15 March 2011

Melawat orang yang sakit ada adabnya..

 Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Sabda Nabi saw lagi :-

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”

Tidak ada dalil bahawa para sahabat membaca beramai2 surah Yasin kepada orang sakit yang sedang terlantar di hospital. Sebaik2nya adalah kita melawatnya dan mendo’akan keatasnya.

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

Sebagaimana yang di syarahkan Imam Nawawi, melawat orang yang sakit tidak semestinya orang yang dikenali, akan tetapi kepada siapa sahaja yang sakit. Jika si-pesakit telah memesan agar jangan melawatnya, maka pada masa itu tidak digalakkan untuk melawatnya.

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.


4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)


Sumber:


  1. Lawat pada hari yang ke 3 setelah jatuh sakit. Pada hari pertama dan ke 2 biasanya pihak pesakit belum ada persediaan.
  2. Jangan melawat lama-lama melainkan pesakit gembira dengan kehadiran kita.
  3. Jangan takut-takutkan pesakit, sebaliknya berilah berita gembira seperti dia akan capat sembuh dan sebagainya.
  4. Doakan pesakit supaya cepat sembuh.
  5. Minta pesakit doakan kita kerana doa orang yang sedang sakit ibarat doa malaikat.
  6. Jika pesakit sedang tidur, jangan kejutkan.
  7. Duduk berhampiran dengan bahagian kepala pesakit.
  8. Tanyakan khabar keluarga seperti siapa yang menjaga pesakit dan sebagainya.
  9. Senyum dan gembirakan pesakit.
  10. Ingatkan pesakit tentang Allah.
 Sumber:


Renung2kan dan selamat beramal!!!
خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...