26 February 2009

13 wasiat Rasulullah SAW kepada Ali AS

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renunganbersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) ituberkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikatkerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkaudikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaa, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.InsyaAllah

23 February 2009

gambar saje2..







melawat adik di KISAS

wajah terbaru atikah ahna..
mendele yang kak dayang suke sgt tu...

akak khusyuk bercerite..


maksu setelah 2 minggu di KISAS..seronok katenye..makan pun sodap...
abg n adik...

pintu gerbang KISAS..

KISAS...

sabtu lepas,lepas cicit daftar UKM,kitorang g melawat adik..punyele jauh nya sekolah die ni..abg adik pun dah berbuih mulut tanye "bile nak sampai"..makjang pun penat dah menjawab huhu..




makan2 di taman warisan Putrajaya..

kimi ngntok...
kak dayang tgh perabihkan aku punye mee rebus..

kak da gemuk hahaha


comelnye hehehe
makan2 kat taman warisan..ni pun,semua dah penat dan lapo..sejam duk pusing2 putrajaya hehe.abg masani tak ingat jalan..



thank you kda..

nile keknye..sedap!!!hehe
aku, mak, abg amie(wakil kimi pasal die dah tido), n abg wan

suapan untuk mak tersayang..


suapan untuk suami..

21 feb lepas,kda ade beli kek hari lahir untuk kitorang yang lahir bulan 2 ni..aku 12 feb,mak 22 feb,kimi 13 feb n abg wan 16 feb..sebenarnya de sorang lagi,kak na..tp kak na tkde..anyway,tq kda..terharu i tau hehehe

21 February 2009

selamanya ku mencintaimu...

Lafaz yang tersimpan..

By UNIC

Pilu hatiku yang sayu..menatap wajahmu tenang dalm lena..

Kasih ku zahirkan lagu..sedangkan bibirku jauh dari lafaznya..

Dan raut tuamu memberkas jiwaku..meredakan rindu mendamaikan kalbu..

Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu…biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu…

Betapa sukarnya menyusun bicara..meluahkan rasa menuturkan sayang..

Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..

Masih ku biarkan waktu melarikan lafaz kasih ku padamu…

Mengapakah sukar menyusun bicara..meluahkan rasa..menuturkan saying..

Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia..

Apakah yang hilang andai dilisankan..

Penuh kejujuran..

Tak mungkin terlihat cinta yang merona..

Jika hanya renungan mata yang bersuara bukan atur kata..

Tiada lagi ertinya pengucapan..andai akhir nafas dihujung helaan..

Sebelum mata rapat terpejam..usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan…

syahdu aku dengar lagu ni..mak ayah,orang sangat sayang mak ayah...

Tahniah...

kemas2 pun sempat posing..
nile jam yang aku bg..cantik kan??

Tahniah buat adik2ku..

10 february lepas adik aku daftar masuk ke KISAS..alhamdulillah..aku suke sangat adik dapt pegi ke sana..sepanjang aku kenal kawan2 aku yang dtg dr sekolah tu,semuanya bagus2 belaka..akhlak dan ilmunya..harap2 adik aku pun begitu jgk..hasil kejayaan cemerlang die,aku hadiahkan jam utk die..bukan senang nak dapat hadiah dr aku tau hehehe..

21 feb plak,cicik daftar semester akhir die kat UKM..jd warga university..alhamdulillah..harap2 adik2 aku ni semua akan beroleh kejayaan cemerlang dunia dan akhirat..

17 February 2009

diambil dengan sengaja..dipulangkan tanpe rela..

