14 October 2010

Taman Negara 8 Oct - 10 Oct..

 Nampaknye cerite bulan 10 tidak banyak..cm nak citer sket pengalaman seronok membawa anak2 pelajar 202 ke Taman Negara mengikut program Santai bersama Freezone..alhamdulillah, kebimbangan mengiring mereka berseorangan berkurang..ditemani oleh cicit dan ifa, aku gagahkan utk pegi bersama pelajar2 kesayangan aku nih..alhamdulillah, setiap aktiviti berjalan lancar..thanks to all of my students coz senang dgr arahan dan patuh..senang mengurus korang nih..

Bermula dengan aktiviti ice breaking, seronok..walupun letih, penat dan mereka mengantok, tp penyampaian pak chu menarik minat pelajar2 aku.. aktiviti esoknye, senaman pagi. bermain permainan raja hutan yang akhirnye menjadi milik nurul jannah.

dan aktiviti ke-3 yang paling aku enjoy..caving atau meneroka Gua..seronok..dan memuaskan wlupun rs takut tu ade sket2..after thah km buat absailling (betul ke eja ntah) hehe...pun sngt seronok,,pengalaman pertama yg takkan dilupakan..

hari terakhir, km ke taman negara..naik canopy walk-way yang merupakan jabatan gantung terpanjang di dunia..seronok, sib bik tak gayat..seterusnya, km ke perkampungan org asli..km melihat sendiri cr hidup org asli, cr mrk menghidupkan api, membuat sumpit..aku tidak ketinggalan mencube utk menyumpit..
dan aktiviti yang paling BEST ialah rapid shooting..main dgn air dlm bot laju..peghh, best gila...

alhamdulillah, majlis penutup juga berjalan dgn lancar. ade gimik buat besday boy zakrie yg mmg menyentuh hati..akhirnya, km pulang ke perak meningglkan kenangan terindah di Taman Negara..
ALHAMDULILLAH..
 sesi bergambar kenangan terakhir.. MRSM FELDA HEBAT..!!

Gambar akan menyusul kemudian..insyaALLAH

خاليزا يونس

1 October 2010

Aidilfitri 2010

 Assalamualaikum..
Bertemu lagi..hampir sebulan tidak mengupdate blog dek kerana pelbagai perkara yg berlaku di akhir2 ini..
syukur masih diberi nikmat sihat dan masa yg sering kali tidak nampak dek pancaindera manusia akan 2 nikmat yg penting ini..
Alhamdulillah, diberi umur yg masih panjang untuk meneruskan episod2 hidup yg Allah gariskan untuk diri..
Tahun ni, aidilfitri disambut sederhana tp meriah..Lemang dan ketupat air tangan mak, juadah wajib hari raya dapat dirasa tahun ini lantaran semua adik-beradik berkumpul di Kumai.. hanya abang dan kak dayang sahaja yg takde. dalam kegembiraan, terasa sedih jugak tak dpt raya dengan abang dan kak dayang.
Tahun ni, bil ahli keluarga bertambah lagi dengan kehadiran buah hati kami yg ke-7, Rafiqah Nurul 'Aisy.. tambah meriah kerana 3 daripada buah hati kami sudah petah berkata-kata. seronok..ade saje telatah yang mencuit hati..=)
tahun ini jugak mencipta kenangan tersendiri kerana kali pertama beraya dengan kereta baru (takdekla baru sgt, dah 3 bulan pakai)..Alhamdulillah.. niat yg terpendam, jika berkereta, nak beraya di rumah kawan2 lama..Alhamdulillah niat itu tertunai pada aidilfitri ke-3..
Selebihnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

 bersama ayahanda tercinta
 bersama bonda tercinta
 1 family(engah dan makngah jek takde)

berlatarbelakangkan ALZA hehe

خاليزا يونس