22 August 2010

Semoga iman kita terpelihara..

 Salamun 'alaikum jami'an..Semoga semuanya sihat sahaja di bulan yang penuh barakah ini..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan masa meneruskan ibadah kepada Yang Maha Pencipta.
Lebih kurang 3 minggu lepas, dunia facebook dikejutkan oleh video penayangan mengenai imej Malaikat yang turun ke Kaabah yang dirakam oleh jurukamera yang kurang pasti identitinya.reaksi diri, terkejut, dan terkesima. Malaikat yang digambarkan oleh video tersebut tidak seperti yang aku pelajari selama ini..Malaikat, makhluk yang unik, dicipta daripada cahaya, lebih pantas daripada cahaya..tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Malaikat bersayap dan sangat besar. Malaikat makhluk Allah yang sentiasa beribadah kepadaNYA, yang menanggung arasy Allah, yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Mana mungkin malaikat dapat dirakam dengan sedemikian rupe hatta dengan kamera canggih sekalipun.

Ada juga sahabat2 yang bertanya ttg kesahihan video tersebut. Anak2 pelajar juga begitu. Aku terangkan semampu yang boleh.

Hari ini, aku terjumpe video yang menerangkan ttg kepalsuan video tersebut. Alhamdulillah. Akhirnya terbongkar.

Semoga kita semua dikuatkan dan diperteguhkan iman oleh Yang Maha Pencipta,,aminn

Wallahu 'alam..
Video yang membongkar kepalsuan video turunnya malaikat yang disebarkan di internet..terima kasih kepada pencipta video ini..
خاليزا يونس




No comments:

Post a Comment

your comment here...