31 August 2010

trial

 http://khalizayunus.blogspot.com
  خاليزا يونس





22 August 2010

Semoga iman kita terpelihara..

 Salamun 'alaikum jami'an..Semoga semuanya sihat sahaja di bulan yang penuh barakah ini..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan masa meneruskan ibadah kepada Yang Maha Pencipta.
Lebih kurang 3 minggu lepas, dunia facebook dikejutkan oleh video penayangan mengenai imej Malaikat yang turun ke Kaabah yang dirakam oleh jurukamera yang kurang pasti identitinya.reaksi diri, terkejut, dan terkesima. Malaikat yang digambarkan oleh video tersebut tidak seperti yang aku pelajari selama ini..Malaikat, makhluk yang unik, dicipta daripada cahaya, lebih pantas daripada cahaya..tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Malaikat bersayap dan sangat besar. Malaikat makhluk Allah yang sentiasa beribadah kepadaNYA, yang menanggung arasy Allah, yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Mana mungkin malaikat dapat dirakam dengan sedemikian rupe hatta dengan kamera canggih sekalipun.

Ada juga sahabat2 yang bertanya ttg kesahihan video tersebut. Anak2 pelajar juga begitu. Aku terangkan semampu yang boleh.

Hari ini, aku terjumpe video yang menerangkan ttg kepalsuan video tersebut. Alhamdulillah. Akhirnya terbongkar.

Semoga kita semua dikuatkan dan diperteguhkan iman oleh Yang Maha Pencipta,,aminn

Wallahu 'alam..
Video yang membongkar kepalsuan video turunnya malaikat yang disebarkan di internet..terima kasih kepada pencipta video ini..
خاليزا يونس




19 August 2010

RINDU PADA MEREKA...!!!

 tak tahulah kenapa..tp hati sgt rindukan mereka.........sangat sangat sangat..td dah call mak, lepas sket rindu..tp dgr sore jek...tak tengok muke..klu kat umah ade internet, boleh buat video call, ckp ngn mak n ayah,,huhu...
takpelah, tepek gambar, biar gambar sahaja yang berbicara...wassalam..
alif dgn ki

aku rindu sama mereka!!!

twin..

mcm nak gaduh..


Permata hatiku..

Nurul 'Aisy

baiknye....!!

member kamcin nih..

tikah si gigi 2

خاليزا يونس

18 August 2010

Juadah Ramadhan....

 Salam Ramadhan al-Mubarak...
Alhamdulillah dah hari ke 8 berpuasa..sekejap sahaja masa berlalu..Alhamdulillah, masih lagi diberi pinjaman umur untuk meneruskan ibadah kepada Yang Maha Pencipta..
Sepanjang Ramadhan, aktiviti di maktab lebih menjurus kepada aktiviti kerohanian..Tadarus al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kuliah subuh, Risalah Ramadhan, Mencari Lailatul Qadar dll..Alhamdulillah, perancangan dah siap dilakukan, cuma perlaksanaannya harap2 diberi kekuatan dan pertolongan dari Rabb..
Sepanjang Ramadhan, banyak berbuka di Trolak. Alhamdulillah, walaupun berjauhan dengan keluarga ~huhu..rindu sangatttt kat keluarga di kumai =(~ bersyukur kerana masih boleh menumpang kasih keluarga ifa di Trolak..nyatanya, masih tak sama dgn keluarga sendiri, namun sedikit sebanyak mengubat hati yang kerinduan..tq ifa dan keluarga..
Tak lupa kengkawan di maktab..baru sebentar td berbuka di rumah kak ana..thank you kak ana menunaikan hajat saya untuk makan ayam masak tempoyak..sedapppp sangat..sampai penuh perut makan..siap ada daging masak kicap bersantan, menu yang selalu mak masak..mengikut kata mak, menu tulah yang menjadi rebutan waktu kami adek-badek kecik dulu...suke sangattt..

Sekadar coretan di Ramadhan ini..semoga kita semua dapat menjadi hamba yang dirahmatiNYA selalu...amin..

RAMADHAN KAREEM....=)
Ayam Masak Tempoyak..

Daging masak kicap bersantan..

Ikan masin..(wajib ade klu masak gulai tempoyak)hehe


خاليزا يونس


11 August 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...

 Alhamdulillah..syukur kerna masih lagi diberi kesempatan menjalankan ibadah puasa bagi tahun 1432H ni...masih diberikan nafas dan umur yang panjang untuk merebut peluang meraih ganjaran pahala berlipat-lipat ganda pada bulan yang berkat..
Ramadhan berasal dari perkataan رمض yang bermaksud panas terik..manakala dari segi istilahnya Ramadhan bermaksud bulan yang berkat yang diwajibkan berpuasa padanya...
Sungguh banyak keistimewaan Ramadhan. Antaranya, ayat pertama al-Quran diturunkan pada tanggal 17 Ramadhan sewaktu Rasul S.A.W beruzlah di Gua Thur berada jauh dari adat2 jahiliyyah yang sesat... Pada bulan ini jugalah, terjadinya Malam Lailtulqadar yang kedatangannya adalah rahsia Allah dan kita tidak tahu tarikh yang sebenarnya  malam tersebut..malam yang lebih baik dari 1000 bulan..malam yang doa hambanya yang benar2 ikhlas diangkat dan dimakbulkan oleh Allah..malam dimana para malaikat turun dengan perintah Allah menyaksikan hamba-hambanya yang benar2 mencari malam tersebut dan merahmatinya...

Ramadhan bukan bulan keletihan, bukan bulan kelesuan dan bukan bulan membebankan..jika ada yang beranggapan sebegitu, maka sesungguhnya dia masih belum menghayati erti bulan Ramadhan yang sungguh indah Allah berikan kepada manusia..Ramadhan bulan rahmat dan kasih-sayang, bulan keberkatan dan bulan hadiah kepada mukminin, kerana Ramadhanlah pahala dilipat gandakan...oleh itu, sambutlah kedatangannya dengan penuh riang dan gembira, sambutlah ia seperti engkau menyambut kekasihmu pulang, sambutla ia dengan penuh rase kesyukuran dan keikhlasan...isikanlah padanya dengan ibadah2 sunat yang selama ini engkau abaikan...mudah2an, dengan kehadiran Ramadhan ini, kita semua akan menjadi hambaNYA yang sentiasa mendapat rahmat dan kasih-sayangnya....Wallahu 'Alam...

http://www.dapatwang.com/?id=khalizayunus


خاليزا يونس