20 June 2017

mehnah hidup

Assalamualaikum. 
Sudah lama rasanya tak kemaskini blog ni. Berhabuk dah. I guess this is my first post for this year. Dah masuk bulan 6, sudah berada di penghujung ramadhan. Ya, hari ini 24 ramadhan. 10 hari terakhir ramadhan, sebelum tetamu mulia ini meninggalkan kita semua. 
5 bulan sudah berlalu, hidup agak kacau bilau dan hari biru. Even dr sebelum ni pun. Ada perkara yang mengguris hati sampai ke saat ini. Ada perkara yang mengundang rs terkejut dan tidak percaya dalam hati ini. Ada perkara yang selama ini hanya sangkaan sahaja, dipujuk dengan sangkaan yang baik. Tp ternyata sangkaan itu benar belaka. 
"Tidak akan berubah ketentuan melainkan dgn doa"
Doa, senjata yang aku pegang selama ni. Aku berdoa dan terus berdoa, supaya Allah lorongkan jalanNya. Usaha tak pernah putus, doa juga tak pernah ku tinggalkan. Sujud terakhir, saat hamba paling dekat dgn Rabbnya, saat mustajab doa dan permintaan, diri terus menerus melafazkan doa. 
Dan akhirnya Allah tunjukkan jalannya,Allah terangi lorongnya walaupun ianya pahit. Kerana sebanyak mana yang aku ceritakan, takkan sama dgn sebanyak mana yang aku lalui. Rasa yang aku lalui, hanya Allah sahaja yang Maha Memahami. 
Diri sentiasa bermuhasabah, kerana aku percaya setiap apa yang Allah kurniakan dalam bentuk nikmat atau musibah, pasti ada hikmahnya. Kadang kita sebagai hamba tidak dapat memahaminya. Lemahnya kita sbg hamba. Aku percaya setiap mehnah dan ujian itu, didatangkan kpd hambaNya yang mampu menanggungnya. Dan aku percaya, Allah tidak sekali-kali berlaku kpd hambaNya krn Maha Suci Allah dari bersifat kejam.
Aku percaya aku juga bukan insan yang sempurna, tetapi aku juga insan lemah yang punya rasa. Kadang aku rasa aku kuat, tp ada ketika terasa kaki tidak mampu berdiri. Aku pujuk diri, kerana aku tahu apa yang aku lalui tidak sehebat dugaan mereka yang senasib dgnku. Allah sdg mengajar aku utk bersabar dan bersyukur. Allah sedang mengajar aku utk memperbaiki diri. Allah sedang mengajar aku bahawa perancangan Dia adalah yang terbaik. Allah sedang mengajar aku erti ujian dan mehnah yang sebenar. Allah sedang mengajar aku utk sedar siapa kawan dan siapa lawanku. Allah sedang mengajar aku untuk betulkan diri dan berserah hanya kepadaNya. 
Aku terima dan redha walaupun sesekali rasa itu dtg. Rasa kecewa, rasa menyesal, rasa dendam dan benci. Aku sdg berusaha mendidik hati utk tenang. Bukan utk orang lain, tetapi utk diri sendiri. 
Ramadhan ini, aku mengharapkan dan berterusan berdoa, agar Allah tautkan hati aku hanya utk Dia semata, kerana aku percaya bila Dia yang paling utama di dalam hati, segala mehnah dan ujian itu akan terasa indah. Aku sedang berusaha, dan aku mengharapkan ramadhan ini ada jawapannya. 

Allah, aku redha. Kau Maha Segala. 

25 Ramadhan 1438H
11.58 pm

No comments:

Post a Comment

your comment here...