15 March 2011

Sudah bulan 3..

Assalamualaikum...
Ya..sudah lama tidak meng'update' blog terchenta ini..dek ke'bz'an dan kekangan masa yang singkat..gara2 tidak pandai membahagi masa 24 jam kurniaan Ilahi..

hari ni 15 Mac..genap 67 tahun usia ayahanda terchenta,,
Ayahanda Haji Mat Yunus Bin Abas..yang sedang terlantar sakit dan tidak mampu lagi utk bangun..Tanggal 13 Januari 2011, kami sekeluarga dikejutkan oleh berite kemalangan yg menimpa ayahanda, mak, cicit dan adik..teringat pada hari kejadian, banyak kali kakak telefon. tp aku tak angkat.bukan kebiasaanku, meninggalkan phone..biasanya akan dibawa ke mana sahaja pergi..tp hari itu, tidak..tidak tahu mengapa..apabila membaca mesej kakak mengatakan "mak excident di Maran", jantung bagaikan berhenti berdegup.air mata mengalir tanpa dipaksa.hr itu jg bergegas ke hospital.mujur punya sahabat2 dan pengurusan yang memahami.sepanjang perjalanan, pelbagai telahan di fikiran..air mata tidak henti2 mengalir..perasaan?Allah sahaja yg tahu..mujur ifa sahabat baikku sudi menemani.sepanjang jalan, mesej tidak henti diterima, mengatakan keadaan mereka yg tersayang.namun, hati masih tidak mmpu tenang selagi tidak lihat sendiri. Sesampai di hospital (alhamdulillah, masih mampu mengawal kelajuan alza wlupun hati berkocak bimbang), pelukan mak membuatkan semangat ini diuji. ayat mak yang masih terngiang "dapat lg jumpe mak"..Ya Allah, lama pelukan itu..lega dan risau bercampur.pelukan ahli keluarga lain jua begitu.

Hari ini, genap 2 bulan 2 hari sejak kejadian. Alhamdulillah, mak, cicit dan adik semakin pulih. cicit yang kepalanya terhantuk dan kakinya sakit, pulih.cm kadang2 mengadu sakit. adik yang patah jari di tngn kirinya, sudah boleh sedikit untuk menggenggam. mak....ya lah, orang tua. kekuatannya tidak sekuat mana. kdg2 elok, kdg2 sakit. Ayah....sampai sekarang masih tidak mampu bangun. hati ini pedih melihat keperitan ayah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. sudah beberapa kali aku nampak ayah menangis..menangis menanggung beban di hatinya yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Dalam sujud sentiasa berdoa, semoga Allah kurniakan ketabahan kepada kami sekeluarga.

sejak kejadian, setiap minggu aku akan pulang. Hati tidak tenang jika seminggu tidak bersua muka. tidak dinafikan, diri sendiri jua tidak sekuat mana. kerja juga banyak terganggu, namun hati hanya akan tenang jika dapat menjenguk mereka walaupun sekejap. Mak selalu juga cakap, tak perlu balik setiap minggu. namun, dlm hatinya siapa yg tahu. tekad diri, setiap minggu akan pulang, cuma kadang2 ada kekangan yang menghalang. mujur punya sahabat2 yang memahami. budi mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalas.

kadang2 semangat ini tewas...namun, kata-kata dari seorang sahabat ini mampu untuk membangkitkan semula semangat yang kian hilang..
"Kak ja, dalam setiap ujian tentu ada perkara baik. Ayah kak ja sedang dibersih dosanya. Mungkin ini cara Allah nak ayah kak ja tidak dihisab kelak. terus mudah sahaja perjalannnya nanti. Beruntung sangat jika begitu. Ayah kak ja orang baik..nawa tahu.."

Terima kasih adikku atas kata-kata ini......
Semoga Allah terus2an mengurnikan inayah dan rahmatNya kepada kami....



خاليزا يونس

1 comment:

your comment here...