29 November 2011

Lagu Best..

Sangat meminati lagu ni..tak jemu pun dgr..alhamdulillah. lirik lagu ni benar2 menyentuh jiwa.bagaimana ia menyedarkan bahawa setiap insan yang telah mengaku beriman dengan Allah, pasti akan diuji.tinggal lagi ujian tersebut berbeza mengikut kemampuan masing-masing.Ujian sesuatu yang pasti. itu janjiNya.ujian samada kesusahan atau kesenangan. ingatan untuk diri sendiri, bahawa kesenangan juga merupakan ujian dari Allah untuk kita. bukankah ujian bertujuan menguji keimanan kita. ramai org tidak faham akan konsep selepas kesusahan dtgnya kesenangan, dan bersama kesusahan ada kesenangan. susah dan senang akan bersilih ganti menguji kita sebagai manusia. tinggal lagi, bagaimana kita menghadapi ujian tersebut. Sabar adalah prinsip utama menghadapi ujian. pusing ikut mana pun untuk kita hadapi ujian tu, sabar perlu memandu kita. dan semestinya keteguhan iman dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta tunjang utama.Semoga kita sama-sama sabar dalam menghadapi ujian hidup..Wallahu 'alam

Sesekali DiUji

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Pengirim : Nawzi_17
Sumber http://Album Niceخاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...