25 May 2010

Selamat Hari Pendidik

Assalamualaikum….
Masih tak terlewat rasenya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saye yang sentiasa dalam ingatan…guru-guru di SK Kumai (1991-1997), guru-guru di SMAC (1998-2002), pensyarah-pensyarah di MCIIUM (2003-2005) dan pensyarah-pensyarah di UIAM (2005-2009), serta tak lupe buat semua guru-guru yang ada di dunia ini…kepada adik-beradik dan ipar duai yang bergelar guru..dan yang paling istimewa buat guru yang membentuk diri saye sejak dari kecil..tak lain ayahanda Hj Mat Yunus bin Abas dan Bonda Hajjah Adiyah bt Mokhtar…
Sungguh besar pengorbanan dan jasa seorang guru…persepsi orang yang mengatakan kerjaya sebgai guru adalah kerjaya yang paling mudah, pergi kerja pagi, tengahari dah boleh pulang dan berehat adalah tidak banar sama sekali…seingat aku, sepanjang menjadi guru di MRSM Felda ini, tak pernah pun aku pulang kurang daripada pukul 4..mesti pukul 4 ke atas..kadang-kadang petang pukul lima baru balik, malam datang lagi untuk mencari bahan-bahan mengajar. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar selama 22 atau 23 masa seminggu di dalam kelas, tetapi kerjaya seorang guru bermula dari hari dia mendaftar diri sebagai guru, hari pertama dia punch in kerja dan berlarutan sampai bila-bila..24 jam masa untuk guru berbakti.Tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, malah guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak pelajar membentuk sahsiah yang cemerlang agar lahir sebagai insan yang terbilang..Guru adalah guru, pendidik dan kawan baik kepada pelajar..guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang mampu menggalas tanggungjawab memimpin ummah dan Negara.
Ada segelintir manusia yang berkerjaya besar, pekerjaan yang tinggi pangkatnya menganggap kerjaya guru adalah kerjaya yang lekeh..tiada masa depan, malah ada yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru tidak mampu membuat kita kaya…ya..itu semua benar, kerjaya sebagai guru memang tidak mampu menjadikan kita jutawan yang mempunyai harta kekayaan yang banyak..namun, ia mampu memberikan kita harta yang paling bernilai buat bekalan kita di sana nanti. Setiap patah ilmu, setiap titis peluh yang mengalir dalam keikhlasan kita mendidik anak bangsa, insyaAllah ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Malah, mereka yang berpangkat tinggi, berkerjaya besar itu tidak sedar bahawa mereka yang ada pada hari ini adalah datang dari didikan seorang insan yang miskin dan kerdil iaitu “GURU”. Mana mungkin mereka mengenal ABC dan 123 jika tidak kerana seorang GURU..mana mungkin mereka boleh petah bercakap sehingga mempu menjadi seorang ahli politik yng Berjaya jika tidak kerana GURU..mana mungkin seorang sultan mampu memerintah dengan bijaksana jika tidak kerana jasa seorang GURU..maka, biarlah kita miskin harta, tetapi kita kaya dengan budi dan jasa yang akan mengalir sepanjang hayat pahalanya..

خاليزا يونس

14 May 2010

so busyyyyyy.......

Assalamualaikum...
dah lame rasanya tak update blog..tak sempat, rasa nak bernafas pun tercungap-cungap..2 hari lepas U&Q dtg ke maktab..apalagi semua duk kalut mengemaskinikan fail dan segala macam benda..seminggu duk kat bilik guru jek, makan pun tak sempat..nasib baik dpt tido jgk..tp energy mmg tahap letih nak mati...huhuhu...


dalam pada busy sempat jgk tengok fb, update status brg dua tiga kali, upload gambo brg 2-3 keping, tp nak meng'update' blog tak sempat huhu..Alhamdulillah, U&Q dah pun pulang, tak tahulah ape kesimpulannya..masih tidak diberitahu perkembangannya..minggu depan ujian akhir semester 1 akan berlangsung..alhamdulillah, silibus utk ujian dah habis, cuma harap2 anak2 muridku sedar yg mereka nak exam..jgnla berada di awang2an lagi exspecially form 4..insyaAllah, rase2 nya diorang blh score(hrp2nya begitulah)....


semalam tengok fb cicik, dpt berite mak dapt anugerah ibu mithali peringkat felda kumai..personally, mak mmg deserve it..mak yang sangat ku sayang dan rindui..tiada bandingannya jasa mak sehingga kami adik-beradik menjadi seperti sekarang..alhamdulillah, semuanya berjaya dan dapat berdikari..terima kasih mak..masih tidak terlewat nak menyatakan dalam blog ni..SELAMAT HARI IBU mak!!!!thank you so much....mmmuuuuah...
kelmarin, alhamdulillah dapat new camera..dah lama mengidam nak beli kamera..dari belajo kat UIA dulu lagi..maklumla asyik meminjam kamera org jek..org lain dah bertoghi ade kamera, aku baru nak ade..ade sorang cikgu kat sini tanye "apa hadiah utk diri sendiri sempena gaji pertama ni"..jawapannya inilah..new NIKON L100 camera..tidaklah secntik gambr kamera DSLR, tp alhamdulillah...ini sahaja yg mampu beli..harap2 lepas dpt beli hadiah utk diri sendiri yg lain pulak..hehe..


apa lagi ye nak tulis...hmm,no idea..nantilah yek..lagipun dah ngantok..baru lepas semak mind map budak dan kerja sekolah diorang..sudah letih badan dan otak...insyaAllah to be continue,............

1 May 2010

Tahniah...!!!

alhamdulillah..keputusan ujian selaras II telah pun diketahui..tahniah buat anak2 murid ku kelas 202 (pendidikan Islam).tahniah coz semua dapat A..paling tinggi 99..paling rendah 82..fuh..lega hati ni..risau jgak dgn prestasi anak muridku ni hehe
tapi sedikit kecewa dengan result form 4 terutama kelas aku..huhu.menurun dari Ujian Selaras I tempoh hari..mungkin hari exam PAI tu diorang exam Chemistry, tumpuan mungkin lebih kepada subjek tersebut..tp aku sebagai gurunya sedikit terkilan..terasa macam semua ini berpunca dari diri aku..mungkin aku perlu memperbaiki diri dan teknik pengajaran aku..barangkali itu akan membantu mereka dalam ujian akan datang..
Ya Allah...permudahkanlah segalanya...