21 June 2017

Kematian yang hidup

Kisah syahid bintang syurga menjadi inspirasi. Anak kecil yang baru berusia 3 tahun, tapi hati dan jiwanya sangat dekat dengan al-Quran. Dari masa Syahid sihat lagi, aku sgt suka melihat video anakanda ini menghafal surah-surah dalam juzuk 30. Di usia begitu, anakanda ini berjaya menyambung ayat2 alQuran yang dibaca oleh ayahnya ustaz Bazli UNIC. 
Hebat didikan ibu dan ayahnya. Syahid, si bintang Syurga diuji Allah dengan kanser. Hati sungguh sayu membaca dan melihat gambar2 syahid yang berjuang melawan kanser. Dalam perjuangannya, ayat al-Quran tidak hilang dr hatinya. Malah dalam tempoh anakanda ini sakit, beliau dapat menghafal Surah al-Mulk. Subhanallah. Maha Suci Allah. Anugerah Allah utk Syahid. 
Anak hebat ini dijemput oleh Allah di usia yang sangat muda. Namun perginya Syahid ditangisi oleh jutaan insan yang sayang dan kasih akan anak kecil ini walaupun tidak pernah kenal dan bersua muka. Aku sendiri, beberapa kali menitiskan air mata setiap kali membaca kisah anak Syurga ini. 
Tahniah Syahid, kau benar2 syahid. Kau benar2 menjadi Bintang Syurga. Sangat beruntung ibu dan ayahmu. Terima kasih Syahid si Bintang Syurga, kerana mengajar jutaan insan tentang erti perjuangan, erti kesyukuran, erti kehidupan dan erti keindahan kalam suci Allah. Kau tidak mati, kau terus hidup dalam hati kami semua. Berehatlah Syahid, bergembiralah anakanda di dalam Syurga tempat paling indah dan dirindui oleh setiap insan yang bertaqwa. 

Lagu bintang syurga ciptaan ayah kepada Syahid, ustaz bazli khas untuk syahid ketika kelahirannya. Tidak sangka Syahid benar2 menjadi bintang Syurga. 


Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak biar imanku terus melonjak
Aku rela aku tegar
Sekalipun aku di henyak
Burung-burung hijau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga Firdausi menunggu ku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum
Pergiku tak kembali kerana memburu nikmat Syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki Ilahi
Kejayaan kebahagiaan
Bintang Syuhada' yang dirindukan
Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
Derita hanya sementara biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya




No comments:

Post a Comment

your comment here...