29 November 2011

Lagu Best..

Sangat meminati lagu ni..tak jemu pun dgr..alhamdulillah. lirik lagu ni benar2 menyentuh jiwa.bagaimana ia menyedarkan bahawa setiap insan yang telah mengaku beriman dengan Allah, pasti akan diuji.tinggal lagi ujian tersebut berbeza mengikut kemampuan masing-masing.Ujian sesuatu yang pasti. itu janjiNya.ujian samada kesusahan atau kesenangan. ingatan untuk diri sendiri, bahawa kesenangan juga merupakan ujian dari Allah untuk kita. bukankah ujian bertujuan menguji keimanan kita. ramai org tidak faham akan konsep selepas kesusahan dtgnya kesenangan, dan bersama kesusahan ada kesenangan. susah dan senang akan bersilih ganti menguji kita sebagai manusia. tinggal lagi, bagaimana kita menghadapi ujian tersebut. Sabar adalah prinsip utama menghadapi ujian. pusing ikut mana pun untuk kita hadapi ujian tu, sabar perlu memandu kita. dan semestinya keteguhan iman dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta tunjang utama.Semoga kita sama-sama sabar dalam menghadapi ujian hidup..Wallahu 'alam

Sesekali DiUji

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Pengirim : Nawzi_17
Sumber http://Album Niceخاليزا يونس

Kembali menimba ilmu..

November 29..4.49 pm..
Baru jek balik dari discussion dgn shu, paklong, cot n usop..alhamdulillah, lengkap ahli kumpulan ptg nih hehe. discussion??haha..ingatkan dah keje ni tak perlu lg nak wat research bagai..ghupenye, kn lagi..tp alhamdulillah, sedikit sebanyak otak tepu yang dah tumpul ni dpt diasah kembali..

Kami kembali untuk fasa ke-3 program diploma pendidikan MARA bersama UIA terchenta..UIA....hmmm..bnyak kenangan di sini...takpe, yang tu kita tinggal dl..la nak citer bagaimana proses pembelajaran selepas 2 hari berkampung di sini..baru sebentar kelas dibatalkan..dah berjalan penat2 tetiba cik shahriza bgtau kelas batal..hmmm...takpe2..mybe lecturer tu ade hal yang tak dpt dielakkan..biasala suasana begitu bile belajar di U..kadang2 kelas cancel..masa ambil degree dl, mybe ade sedikit cahaya keceriaan bile kelas cancel..haha, tp skrang ni pembatalan kelas bermaksud akan ada penggantian kelas pd hari cuti...huh BAHAYA!!!haha..

Jadual pada fasa kali ni sedikit ringan kalau nak dibandingkan dengan fasa sebelum ni. dalam sehari akan ada 1 atau 2 kelas sahaja..alhamdulillah..tapi....hehe, biasela assignmentnye melambakla..setakat presentation biasa insyaAllah, blh lg nak buat..tp bila dpt tahu kena buat micro teaching...adoyaii!!!camna ni..???tak senang duduk i..rasa susah aje duduknya..mana taknya nak mengajar di hadapan ustaz2 dan ustazah2 yang semuanya mantop2 belake...haih..cek ni dahla mmg terkenal dgn kedarah gemuruhannya bila bercakap di depan..jgn pengsan pada hari kejadian sudahlee..Kelas macam biase, paling singkat 2 jam (haha...panas punggung duduk dlm kelas)..mula2 semangat, lepas tu mulala duk picit2 tepon, duk melukis2 dalam buku nota, dan yang paling hebat..duk berangan tak tentu pasal haha..tak bagus..tak bagus..tp nak wat camne, daripada terlentok dan tersengguk2, baik ku lakukan aktiviti sebegitu..haha.

