20 October 2015

Hidup dan Mati sebagai Ujian

Di akhir pertemuan dengan pengetua yang baru hari ni, beliau akhiri ucapan dengan ayat Surah Al-Mulk ayat 1&2.

Maha berkat Allah yang di tanganNya kekuasaan dan Dialah yang Maha Berkuasa atas tia-tiap sesuatu. Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa dan Maha Pengampun.

Ayat kedua tersebut, menekankan bahawa Allah menciptakan sesuatu itu bukan sia-sia hatta kematian dan kehidupan dicipta adalah untuk Dia menguji siapakah di antara hambaNya yang paling baik amalannya. Bukan pangkat mahupun harta, bukan rupa paras dan kecantikan, tetapi amalan yang di nilai oleh Allah swt. Jika mereka yang betul-betul menghayati dan memahami ayat ini, mereka akan sedar bahawa setiap sesuatu amalan, pekerjaan, tugas dan amanah yang mereka jalankan akan dihitung dan diperhitungkan oleh Allah swt untuk Dia tentukan siapakah antara kita yang terbaik. Dan yang terbaik pasti akan dapat yang terbaik iaitu Syurga Allah swt.

No comments:

Post a Comment

your comment here...