20 October 2015

Hidup dan Mati sebagai Ujian

Di akhir pertemuan dengan pengetua yang baru hari ni, beliau akhiri ucapan dengan ayat Surah Al-Mulk ayat 1&2.

Maha berkat Allah yang di tanganNya kekuasaan dan Dialah yang Maha Berkuasa atas tia-tiap sesuatu. Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa dan Maha Pengampun.

Ayat kedua tersebut, menekankan bahawa Allah menciptakan sesuatu itu bukan sia-sia hatta kematian dan kehidupan dicipta adalah untuk Dia menguji siapakah di antara hambaNya yang paling baik amalannya. Bukan pangkat mahupun harta, bukan rupa paras dan kecantikan, tetapi amalan yang di nilai oleh Allah swt. Jika mereka yang betul-betul menghayati dan memahami ayat ini, mereka akan sedar bahawa setiap sesuatu amalan, pekerjaan, tugas dan amanah yang mereka jalankan akan dihitung dan diperhitungkan oleh Allah swt untuk Dia tentukan siapakah antara kita yang terbaik. Dan yang terbaik pasti akan dapat yang terbaik iaitu Syurga Allah swt.

15 October 2015

Pertemuan dan perpisahan..

Sudah lumrah, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yg bertemu pasti akan berpisah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Pertemuan yang Allah cipta, untuk kita belajar mengenal hati dan jiwa, mencipta hubungan cinta, persahabatan dan persaudaraan, melakar jalan cerita hidup yang indah dan manis, mengumpul pengajaran dan pedoman di atas jalan yang pahit, merasa erti gembira dan sedih, susah dan senang, kecewa dan semangat, marah dan simpati, dan pelbagai perasaan indah yang hanya insan bergelar manusia dapat merasa.

Cerita kami, guru-guru baru pada tahun 2010 bermula dengan rs asing dalam diri masing-masing. Tidak saling mengenali dan memahami. Sama2 masih mencari haluan dalam pencarian rezeki. Masih menapak dengan amat perlahan kerana takut tersungkur di tengah jalan. Kami dihantar di bumi indah MRSM Felda.. alhamdulillah, pertemuan dan ukhuwwah itu menjadi kuat saban hari. Masing-masing saling membantu dan dibantu, saling memahami dan difahami. Km sama-sama belajar utk menjadi murobbi ummah yg berjaya.

Setelah 5 tahun berukhuwwah, seorang demi seorang pergi meninggalkan kami. Dan ada yang bakal meninggalkan kami.. sedih, namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Kami percaya jalan cerita yg Allah sediakan untuk kami ada hikmah yang kami bakal terokai. Sesungguhnya tidak Dia jadikan sesuatu itu sia-sia. Pertemuan dan perpisahan ini pasti ada rahsia dan hikmahnya buat kita semua.

Dahan yang patah dapat diganti, namun sahabat yang sejati sukar utk dicari. Setiap sahabat ada keistimewaannya tersendiri. Setiap sahabat adalah istimewa di mata sahabatnya yang lain. Semoga ukhuwwah ini akan kekal selamanya, biar berpisah jasad dan badan. Namun, ukhuwwah fillah kita akan kekal selamanya.

"Kita bukan berpisah, cuma tidak bersama"

Sayonara sahabat-sahabatku..
Kita jumpa di Syurga ya..inshaAllah..