21 June 2017

Kematian yang hidup

Kisah syahid bintang syurga menjadi inspirasi. Anak kecil yang baru berusia 3 tahun, tapi hati dan jiwanya sangat dekat dengan al-Quran. Dari masa Syahid sihat lagi, aku sgt suka melihat video anakanda ini menghafal surah-surah dalam juzuk 30. Di usia begitu, anakanda ini berjaya menyambung ayat2 alQuran yang dibaca oleh ayahnya ustaz Bazli UNIC. 
Hebat didikan ibu dan ayahnya. Syahid, si bintang Syurga diuji Allah dengan kanser. Hati sungguh sayu membaca dan melihat gambar2 syahid yang berjuang melawan kanser. Dalam perjuangannya, ayat al-Quran tidak hilang dr hatinya. Malah dalam tempoh anakanda ini sakit, beliau dapat menghafal Surah al-Mulk. Subhanallah. Maha Suci Allah. Anugerah Allah utk Syahid. 
Anak hebat ini dijemput oleh Allah di usia yang sangat muda. Namun perginya Syahid ditangisi oleh jutaan insan yang sayang dan kasih akan anak kecil ini walaupun tidak pernah kenal dan bersua muka. Aku sendiri, beberapa kali menitiskan air mata setiap kali membaca kisah anak Syurga ini. 
Tahniah Syahid, kau benar2 syahid. Kau benar2 menjadi Bintang Syurga. Sangat beruntung ibu dan ayahmu. Terima kasih Syahid si Bintang Syurga, kerana mengajar jutaan insan tentang erti perjuangan, erti kesyukuran, erti kehidupan dan erti keindahan kalam suci Allah. Kau tidak mati, kau terus hidup dalam hati kami semua. Berehatlah Syahid, bergembiralah anakanda di dalam Syurga tempat paling indah dan dirindui oleh setiap insan yang bertaqwa. 

Lagu bintang syurga ciptaan ayah kepada Syahid, ustaz bazli khas untuk syahid ketika kelahirannya. Tidak sangka Syahid benar2 menjadi bintang Syurga. 


Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak biar imanku terus melonjak
Aku rela aku tegar
Sekalipun aku di henyak
Burung-burung hijau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga Firdausi menunggu ku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum
Pergiku tak kembali kerana memburu nikmat Syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki Ilahi
Kejayaan kebahagiaan
Bintang Syuhada' yang dirindukan
Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
Derita hanya sementara biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya




20 June 2017

erti taqwa yang sebenar

Pesanan daripada Syeikh Shady Al Suleiman (presiden Australia National Imams Council) dalam solat tarawih malam ini, berkisar pasal matlamat Ramadhan. Ramadhan bakal tamat, adakah telah tercapai matlamatnya. 

"Apakah Takwa", ini isi-isinya daripada pesanan tadi:

1. Bukan buat ibadah banyak-banyak. 

2. Tapi meninggalkan semua dosa, tak kira kecil atau besar. 

3. Jangan tertipu bila buat banyak amalan wajib dan sunat, ketakwaan kita dah bertambah, tapi dosa masih tetap buat (dosa-dosa kecil).

4. Soalan yang perlu kita tanya bila telah atau ingin buat sesuatu dosa ialah, bukan ini dosa kecil, kira okay boleh buat, kemudian nanti taubat, tapi kepada siapa kita melakukan dosa tersebut, iaitu kepada Allah yang Maha Agung. 

5. Allah yang berikan kita nyawa, kehidupan, rezeki, kesihatan, pelbagai peluang dan kejayaan, apakah tergamak kita melakukan dosa kepadanya?

6. Langkah pertama untuk capai ketakwaan ialah kena tinggalkan SEMUA dosa, KEMUDIAN baru fikir & usaha untuk tingkatkan amalan. Tak guna banyak buat amal, tapi buat dosa juga (ironi).

7. Mana mungkin nak capai takwa, kalau hati/jiwa masih lagi sanggup buat dosa (walaupun kecil).

Copy paste dari fb shaiful aizad

mehnah hidup

Assalamualaikum. 
Sudah lama rasanya tak kemaskini blog ni. Berhabuk dah. I guess this is my first post for this year. Dah masuk bulan 6, sudah berada di penghujung ramadhan. Ya, hari ini 24 ramadhan. 10 hari terakhir ramadhan, sebelum tetamu mulia ini meninggalkan kita semua. 
5 bulan sudah berlalu, hidup agak kacau bilau dan hari biru. Even dr sebelum ni pun. Ada perkara yang mengguris hati sampai ke saat ini. Ada perkara yang mengundang rs terkejut dan tidak percaya dalam hati ini. Ada perkara yang selama ini hanya sangkaan sahaja, dipujuk dengan sangkaan yang baik. Tp ternyata sangkaan itu benar belaka. 
"Tidak akan berubah ketentuan melainkan dgn doa"
Doa, senjata yang aku pegang selama ni. Aku berdoa dan terus berdoa, supaya Allah lorongkan jalanNya. Usaha tak pernah putus, doa juga tak pernah ku tinggalkan. Sujud terakhir, saat hamba paling dekat dgn Rabbnya, saat mustajab doa dan permintaan, diri terus menerus melafazkan doa. 
Dan akhirnya Allah tunjukkan jalannya,Allah terangi lorongnya walaupun ianya pahit. Kerana sebanyak mana yang aku ceritakan, takkan sama dgn sebanyak mana yang aku lalui. Rasa yang aku lalui, hanya Allah sahaja yang Maha Memahami. 
Diri sentiasa bermuhasabah, kerana aku percaya setiap apa yang Allah kurniakan dalam bentuk nikmat atau musibah, pasti ada hikmahnya. Kadang kita sebagai hamba tidak dapat memahaminya. Lemahnya kita sbg hamba. Aku percaya setiap mehnah dan ujian itu, didatangkan kpd hambaNya yang mampu menanggungnya. Dan aku percaya, Allah tidak sekali-kali berlaku kpd hambaNya krn Maha Suci Allah dari bersifat kejam.
Aku percaya aku juga bukan insan yang sempurna, tetapi aku juga insan lemah yang punya rasa. Kadang aku rasa aku kuat, tp ada ketika terasa kaki tidak mampu berdiri. Aku pujuk diri, kerana aku tahu apa yang aku lalui tidak sehebat dugaan mereka yang senasib dgnku. Allah sdg mengajar aku utk bersabar dan bersyukur. Allah sedang mengajar aku utk memperbaiki diri. Allah sedang mengajar aku bahawa perancangan Dia adalah yang terbaik. Allah sedang mengajar aku erti ujian dan mehnah yang sebenar. Allah sedang mengajar aku utk sedar siapa kawan dan siapa lawanku. Allah sedang mengajar aku untuk betulkan diri dan berserah hanya kepadaNya. 
Aku terima dan redha walaupun sesekali rasa itu dtg. Rasa kecewa, rasa menyesal, rasa dendam dan benci. Aku sdg berusaha mendidik hati utk tenang. Bukan utk orang lain, tetapi utk diri sendiri. 
Ramadhan ini, aku mengharapkan dan berterusan berdoa, agar Allah tautkan hati aku hanya utk Dia semata, kerana aku percaya bila Dia yang paling utama di dalam hati, segala mehnah dan ujian itu akan terasa indah. Aku sedang berusaha, dan aku mengharapkan ramadhan ini ada jawapannya. 

Allah, aku redha. Kau Maha Segala. 

25 Ramadhan 1438H
11.58 pm