8 September 2017

Kita hamba

Setiap manusia yang beriman, pasti akan diuji oleh Allah swt. Jangan kita sangka, setelah kita menyatakan keimanan, kita tidak akan diuji. (Surah al-ankabut : 2). Ujian adalah nikmat dr Allah Taala, kerna Syurga itu bukan tempat percuma. Syurga dikelilingi dengan pelbagai ujian dan mehnah, dan hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu melepasinya. Sedang neraka itu dibayangi dengan pelbagai keseronokan dan kealpaan, barangsiapa yang lalai maka akan terjerumus jauh ke dasarnya. 

Dalam tempoh masa kehidupan kita di dunia, Allah datangkan pelbagai masalah. Masalah dan ujian yang menjadi perhiasan di sepanjang perjalanan. Sekali lagi sebagai kayu ukur keimanan manusia. (Surah al-Kahfi : 7). Dan sudah tentu, insan terpilih yang diangkat darjatnya adalah yang paling baik amalannya. Rupa paras dan harta bukan pengukur utama, tetapi taqwa. Al-Muttaqun dalam erti kata mereka yang benar-benar mengabdikan diri dan hidup hanya kerana Allah Taala. Tujuan hidup adalah kerna redhaNya. Jalan yang dipilih adalah untuk ke SyurgaNya. 

Maka manusia, yang bernama hamba kepada Pencipta perlu mencorak diri mereka. Perlu mendidik hati dan jiwa, dalam menerima segala bentuk ujian atau masalah, samada yang baik atau yang buruk sebagai nikmat dan bukti kasih-sayang Penciptanya. Kerana mati itu pasti akan tiba, maka di akhirnya seorang hamba perlu membuat pilihan yang terbaik untuknya. Sudah pasti dan pasti, kita akan kembali kepada yang memberi ujian itu. (Surah al-Anbiya' :35). Redha dan menerima segala ketentuanNya, agar semangat yang hilang bisa dihidupkan kembali. Buruk atau baik, segalanya ada hikmah yang tersembunyi. Buruk atau baik, sejauh mana kita menguruskannya agar ia menjadi nikmat yang sangat kita syukuri. 

Ingatlah, Allah itu Maha Adil, dan Maha Suci Allah dari sifat zalim terhadap hambaNya. Pintu taubat dan keampunan terbuka luas selagimana matahari masih terbit di sebelah timurnya. Maka, jangan berputus asa, Allah itu Maha Mendengar setiap satu rintihan dan doa. Allah rindu akan suara hambaNya, dek kerana itu ujian tak pernah putus untuk kita. Dan janji Allah itu sangat benar di dalam kalam suciNya "berdoalah kepadaku, maka aku akan perkenankan untukmu" (Surah Ghafir:60)

Hamba penuh dosa
08 Sept 2017



26 July 2017

Hobi Baru

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah yang penuh cabaran ini. Julai yang sangat memenatkan sebenarnya. Semua tugasan, kerja pengkeranian, kelas dan peperiksaan, sukan dan KAGUM dan macam-macam program yang kadangkala meruntun hati untuk berehat. Tiba-tiba teringat kata-kata gurauan yang selalu disebut oleh kakak aku yang sulung "kalau kaya dah berhenti kerja dah"😂. Tapi tulah, jauh sangat nak kayanye kan hihi

Beberapa malam yang lepas, aku terfikir untuk melakukan sesuatu yang aku suka. Kebetulan, masa tu duk tengok gambar2 di instagram. "Eh, cantik sungguhla gambar ni, pandainya ambik gambar..bla..bla..bla". Aku terfikir, kan seronok kalau aku juga boleh ambil gambar macam tu. Itu mmg hobi aku, mengambil gambar. Sebab setiap gambar ada memorinya yang tersendiri. 

