25 May 2010

Selamat Hari Pendidik

Assalamualaikum….
Masih tak terlewat rasenya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saye yang sentiasa dalam ingatan…guru-guru di SK Kumai (1991-1997), guru-guru di SMAC (1998-2002), pensyarah-pensyarah di MCIIUM (2003-2005) dan pensyarah-pensyarah di UIAM (2005-2009), serta tak lupe buat semua guru-guru yang ada di dunia ini…kepada adik-beradik dan ipar duai yang bergelar guru..dan yang paling istimewa buat guru yang membentuk diri saye sejak dari kecil..tak lain ayahanda Hj Mat Yunus bin Abas dan Bonda Hajjah Adiyah bt Mokhtar…
Sungguh besar pengorbanan dan jasa seorang guru…persepsi orang yang mengatakan kerjaya sebgai guru adalah kerjaya yang paling mudah, pergi kerja pagi, tengahari dah boleh pulang dan berehat adalah tidak banar sama sekali…seingat aku, sepanjang menjadi guru di MRSM Felda ini, tak pernah pun aku pulang kurang daripada pukul 4..mesti pukul 4 ke atas..kadang-kadang petang pukul lima baru balik, malam datang lagi untuk mencari bahan-bahan mengajar. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar selama 22 atau 23 masa seminggu di dalam kelas, tetapi kerjaya seorang guru bermula dari hari dia mendaftar diri sebagai guru, hari pertama dia punch in kerja dan berlarutan sampai bila-bila..24 jam masa untuk guru berbakti.Tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, malah guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak pelajar membentuk sahsiah yang cemerlang agar lahir sebagai insan yang terbilang..Guru adalah guru, pendidik dan kawan baik kepada pelajar..guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang mampu menggalas tanggungjawab memimpin ummah dan Negara.
Ada segelintir manusia yang berkerjaya besar, pekerjaan yang tinggi pangkatnya menganggap kerjaya guru adalah kerjaya yang lekeh..tiada masa depan, malah ada yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru tidak mampu membuat kita kaya…ya..itu semua benar, kerjaya sebagai guru memang tidak mampu menjadikan kita jutawan yang mempunyai harta kekayaan yang banyak..namun, ia mampu memberikan kita harta yang paling bernilai buat bekalan kita di sana nanti. Setiap patah ilmu, setiap titis peluh yang mengalir dalam keikhlasan kita mendidik anak bangsa, insyaAllah ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Malah, mereka yang berpangkat tinggi, berkerjaya besar itu tidak sedar bahawa mereka yang ada pada hari ini adalah datang dari didikan seorang insan yang miskin dan kerdil iaitu “GURU”. Mana mungkin mereka mengenal ABC dan 123 jika tidak kerana seorang GURU..mana mungkin mereka boleh petah bercakap sehingga mempu menjadi seorang ahli politik yng Berjaya jika tidak kerana GURU..mana mungkin seorang sultan mampu memerintah dengan bijaksana jika tidak kerana jasa seorang GURU..maka, biarlah kita miskin harta, tetapi kita kaya dengan budi dan jasa yang akan mengalir sepanjang hayat pahalanya..

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...