18 May 2013

Selamat Hari Pendidik

Guru..
Mulianya bukan pada harta
Juga wang ringgit berjuta-juta
Hidupnya sederhana
Siang mendidik malam berdoa
Moga jaya bersama pelajarnya

Guru..
Kadang-kadang terasa
Hati memujuk penuh cinta
Senyum terukir walau terluka
Ikhlas hadir tanpa dipaksa
Marah diluah tanda cakna

Guru..
Bukan mengharap sanjungan sedunia
Cukuplah doa penuh setia
Moga pahala menghapus dosa
Moga kebajikan menambah mizannya
Bertemu Robb dalam mulia

Guru..
Hinaan dan kutukan diterima seadanya
Biasalah manusia temannya lupa
Tidak diharap dibalas jasa
Kerna Tuhannya sentiasa ada
Semoga syurga menjadi tempatNya

By : Khaliza Yunus
15 Mei 2013
9.05 pm

Alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga bergelar guru, bergelar pendidik, bergelar ustazah. Bukan mudah rupanya profesion perguruan ini. Memahami manusia dan membentuk manusia menjadi hamba Allah yang soleh bukan satu tugas yang enteng dan mudah. Malahan ianya lebih susah jika diri sendiri juga masih belum mencapai kedudukan hambaNYA yg soleh. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Selama 3 tahun, diri belajar pelbagai perkara. Pengalaman hidup yang tidak diajar di dalam bilik darjah. Yang tidak ditulis dan dibukukan di mana-mana buku.

Pernah orang bertanya.. "seronok ke jadi cikgu?".. Alhamdulillah, jawapan saya seronok dan saya suka jadi pendidik. Syukur. kerana sedikit sebanyak profesion ini mengajar erti sabar, tabah, kasih-sayang, tanggungjawab, menghargai masa, ukhuwwah malah banyak lagi nilai yang tidak diceritakan dengan kata-kata. Mungkin tidak adil jika saya kata, kalau nak tahu seronok atau tak, jadilah cikgu dulu...hehe. Minat dan tanggungjawab bergabung menjadikan diri kuat. Walaupun bebanan guru sekarang lebih kepada dokumentasi sehinggakan masa mendidik dan membentuk pelajar itu kian kurang, walaupun mata lebih kerap mengadap skrin komputer dan tulisan pelajar yang pelbagai bentuk, namun diri masih lagi kuat.

Setiap kali sujud, sering berdoa agar hati terus istiqamah dalam kerjaya ini.kadang-kala alpa, leka tapi ingatkan juga kembali diri akan tanggungjawab yang kian berat. Dan semoga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan utk terus bergelar Ustazah Khaliza.


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK..
GURU-GURUKU DI SK KUMAI, SMAC,MCIIUM,IIUM
ADIK-BERADIKKU YG BERGELAR GURU
SAHABAT-SAHABATKU
SEMOGA PROFESION INI BUKAN SEKADAR PROFESION, TETAPI MENJADI SAHAM UTK KITA KE SYURGANYA. IKHLASLAH MENDIDIK.SEMOGA JARIAH ILMU INI MENYELAMAT KITA DI SANA.
CONTOHILAH GURU YG PALING MULIA KITA RASULULLAH SAW, SEMOGA KITA JUGA MENJADI PENDIDIK YG MULIA DI SISINYA
Hadiah Hari Guru Tahun ni =)

   
خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...