nile kecacatan yang berlaku kat kasut ifa
kasut ifa setelah dipulangkan...
semalam tgh sibuk2 nak g kelas,satu kejadian sadis tapi kelakar berlaku..dalam kui 1.40,aku nek mandi..besela,tak pakai spek..idokle nampak sangat,tp aku nampak satu lembaga yang sgt lain di depan bilik aku..tidak dikenali empunye diri..jd aku mempercepatkan langkah dengan penuh berhati-hati,tp si empunya diri sangat pantas melarikan diri,tp aku sempatle nampak rupe paras die..eh,macam ku kenal..org yang sama aku n ifa jupe waktu bngun untuk solat subuh,sabtu lepas..yang pelik nye,pagi2 lagi duduk kat situ cari baju sendiri yang secara logiknya tak perlu dicari..baju sendiri taule letak mana n kat mane..pastu tibe2 jek cakap ngn telefon kuat2..macam nak cover perbuatan die..oleh kerana aku suspek die,aku sgt cam muke die..sbb tu bile aku jupe die semalam,aku sgt cam..tp macam bese jek,gi kelas seperti bese..ptg tu bile balik kelas,barule terpikir,apela yang dibuat oleh sister tu kat..kotla die de tinggalkan origami mcm micheal scotfield dlm prison break sebagai tanda..tp bukan tande yang ditinggalkan,tapi de sesuatu yang diambil dengan sengaja or dgn kate lain dicuri..sandle yang br 10 hari jd hak milik ifa ilang..pegh,bengang gile..sbbnya kasut tu baru lagi..n satu lagi dicuri didepan mata aku jek..ape le..hehehe.so,berterusanle panas hati aku n cik ifa,malam tu duk cerita,td pon cerite lagi sbb takleh terima kenyataan dicuri didepan mata..tibe2 kawan zarina cakap die nampak de kasut dalm longkang kat luar blok kami,bile diambil..mmg betul kasut ifa..rupe2nye pencuri tersebut pulangkan semula,tp setelah dicacatkan sedikit kasut itu..pelbagai spekulasi timbul..tp aku rase die takut sbb aku nampak muke die,yela satu kolej jek,,if jupe mmg nak kenela..sedikit sedih dengan kecacatan yang melanda kasut tu,tp sangat gembire sbb dah dipulangkan oleh pencuri tersebut..kepada pencuri yang berkenaan,jgnle buat kerje begini,berdosa tau..buatla keje lain yang lagi berfaedah..kepada warga uia,pandai2la jage harte bende sendiri terutamanye kasut baru BATA warne coklat yang macam ifa..sbb tak mustahil lepas ni anda pulak yang menjadi mangsa pencuri di siang hari...

15 February 2009

relevankah hari kekasih...???

Sejarah Hari Kekasih
window.google_render_ad();
Versi 1Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
sumber:http://cintadearhaniey.wordpress.com

dalam duk klik2 tenet td,terjumpe artikel ni..tentang hari kekasih..semalam ramaile pasangan kekasih yang merayakan hari valentine ni..tak tahula diorang tau ke tak maksud sebenar di sebalik hari tersebut..kadang2 ade yang tahu,tp buat2 tak tahu..ade yang kadang2 tak hirau pun..pe2 pun,inilah yang musuh nak sangat umat Islam buat,lalai dan alpa..yela,bile hari valentine,mestila mabuk cinta berganda2 datang..berkobar2 nak jupe kekasih,penim2 kepala memikirkan hadiah pe nakbagi kan..sudahnya,berjumpe,silap2 terus ke kamar tido..nauzubillahi min zalik..so,saudara2ku sekalian,pikir2kanla..

13 February 2009

selamat hari lahir untuk diri sendiri..

ngan my best friend..
nile menu celebrate besday aku...hehe

semalam(12 feb) genaple umur aku 24..itu ikut kelendar masihi le..kelendar hijrah,rasenya tak sampai lagi hehe..hmm,dah tue..huhu.skang pun dah sibuk nak mengisi borang2 untuk kerja bile dah hbs belajar bulan 4 ni..ish,tak lame dah kan..
ptg semalam g makan kat kubur,belanja ifa makan sempena hari lahir..if student uia,taula kat mane..if bukan,kubur tu nm bdk2 ni panggl..nm restoran tak ingat,tp sbb dpn die de kubur..terus panggil kubur hehehe..
oleh kerana semalam exam,tak berdaye nak keluar jauh2..makan dekat2 jek..lgpun,kitorang mmg dah tak makan KFC,MC D n seangkatan dengannya..boikot ttp boikot hehehe.sepanjang duk call kawan2,maklumla free,bonus hari jadi..paling best borak ngn azwa sbb dia boleh diumpamakan mcm internet le..sume citer budak sekolah aku die tahu hehe..ifa pun turut mengambil kesmpatan meng'call" family die pasal family die sume pakai maxis..so,untung hang hehe..macam2 la semalam..n ditambah dgn cuaca yang sgt cerah semalam,sumenya berjalan lancar..alhamdulillah..
anyway,tq pade semua yang ingat kat budak cute ni hahaha..and for nawa,happy birthday to you too..(die same besday ngn akule)..tahun jek lain..hehehe

8 February 2009

gambar nset zaki

kat umah abg..
ngan adik aku..
saje jek amek gambar ni,..nak test kamera nset baru abg aku..hmm,bolehla..tp bestla jgk nset die pasal mmc die 4 GB..gile banyaknya.nak buh pa tak tahu..tp best men game die hehehe

kategori menu makanan kat gerai...

macam2 menu yang dipesan bile makan kat gerai,bergantung kpada jumlah dan kategori kumpulan tersebut...
1- yang makan sengsorang tak berteman..
ikut suke selera,tp besenya yang paling murah..tp de jgk yang makan lauk pauk yang mahal,..bergantung kepada selera..

2- yang makan ngn keluarga..
besenya menu yang sama jek sume org,yang lainnya air jek..senang nak memesan..pelayan pun tak poning kepala..tp besenya ini untuk anak2 yang masih kecil..klu anak2 dah beso panjang,besenya suke makan berhidang..lauk pilihan bersama..tp besenya kene jek selera semua orang..

