteri sahabat". Mereka bebas nak tujukan surat tu kepada sesiapa sahaja, tapi seorang sahaja dan perlu disebut namanya dalam surat. Surat mesti yang menunjukkan kasih-sayang. Si pengirim tidak perlu menulis nama. Selesai tulis, semua surat perlu dihantar kepada ustazah. Maka ustazah pun ambil secara random, dan bacakan dihadapan kelas sebelum diserahkan kepada si penerima. Sengaja ustazah bacakan kuat-kuat. Guess what, objektif aktiviti tersebut tercapai apabila ada salah seorang pelajar ni menangis bila dia yang paling banyak dapat surat kasih-sayang dan semangat daripada kawan-kawan sekelasnya.
Pelajar ni agak istimewa bagi aku. Selalu berseorangan, dan punya sikap yang unik. Bila kita mengajar, dia suka tanya soalan yang kadang-kadang kelakar, tapi sebagai guru kita cuba jawab sebaiknya agar dia tidak rasa terpinggir. Pelajar yang hormat guru tetapi dengan cara dia sendiri, jika yang mengajar mungkin kenal. Pelajar yang dalam pengetahuanku, tinggal bersama datuk dan nenek yang juga bukan dari keluarga yang senang. Bila dibacakan surat kasih-sayang tadi, bukan dia sahaja menangis, malah orang lain pun menangis juga. Mungkin mereka lebih kenal dan tahu apa yang dia lalui. Ustazah, masih control ayu supaya maintain gagah. Alhamdulillah
Ketahuilah wahai anak, ramai yang menyayangimu. Teruskan perjuangan. Semoga kau terus cemerlang.
*gambarsekadarhiasan
#kasihsayang #ceritaustazah

No comments:

Post a Comment

your comment here...