Then ..pap!! Muncul idea ni dalam kepala. Lantas aku mesej adik aku "dik, esok akak nak pergi beli kamera DSLR". Terkejut adik den. Aku dah kira-kira bajet yang ada, dan aku dah target nak beli kamera jenama nikon d3300. Maka esoknya aku pun ke ipoh, kedai Kamera E poh, dekat dgn Mydin Meru. Aku survey dalam internet, kedai ni mmg popular lah di kalangan fotografer area sini. Awal aku sampai ke kedai tu, dalam pukul 11 mcm tu. Nasib baik tak ramai pelanggan masa tu. Setelah survey, tanya itu ini, en syahir ni pun adalah promote kat aku kamera mirrorless jenama nikon jgk, tp aku takmo. Nak dslr jgk (ms tu taktau mirrorless tu apa haha). Mirrorless ni kualiti gambar dia sama mcm DSLR rupenya, cuma dia kurang kat bateri dan kecepatan nak ambil gambar. Harga murah sikitla dr DSLR. Last2 nya aku belila nikon d3400. Latest dr nikon d3300. Campur aksesori itu ini, maka kenalah dgn bajet aku. 2k lebih sikit. Alhamdulillah. Dan aku berpuas hati dgn kamera ni. 

Lepas ni tekad aku nak merakamkan sebanyak mungkin memori guna kamera ni. InshaAllah. 








Antara gambar-gambar pertama yang aku sempat rakamkan guna kamera dslr pertama aku. Banyak lagi nak kena belajar sebenarnya. InshaAllah, time to time. 

8 July 2017

Persahabatan kerana Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Alhamdulillah, Syawal ke 7 hari ini. Semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri dan majlis perpisahan dgn Kak Longku. Aku secara peribadinya merasa berbesar hati menjadi penyelaras utk majlis ini, walaupun mungkin orang tak perasan aku sbg penyelaras. Penghargaan utk sebutir permata yang bakal meninggalkan bumi bertuah MRSM Felda. 
Kak haida adalah guru cemerlang kimia, guru cemerlang yang punya banyak pengalaman. Dan tidak pernah lokek utk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami adik2 yang banyak kurangnya. Alhamdulillah, Allah temukan aku dgn insan ini. Sejak aku bertugas di maktab ini, aku bukanlah adik dan guru yang rapat dgn kak long. Namun, semakin lama ukhuwwah ini makin hampir. Sahabat sampai syurga, moga2 itulah tempat pertemuan kita nanti. 
Terima kasih kak long, krn kak long banyak membantu sy secara peribadinya terutama tatkala hati terasa sangat berat utk menanggung segala. Entah mengapa, mudah sgt bercerita dgn kak long. Terima kasih temankan saya tempoh hari, dlm mengharungi episod2 duka hidup saya. Segala pesanan kak long, sy akan ingat. Dan inshaAllah, sy akan cuba menjadi yang terbaik. Terima kasih jaga sy selama ni. 
Kak long akan berpindah ke MRSM Merbok, mengikut suami tercinta yang mmg sudah berada di sana. Aina, terima kasih. Sempat juga hunty eja baik dgn aina, klu dulu aina taknak bercakap dgn aunty, takut dgn aunty. Tp Allah bg aunty rasa utk baik dgn aina. Seronok bila aina dgn seronoknya panggil "hunty!!". Jadi anak solehah tau aina, utk ummi dan abah. InshaAllah, ade rezeki aunty bwk aina naik kereta aunty
Semoga bertemu lagi. KITA TIDAK BERPISAH, CUMA TIDAK BERSAMA. 

Khaliza Yunus
Ukhuwwah yang lahir krn Allah takkan pernah hilang dek krn perpisahan, malah ianya subur dan mekar selamanya di hati. 




















2 July 2017

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Alhamdulillah, berakhir sudah cuti sempena Aidilfitri. Alhamdulillah dapat beraya bersama ayahanda, bonda serta adik beradik tersayang. Alhamdulillah, cukup ahli tahun ni, dpt bersua, bermaafan, bergurau senda dan berkongsi cerita. Time2 mcm ni la, baru dapat nak berkumpul semua. Time lain agak susah. Mujur majoriti ahli keluargaku adalah pendidik, jadi mudah juga nak jumpa waktu cuti sekolah. 
Aidilfitri tahun ni, berbeza utkku daripada 2 tahun yang sebelum ini. Kembali merayakannya bersama insan2 yang masih menghargai siapa aku, insan2 yang aku tahu kedudukan aku dalam hati mereka. Aku tenang, tenang setenangnya. Gembira hati ini, kerana bebanan yang sgt berat aku tanggung selama ini dah dibuang jauh2. Tiada lagi risau, gundah, sedih dan pilu. 
Aku bersyukur masih punya mereka, keluargaku yg sentiasa ada untuk aku. Ada di saat aku jatuh dan kecewa. Terima kasih Allah untuk anugerah ini. 
Life must go on. Aku akan teruskan hidup bersama insan2 yang menghargai aku. Masih mencari hikmah atas segalanya. 
Tahun ni tak sempat nak bergambar macam tahun2 lalu. Tapi takpa, zaman2 teknologi canggih manggih ni, kita edit ja mana yang boleh. Alhamdulillah. 