Fasa kali penempatannya di BMI(British Malaysian Institute) dan belajarnya pun di sini..alhamdulillah, ada hikmahnya..tidaklah berebut parking (ruang parking sempit) dan yang paling penting jimat minyak kereta!!!hehehe. belajar di BMI tp lecturernya dan silibusnya masih lagi dengan UIA..adoi..UIA lagi..jap..nnti citer hehe.setiap hari, kami akan menaiki 80 anak tangga (kalau naik sajela) utk ke bilik..inilah peluang masing2 untuk menjadi seperti Rozita Che Wan..tp kalau yang sedia slim river, ape nak kata..lalui jekla macam bese hehe.apa2 pun, alhamdulillah..selesa sahaja semuanya,..

ok...tp br intro hahaha...sebenonye nak citer tentang menimba ilmu..benarlah sabda rasul, menuntut ilmu ini bermula dari kita lahir sampaila kita menghembuskan nafas terakhir. takkan putus, kerana ilmu Allah sangat luas..rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu mencarinya..sebnrnya, nilah semangat yang membuatkan aku angkat jgk beg dtg belajar kali ni..maklumle, cuti sekolah maaa...ilmu manusia kalau nak dibanding dengan ilmu Allah, sangat2 kecil..bayangkan jika seluruh lautan digabungkan untuk dijadikan dakwat menulis ilmu Allah, nescaya takkan mencukupi untuk menulisnya..maka, kewajipan menuntut ilmu itu terzahir kepada seluruh hambanya yang ingin menjadi muslim dan mukmin yang cemerlang..bagi diri yang sememangnya cetek ilmu, inilah peluang menambah ilmu dan memperbaiki diri terutama dalam usaha menjadi pendidik yang berwibawa..bak kata tg lukman " Pendidik Pelbagai Dimensi"...kurang mengerti dengan istilah tersebut, tp yang difahami pendidik perlu pakar dan menguasai semua bidang dalam menjadi pendidik yang mampu membawa perubahan dalam diri setiap individu pelajarnya.. memang, menjadi pendidik bukannya mudah, gaji pun taklah seperti profesional lain, tp jika diri ikhlas dan amanah, ganjaran pahala akan menjadi pengubat dan pembela di sana kelak..siapa yang taknak kan???=)

harapannya, semoga ilmu yang diperolehi dapat membantu diri menjadi pendidik yang cemerlang..insyaAllah..

Final Sem UIA- di hadapn Musolla  Asiah

خاليزا يونس

24 November 2011

Kembali menulis...hehe

 assalamualaikum..
Hmmm...dah lama tak update blog kesayanganku ni..maklumle..6 bulan kebelakangan ni saaaangat sibuk..tp aku sendiri pun tak tahu ape yg aku sebukkan..tp, serius..mmg bz..sampaikan balik kg pun kdg2 2 bulan baru berkesempatan menjejakkan kaki ke felda Kumai tersayang tu..kesian mak dan ayah...Takpelah..nak wat camne..camtu le gayenye kalau dah mkn gaji nih..(cicik..nampak gaye ade jln nak join wat kait2 hahaha)...

hmm...nak citer ape dulu ni..banyak sgt peristiwa sepanjang 6 bulan ni sampai tak th nak citer yang mana..haha. rasa mcm taknak citer pe2..nak tepek gambo jek..tengok sendiri, pastu reka cerite sendiri....(mcmla ade org bc blog ni haha)..takpela, kite stat ngn cerite ayahandaku tersayang..Alhamdulillah, setelah dekat 10 bulan ayah terlantar, baru2 ni ayah dah mula berjalan menggunakan tongkat..tak jauh sgt tp cukupla utk menguatkan kembali otot2 kaki ayah..dan semestinya, nak sampai ke tahap ini, perlukan masa yang sgt lama dan usaha serta ikhtiar yg tak putus2..Alhamdulillah..sebetulnya, tak banyak yang aku sumbangkan dalam usaha mengubati ayah atas tuntutan kerja yang sangat tak kenal masa rehat..namun, Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan kepada aku ahli keluarga yang sgt memahami.Sekalung doa dan penghargaan yang tidak terhingga kepada insan2 mulia dalam hidupku..Terutama mak tersayang yang tak pernah jemu menjaga, dan terus menghormati dan setia bersama ayah..semangat Siti Khadijah Khuwailid ada dalam diri mak, menjaga suami yang sgt memerlukan sokongan setiap masa. Kepada akak serta abg iparku yang sanggup berpindah dr rumah mereka, tinggal bersama mak dan ayah, demi menjaga kebajikan mereka. kepada adinda cicit yang setia membantu mak di rumah. tolong mak masak, mengemas..semoga tiap peluh yang mengalir menjadi pembantu di akhirat kelak.di sinilah hikmah kenapa sampai sekarang dia tak kerja lagi. kepada abg mie, yg berulang alik setiap minggu pulang ke kg, membawa ayah ke hospital utk terapi bersama akak dan mcm2 lagilah..dan kepada semua adik-beradikku yang lain, yg sm2 memberikan sokongan dan semangat antara satu sama lain di saat menghadapi kesusahah seperti ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...
Aidilfitri 2011



