1 October 2010

Aidilfitri 2010

 Assalamualaikum..
Bertemu lagi..hampir sebulan tidak mengupdate blog dek kerana pelbagai perkara yg berlaku di akhir2 ini..
syukur masih diberi nikmat sihat dan masa yg sering kali tidak nampak dek pancaindera manusia akan 2 nikmat yg penting ini..
Alhamdulillah, diberi umur yg masih panjang untuk meneruskan episod2 hidup yg Allah gariskan untuk diri..
Tahun ni, aidilfitri disambut sederhana tp meriah..Lemang dan ketupat air tangan mak, juadah wajib hari raya dapat dirasa tahun ini lantaran semua adik-beradik berkumpul di Kumai.. hanya abang dan kak dayang sahaja yg takde. dalam kegembiraan, terasa sedih jugak tak dpt raya dengan abang dan kak dayang.
Tahun ni, bil ahli keluarga bertambah lagi dengan kehadiran buah hati kami yg ke-7, Rafiqah Nurul 'Aisy.. tambah meriah kerana 3 daripada buah hati kami sudah petah berkata-kata. seronok..ade saje telatah yang mencuit hati..=)
tahun ini jugak mencipta kenangan tersendiri kerana kali pertama beraya dengan kereta baru (takdekla baru sgt, dah 3 bulan pakai)..Alhamdulillah.. niat yg terpendam, jika berkereta, nak beraya di rumah kawan2 lama..Alhamdulillah niat itu tertunai pada aidilfitri ke-3..
Selebihnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

 bersama ayahanda tercinta
 bersama bonda tercinta
 1 family(engah dan makngah jek takde)

berlatarbelakangkan ALZA hehe

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...