Khaliza Yunus
"Cinta dan sayang perlu wujud dalam setiap perhubungan. Jika tiada keduanya, maka akan terputus di tengah jalan"

Gambar raya tahun ni







21 June 2017

Kematian yang hidup

Kisah syahid bintang syurga menjadi inspirasi. Anak kecil yang baru berusia 3 tahun, tapi hati dan jiwanya sangat dekat dengan al-Quran. Dari masa Syahid sihat lagi, aku sgt suka melihat video anakanda ini menghafal surah-surah dalam juzuk 30. Di usia begitu, anakanda ini berjaya menyambung ayat2 alQuran yang dibaca oleh ayahnya ustaz Bazli UNIC. 
Hebat didikan ibu dan ayahnya. Syahid, si bintang Syurga diuji Allah dengan kanser. Hati sungguh sayu membaca dan melihat gambar2 syahid yang berjuang melawan kanser. Dalam perjuangannya, ayat al-Quran tidak hilang dr hatinya. Malah dalam tempoh anakanda ini sakit, beliau dapat menghafal Surah al-Mulk. Subhanallah. Maha Suci Allah. Anugerah Allah utk Syahid. 
Anak hebat ini dijemput oleh Allah di usia yang sangat muda. Namun perginya Syahid ditangisi oleh jutaan insan yang sayang dan kasih akan anak kecil ini walaupun tidak pernah kenal dan bersua muka. Aku sendiri, beberapa kali menitiskan air mata setiap kali membaca kisah anak Syurga ini. 
Tahniah Syahid, kau benar2 syahid. Kau benar2 menjadi Bintang Syurga. Sangat beruntung ibu dan ayahmu. Terima kasih Syahid si Bintang Syurga, kerana mengajar jutaan insan tentang erti perjuangan, erti kesyukuran, erti kehidupan dan erti keindahan kalam suci Allah. Kau tidak mati, kau terus hidup dalam hati kami semua. Berehatlah Syahid, bergembiralah anakanda di dalam Syurga tempat paling indah dan dirindui oleh setiap insan yang bertaqwa. 

Lagu bintang syurga ciptaan ayah kepada Syahid, ustaz bazli khas untuk syahid ketika kelahirannya. Tidak sangka Syahid benar2 menjadi bintang Syurga. 


Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak biar imanku terus melonjak
Aku rela aku tegar
Sekalipun aku di henyak
Burung-burung hijau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga Firdausi menunggu ku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum
Pergiku tak kembali kerana memburu nikmat Syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki Ilahi
Kejayaan kebahagiaan
Bintang Syuhada' yang dirindukan
Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
Derita hanya sementara biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya




20 June 2017

erti taqwa yang sebenar

Pesanan daripada Syeikh Shady Al Suleiman (presiden Australia National Imams Council) dalam solat tarawih malam ini, berkisar pasal matlamat Ramadhan. Ramadhan bakal tamat, adakah telah tercapai matlamatnya. 

"Apakah Takwa", ini isi-isinya daripada pesanan tadi:

1. Bukan buat ibadah banyak-banyak. 

2. Tapi meninggalkan semua dosa, tak kira kecil atau besar. 

3. Jangan tertipu bila buat banyak amalan wajib dan sunat, ketakwaan kita dah bertambah, tapi dosa masih tetap buat (dosa-dosa kecil).

4. Soalan yang perlu kita tanya bila telah atau ingin buat sesuatu dosa ialah, bukan ini dosa kecil, kira okay boleh buat, kemudian nanti taubat, tapi kepada siapa kita melakukan dosa tersebut, iaitu kepada Allah yang Maha Agung. 