Sebut pasal cicit..die skang dah berjaya menjalankan bisnes kecil2an bersama dengan kak da..membuat barangan kraf yang comel2 belaka..dan yg paling penting MURAH.. haha. atas bantuan pos2 laju yang sgt berdedikasi, alhamdulillah perniagaan ni berjalan lancar. aku tak ketinggalan membantu..tp al-maklumle..org yg pelupe cam aku ni..kekadang lupe nak bawak ke sekolah..haha. sudahnya, sket jekla yang terjual..anyway cit, keep it up..!!!=) kalu nak th ape die jual..ni linknye..

Antara barangan kraf yang dihasilkan
Adoi...dah penat dah tulis..nantila sambung pulak haha..sayonara...
(nak makan BANYAK BANYAK SKET...hehe)

خاليزا يونس

17 April 2011

Majlis Tilawah Quran & Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Batang Padang

Semalam baru sahaja pegi menyaksikan 2 org pelajarku menyertai pertandingan MTQ peringkat daerah..Penyertaan kali pertama di peringkat zon tempoh hari melayakkan anakanda berdua ini mewakili zon sekaligus membawa nama maktab ke peringkat daerah.. Alhamdulillah, mereka sudah berusaha dan berkorban masa dan tenaga untuk ke peringkat ini..Tahniah buat keduanya..
Wakil Zon 2
Anakanda Sutinah binti Shahadan (Khat - Perempuan)
Anakanda Siti Nurhajar binti Ahmad Shah (Hafazan - Perempuan)

Tempat Ke-4..
Tahniah..=)

Tempat Pertama
Akan mewakili Daerah ke Peringkat Negeri
Mabruk...!!
خاليزا يونس

Sudah 3 minggu...

rindunyeee!!!tak dpt nak gambarkan bagaimana kerinduan..yang pasti sgt4 rindu pada mak dan ayah..3 minggu dah tak jupe..diri ini hanya bersujud dan berdoa agar Allah pelihara keduanya daripada segala musibah dan kesusahan..setiap kali selepas solat dan membaca quran, aku tadahkan doa agar Allah kurniakan kekuatan kpd mak yang menjaga ayah dan kepada ayahanda semoga ayahanda tabah..Allah sahaja yang mampu cekalkan hati manusia....

Semoga mak dan ayah serta keluarga di pahang sentiasa di bawah peliharaan Allah..
Amin...

RINDU MAK & AYAH...!!!!!
خاليزا يونس

Minat yang sudah lama ditinggalkan

Assalamualaikum...
Sudah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini..sibuk benor..tp tak thu amende yang menyebabkan saya ni sibuk hehe.

Anyway, nak citer..baru2 ni pegi iring anak2 pelajar form 4 ke Ipoh Parade untuk karnival pendidikan bersama intan, firdaus dan radhi..Alhamdulillah..sampai di sana, jalan2 ngn intan. ternampak MPH...ah, sudah lama tak pegi MPH..kalau waktu di UIA dl selalu sahaja ke sana bersama ifa bestfriend tersayang..boring2 pg JJ singgah MPH..

Penah dl berazam untuk membeli sebuah buku sebulan...rupenya sudah lama minat itu ditinggalkan..so, utk mengembalikan kegemilangan zaman pengumpulan buku, aku ambil keputusan nak mula balik..so, aku pun beli buku ni..


