25 May 2012

Guru...Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum..
 Hari ni 25 Mei 2012, hari terakhir sesi persekolahan bagi semester 1 2012. Hari di mana kami guru-guru sedang sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan untuk anak-anak pelajar tersayang. Menanda kertas (Alhamdulillah, selesai untuk subjek PAI dan B.Arab..dan keputusannya pun baik dan cemerlang..Tahniah anak2 ustazah, 201, 202, 205 dan 302), laporan homeroom yang baru selesai malam td, dan laporan akademik khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Kami tgh bertungkus-lumus menyiapkan tugas tatkala anak-anak pelajar sedang bergembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..(Maklumla..cuti 3 minggu..maktab jadi tuan rumah DMA (Debat ASEAN)..jd bukan main seronok mereka cuti..bak kata ruby "biarlah keje sek banyak pun, janji dapat duk umah lama..hehe")..

Rasanya..belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU..kepada semua mu'allim dan murobbi seluruh Malaysia, yang sentiasa bersedia menyumbangkan jasa dan pengorbanan demi kecemerlangan anak bangsa. Ya, memang kami dibayar untuk mengajar, dan Alhamdulillah rezeki Allah beri atas kenaikan gaji tahun ini. Namun kami mengajar bukan sebab duit..sebab jika dikira nilai ilmu yang guru curahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Gaji, keperluan untuk hidup. Namun, doa dan keberkatan yang paling utama. Kami mengajar kerana redha Ilahi, berkatNya dan rahmatNya. Kami mengajar kerana mengumpul pahala buat bekalan kami di sana nanti. Dosa tidak terlepas dari kami lakukan, namun harapannya agar pahala yang kami perolehi mampu menampung dan menghapus dosa kami..InsyaAllah..

Sungguh mulia bergelar guru, sangat bersyukur menjadi seorang guru. Ya, kadang-kadang guru juga melakukan kesilapan, kesilapan biasa yang tidak terlepas daripada insan biasa. Namun, guru punya sesuatu yang istimewa. Guru adalah wadah dan wasilah penyampaian ilmu warisan para anbiya'. Tugas guru adalah menyampaikan seperti saranan Baginda saw terhadap mereka. Dan apa yang mereka sampaikan punya ganjaran daripadaNYA. Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.” (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Menjadi guru di zaman ini punya cabaran yang besar. Kesabaran dan kesungguhan sesuatu yang sangat dituntut. Sabar yang terhasil daripada keikhlasan mendidik. Dan Dan semoga kesabaran tersebut ganjarannya ialah syurga.

Jauh di sudut hati, sangat seronok menjadi seorang guru. Cuma setiap kali sujud, diri tidak pernah lupa berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan serta keikhlasan dalam mendidik umat Nabi Muhammad menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan diri juga selalu memohon perlindungan agar langkah yang diambil tidak salah aturannya dan semoga yang baik-baik sahaja menjadi contoh kepada anak didikku..

Jadilah seorang GURU yang...
hadirnya diTUNGGU..
hilangnya diRINDU..
ilmunya diBURU..
nasihatnya diSERU..
tingkah lakunya diTIRU..

SELAMAT HARI GURU...=)

Khaliza Yunus:
" Jasa guru-guru saya sangat saya hargai. Doa untuk mereka tidak pernah putus walau di mana mereka berada. Ucapan terima kasih kepada semua guru saya, semoga Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...Dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat GURU YANG PALING UTAMA dalam hidup saya..MAK DAN AYAH..terima kasih atas didikanmu selama ini..."


   “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”

TERIMA KASIH CIKGU!!
خاليزا يونس