5. Allah yang berikan kita nyawa, kehidupan, rezeki, kesihatan, pelbagai peluang dan kejayaan, apakah tergamak kita melakukan dosa kepadanya?

6. Langkah pertama untuk capai ketakwaan ialah kena tinggalkan SEMUA dosa, KEMUDIAN baru fikir & usaha untuk tingkatkan amalan. Tak guna banyak buat amal, tapi buat dosa juga (ironi).

7. Mana mungkin nak capai takwa, kalau hati/jiwa masih lagi sanggup buat dosa (walaupun kecil).

Copy paste dari fb shaiful aizad

mehnah hidup

Assalamualaikum. 
Sudah lama rasanya tak kemaskini blog ni. Berhabuk dah. I guess this is my first post for this year. Dah masuk bulan 6, sudah berada di penghujung ramadhan. Ya, hari ini 24 ramadhan. 10 hari terakhir ramadhan, sebelum tetamu mulia ini meninggalkan kita semua. 
5 bulan sudah berlalu, hidup agak kacau bilau dan hari biru. Even dr sebelum ni pun. Ada perkara yang mengguris hati sampai ke saat ini. Ada perkara yang mengundang rs terkejut dan tidak percaya dalam hati ini. Ada perkara yang selama ini hanya sangkaan sahaja, dipujuk dengan sangkaan yang baik. Tp ternyata sangkaan itu benar belaka. 
"Tidak akan berubah ketentuan melainkan dgn doa"
Doa, senjata yang aku pegang selama ni. Aku berdoa dan terus berdoa, supaya Allah lorongkan jalanNya. Usaha tak pernah putus, doa juga tak pernah ku tinggalkan. Sujud terakhir, saat hamba paling dekat dgn Rabbnya, saat mustajab doa dan permintaan, diri terus menerus melafazkan doa. 
Dan akhirnya Allah tunjukkan jalannya,Allah terangi lorongnya walaupun ianya pahit. Kerana sebanyak mana yang aku ceritakan, takkan sama dgn sebanyak mana yang aku lalui. Rasa yang aku lalui, hanya Allah sahaja yang Maha Memahami. 
Diri sentiasa bermuhasabah, kerana aku percaya setiap apa yang Allah kurniakan dalam bentuk nikmat atau musibah, pasti ada hikmahnya. Kadang kita sebagai hamba tidak dapat memahaminya. Lemahnya kita sbg hamba. Aku percaya setiap mehnah dan ujian itu, didatangkan kpd hambaNya yang mampu menanggungnya. Dan aku percaya, Allah tidak sekali-kali berlaku kpd hambaNya krn Maha Suci Allah dari bersifat kejam.
Aku percaya aku juga bukan insan yang sempurna, tetapi aku juga insan lemah yang punya rasa. Kadang aku rasa aku kuat, tp ada ketika terasa kaki tidak mampu berdiri. Aku pujuk diri, kerana aku tahu apa yang aku lalui tidak sehebat dugaan mereka yang senasib dgnku. Allah sdg mengajar aku utk bersabar dan bersyukur. Allah sedang mengajar aku utk memperbaiki diri. Allah sedang mengajar aku bahawa perancangan Dia adalah yang terbaik. Allah sedang mengajar aku erti ujian dan mehnah yang sebenar. Allah sedang mengajar aku utk sedar siapa kawan dan siapa lawanku. Allah sedang mengajar aku untuk betulkan diri dan berserah hanya kepadaNya. 
Aku terima dan redha walaupun sesekali rasa itu dtg. Rasa kecewa, rasa menyesal, rasa dendam dan benci. Aku sdg berusaha mendidik hati utk tenang. Bukan utk orang lain, tetapi utk diri sendiri. 
Ramadhan ini, aku mengharapkan dan berterusan berdoa, agar Allah tautkan hati aku hanya utk Dia semata, kerana aku percaya bila Dia yang paling utama di dalam hati, segala mehnah dan ujian itu akan terasa indah. Aku sedang berusaha, dan aku mengharapkan ramadhan ini ada jawapannya. 

Allah, aku redha. Kau Maha Segala. 

25 Ramadhan 1438H
11.58 pm