Buku ini menceritakan ttg 4 sahabat nabi yang terulung..masih dlm proses membaca..sekarang baru kisah Abu Bakar tp br suku..biasanya aku bc bile nak tido, alamatnya bc dlm mimpile hehe..anyway, buku ni menarik dan seronok di baca..menambah pengetahuan..al-maklumla, anak2 pelajar suke tanya mengenai kisah para sahabat..kdg2 tercengang2 jgk nak citer hehe..

Harap2 ini permulaan untuk memupuk kembali minat yang sudah lama terkubur...
InsyaAllah..

خاليزا يونس

15 March 2011

Melawat orang yang sakit ada adabnya..

 Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Sabda Nabi saw lagi :-

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”

Tidak ada dalil bahawa para sahabat membaca beramai2 surah Yasin kepada orang sakit yang sedang terlantar di hospital. Sebaik2nya adalah kita melawatnya dan mendo’akan keatasnya.

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

Sebagaimana yang di syarahkan Imam Nawawi, melawat orang yang sakit tidak semestinya orang yang dikenali, akan tetapi kepada siapa sahaja yang sakit. Jika si-pesakit telah memesan agar jangan melawatnya, maka pada masa itu tidak digalakkan untuk melawatnya.

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.


4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)


Sumber:


  1. Lawat pada hari yang ke 3 setelah jatuh sakit. Pada hari pertama dan ke 2 biasanya pihak pesakit belum ada persediaan.
  2. Jangan melawat lama-lama melainkan pesakit gembira dengan kehadiran kita.
  3. Jangan takut-takutkan pesakit, sebaliknya berilah berita gembira seperti dia akan capat sembuh dan sebagainya.
  4. Doakan pesakit supaya cepat sembuh.
  5. Minta pesakit doakan kita kerana doa orang yang sedang sakit ibarat doa malaikat.
  6. Jika pesakit sedang tidur, jangan kejutkan.
  7. Duduk berhampiran dengan bahagian kepala pesakit.
  8. Tanyakan khabar keluarga seperti siapa yang menjaga pesakit dan sebagainya.
  9. Senyum dan gembirakan pesakit.
  10. Ingatkan pesakit tentang Allah.
 Sumber:


Renung2kan dan selamat beramal!!!
خاليزا يونس

Sudah bulan 3..

Assalamualaikum...
Ya..sudah lama tidak meng'update' blog terchenta ini..dek ke'bz'an dan kekangan masa yang singkat..gara2 tidak pandai membahagi masa 24 jam kurniaan Ilahi..

hari ni 15 Mac..genap 67 tahun usia ayahanda terchenta,,
Ayahanda Haji Mat Yunus Bin Abas..yang sedang terlantar sakit dan tidak mampu lagi utk bangun..Tanggal 13 Januari 2011, kami sekeluarga dikejutkan oleh berite kemalangan yg menimpa ayahanda, mak, cicit dan adik..teringat pada hari kejadian, banyak kali kakak telefon. tp aku tak angkat.bukan kebiasaanku, meninggalkan phone..biasanya akan dibawa ke mana sahaja pergi..tp hari itu, tidak..tidak tahu mengapa..apabila membaca mesej kakak mengatakan "mak excident di Maran", jantung bagaikan berhenti berdegup.air mata mengalir tanpa dipaksa.hr itu jg bergegas ke hospital.mujur punya sahabat2 dan pengurusan yang memahami.sepanjang perjalanan, pelbagai telahan di fikiran..air mata tidak henti2 mengalir..perasaan?Allah sahaja yg tahu..mujur ifa sahabat baikku sudi menemani.sepanjang jalan, mesej tidak henti diterima, mengatakan keadaan mereka yg tersayang.namun, hati masih tidak mmpu tenang selagi tidak lihat sendiri. Sesampai di hospital (alhamdulillah, masih mampu mengawal kelajuan alza wlupun hati berkocak bimbang), pelukan mak membuatkan semangat ini diuji. ayat mak yang masih terngiang "dapat lg jumpe mak"..Ya Allah, lama pelukan itu..lega dan risau bercampur.pelukan ahli keluarga lain jua begitu.