3-yang makan ngn buayefren n gilefren..
besenya berkongsi,menu yang sama.air dan makanan yang same..sbb konon2 kontrol mase makan..malu ngn buah hati masing2..tula,sape suh bercinta,kan payah..perut lapar..

4-pasangan suami isteri..
besenya berkongsi jugak,tp lauknya banyak sket..tp ni lain sket mesti habisnya makan..bile kongsi,baru selera nak makan..tp tak kisahlah,depa kan suami isteri..suka hati depala..

5-yang makan ngn rakan sekerja atau ngn boss..
besenya makan yang buffet la..masing2 punye selera,masing2 bayaq..untung2 if boss baik hati dan budiman,boss belanja..

demikianla tadi sedikit sebanyak kerenah org makan kat gerai..

jalan pusing2...

dalam kete b4 sampai JATAR..
makan time...!!
ni anak mak yg plg manja..
3 puteri anak pakcik yunus yg masih single heh heh..
pg td pegi JATAR ngn mak,kak da,abg wan n dua adik aku ni..saje..mak besela,asal dtg jek nak g jln TAR..cari tudung ekin..jenuh memusing cari..ponat berjalan..yg lawaknya mak yg tak penat..semangat cr tudung..aku terus blk uia,korje bnyak tak siap lagi..nak menyiapkan kerja yang berlambak tu..minggu2 kritikal wktu skang nile..midtermnya,esaimen lagi..peghh ponat den...

6 February 2009

kenangan lame....

nile masjid kampung mak aku..kampung pantai chenor,tepi sgi pahang..mase kecik2 nile masjid aku sembahyang raye..tp dulu masjid ni dhoif,tp skarang dah cantik..hehe.ni aku amek dari photostream abg kerol..heh heh..depan masjid ni sungai,dl ade jeti,bot ulang alik ke seberang..seronok..tp skang dah takdek dah semua tu,sbb jambatan chenor dah ade..bot2 penambang pun dah tersadai kat tebing sungai..dl aku suke panjat atas bumbung bot,blik2 kene marah..yelah,kalau jatuh dlm sungai pahang alamatnye dah arwah dah hehe..masa sekolah menengah aku sempat lagi naik bot ni,tp dah tak memanjat dahlah..dah beso panjang..tp aku bwk motor plk naik atas bot..heh heh..anyway,rindu zaman kecik2 dulu..

apa sudah jadi

sekali lagi wajah blog aku berubah..semalam aku nak update,tibe2 jadi camne ntah..habis pa aku buat ilang huhu..so,seharian hari ni aku edit balik..peghh,penat..harap2nya pasni die tak jd macam tu dah...huhu

senyum..heh heh


Senyuman itu satu sedekah..seringan dan semudah jalan untuk mendapat pahala..just smile dengan ikhlas.tapi bukan senyum ade makna mcm pemuda2 takdek keje yang duk tepi jalan nak mengorat anak dare tu..bukan jgk senyuman menggoda gadis2 licik dan liar untuk mencari teman untuk mengisi masa yang sengaja dibuang..tp senyuman ikhlas for ukhwah in Islam…
Tapi itupun,susahnya orang nak lakukan..kadang2 muke macam harimau nak telan mangsa,gerun mata dan seluruh urat saraf.agaknya, orang di zaman IT dan teknologi ni dah terkesan dengan teknologi2 itu sendiri..24jam mengadap internet otak dan otot badan dah jadi macam mesin,keras..sbb tu payah nak senyum..sepanjang tempoh aku belajar kat U ni,macam2 kerenah orang aku tengok dlm bab2 senyum..ade tu,kite dah senyum sampai ke telinga tp tak dibalasnya..susah beno,letih nak piker..ade tu senyum memanjang,tak tahu punca..naik letih plk nak mambalasnya..ade tu,ngn sedara sendiri or roommate sendiri pun payah nak senyum,siap buat2 tak kenal..senyum pun tak, pe lagi nak bertegur sape bertanya kabar(bercakap dr pengalaman sendiri hehe)..
Ape2 pun, bukanla aku nak mengate sedara sendiri,takdek kene mengena pun dalam hal ni,samada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia..Cuma sekadar nak menyatakan ketidakpuasan hati dengan sikap manusia sekarang ni(n dalam mase yang sama nak isi something dalm blog ni).pantang ditegur terus melenting,takdek langsung sifat sabar dalam diri(termasuk diri sendiri ni).bile dah melenting,senyuman tu bayar 1 juta pun takkan muncul kat bibir tu..mulelah muncung sedepe..boleh sangkut baju..ish2..
Lotih dah den tulih..tak tahu nak cakap pe dah..anyway,keep smiling while you can, may that smiles lighten your day and everything’s gonna be okay and alright..hehe