Hari ini, genap 2 bulan 2 hari sejak kejadian. Alhamdulillah, mak, cicit dan adik semakin pulih. cicit yang kepalanya terhantuk dan kakinya sakit, pulih.cm kadang2 mengadu sakit. adik yang patah jari di tngn kirinya, sudah boleh sedikit untuk menggenggam. mak....ya lah, orang tua. kekuatannya tidak sekuat mana. kdg2 elok, kdg2 sakit. Ayah....sampai sekarang masih tidak mampu bangun. hati ini pedih melihat keperitan ayah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. sudah beberapa kali aku nampak ayah menangis..menangis menanggung beban di hatinya yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Dalam sujud sentiasa berdoa, semoga Allah kurniakan ketabahan kepada kami sekeluarga.

sejak kejadian, setiap minggu aku akan pulang. Hati tidak tenang jika seminggu tidak bersua muka. tidak dinafikan, diri sendiri jua tidak sekuat mana. kerja juga banyak terganggu, namun hati hanya akan tenang jika dapat menjenguk mereka walaupun sekejap. Mak selalu juga cakap, tak perlu balik setiap minggu. namun, dlm hatinya siapa yg tahu. tekad diri, setiap minggu akan pulang, cuma kadang2 ada kekangan yang menghalang. mujur punya sahabat2 yang memahami. budi mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalas.

kadang2 semangat ini tewas...namun, kata-kata dari seorang sahabat ini mampu untuk membangkitkan semula semangat yang kian hilang..
"Kak ja, dalam setiap ujian tentu ada perkara baik. Ayah kak ja sedang dibersih dosanya. Mungkin ini cara Allah nak ayah kak ja tidak dihisab kelak. terus mudah sahaja perjalannnya nanti. Beruntung sangat jika begitu. Ayah kak ja orang baik..nawa tahu.."

Terima kasih adikku atas kata-kata ini......
Semoga Allah terus2an mengurnikan inayah dan rahmatNya kepada kami....



خاليزا يونس

1 January 2011

Selamat Tinggal 2010..Selamat datang 2011..semoga yang baik akan mengiringi.....

 Bismillahirrahmanirrahim...

Saat jam mencecah 12 tgh malam, 2010 melabuhkan tirainya membawa bersama segala kenangan pahit dan manis sepanjang tahun. di tv ditayangkan segala peristiwa yang berlaku sepanjang tahun.begitu juga dgn diri ini. dalam blog yang serba kekurangan ini, ingin dicatatkan segala episod yang dirasakan memberi kesan dalam diri ini, yang mencorak jalan hidup ku sepanjang tahun yang ke 25 aku di bumi Allah ini..

Februari 2010...
saat yang memberi kenangan yg manis dalam hidup.aku berjaya mempunyai kerjaya yang sesuai ngn jiwa dan minatku.. 8 Feb 2010, aku diterima sebagai pendidik di MRSM Felda terletak di sungkai perak. lebih menggembirakan, maktab tersebut dekat dgn rumah kawan baikku sendiri..alhamdulillah..bulan pertama bekerja, diakui ada sedikit kerumitan di situ..menyesuaikan diri dgn suasana maktab, dgn pelajar2 baru dan rakan2 sekerja yang baru.alhamdulillah..lama kelamaan dapat jua menyesuaikan diri..
        
rakan2 sekerja di maktab
Jun 2010
akhirnya, setelah 5 bulan bekerja, aku mampu untuk membeli harta pertama ku..hasil bantuan anyah dan ifa jua abg bad yang banyak memberi nasihat..pilihanku, ALZA berwarna putih..MPV yang dipilih kerana dirasakan akan memudahkan aku membawa mak dan ayah ke mana2..alhamdulillah, sepanjang tahun 2010 sudah banyak Alzaku berjasa..sudah jauh merantau, dari utara hinggalah ke selatan tanah air..dan aku cukup sayang dgn hartaku ini..hehe

خاليزا يونس