10 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum..

Selesai sudah pilihanraya umum ke 13. Kalau dulu, mak selalu pesan, "jgn libatkan diri dgn apa-apa aktiviti politik, belajar jek". Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan study dgn cemerlang.
Dulu tidak ambil peduli pun bab-bab politik ni. apa maksud DUN? apa itu PARLIMEN? apa itu MAJORITI? apa itu UNDI POPULAR? Siapa PAS? Siapa UMNO? tak ambil tahu. Bayangkan, sudah berumur 28 tahun, kali pertama mengundi hehe. Bukan taknak ambil peduli, tapi biarlah otak ni tumpu kepada menuntut ilmu dan menjadi cemerlang utk ibu dan ayah. Kadang-kadang kagum melihat sahabat-sahabat semasa di UIA dulu hebat membahagi masa antara belajar dan tugas "tidak hakiki" mereka. kadang-kadang terasa jugak nak join, tp bila teringat nasihat mak, niat itu dibuangkan jauh-jauh.

Tahun ini berkesempatan mengundi, turut sama dalam memilih pimpinan negara. Saat jari dicalit, rasa berdebar di dalam hati ini. Macam nak exam pulak kan. Tapi sungguh, bukan mudah membuat pilihan yang tepat. Pilihan yg tidak akan mengecewakan rakyat dan boleh berkhidmat dgn baik dalam kawasan taklukannya. Teringat kisah seekor burung yang bertungkus-lumus mengangkut air menggunakan paruhnya yang kecil utk memadam api yg membakar Nabi Allah Ibrahim AS. Bila ditanya kerana kerjanya itu sia-sia, jawab burung tersebut " Aku tidak sanggup menghadapi kesukaran tatkala di tanya oleh Allah kelak, apakah sumbanganmu di saat Nabi Ibrahim dibakar". Ya, setiap undi kita ada kesan yang bakal memberi kita pahala ataupun dosa. Dengan lafaz Bismillah, aku pangkah dgn harapan pilihanku itu direhai Allah.

Mutakhir ini, isu politik digembar gemburkan dalam dunia tanpa sempadan. TV, Radio, Facebook, Twitter, Blog, Web, Whatsapp, Line, Google dan macam-macam lagi sumber. Kita perlu bijak menilai dan membuat perhitungan. Jangan terpedaya dengan cerita dan fitnah tanpa sumber yang benar semata-mata. Dibimbangi kita juga tergolong dalam mereka yang menyebarkan kepalsuan dan sekaligus membawa kita ke lembah dosa. Ya, dosa bkn sekadar meninggalkan ibadah yang wajib. Kita perlu sentiasa berwaspada. Kata-kata kesat dan hinaan digunakan tanpa segan silu. Tanpa memikirkan perasaan dan rasa insan lain. Kadang-kadang sedih, bila buka facebook, lihat di wall anak-anak pelajar yang baru setahun jagung, pelbagai kata-kata kesat yang digunakan.
"Isu politik masih lg dibicarakan. Melihat wall bekas pelajar-pelajar sy yg menggunakan bahasa kesat dan menghina, ini nasihat saya utk anda.

Politik ini luas dan memerlukan kefahaman yg luas. Ya,mmg kita perlu tahu,perlu kaji. Tetapi bkn utk menghina@membenci sesiapa. Itu bkn ajaran yg dianjurkan oleh Islam. Perlu adil mengamati. Jika tiada ilmu atas sesuatu isu, lebih baik diam dr menambah dosa. Mungkin umur anda belum dpt memahami apa yg tersirat dan tersurat di sebalik sistem politik negara. Perjalanan anda masih jauh dan akn smpai masa anda jg menjadi sebahagian drpd penentu masa depan negara. Berbicaralah berdasarkan ilmu dan fakta yg benar, bkn sekadar khabar angin dan fitnah semata. Jgn kerana fanatik kpd sesebuah parti, kita bergaduh sesama saudara. Urusan pentadbiran biarlah yg layak menguruskannya. Bagi anda, berjuanglah untuk menjadi umat Muhammad yg cemerlang demi agama,bangsa dan negara. Mantapkan sahsiah dan ilmu krn andalah yg akan memimpin negara suatu hari nanti. Sebagai rakyat, ambillah tahu tetapi jgn melebihi yg sepatutnya. Sebagai pelajar, laksanakanlah amanah anda utk belajar dan mencari ilmu sebanyaknya. Hanya dgn ilmu itulah nanti anda hebat memimpin diri, keluarga, masyarakat dab negara. Wallahu 'Alam.."
Petikan nasihatku buat mereka yg aku coretkan dalam facebook.

Sebagai rakyat, aku ucapkan tahniah kepada yang berjaya menjadi pemerintah. Ingatlah, menjadi pemimpin bukannya mudah, ianya amanah yang sangat berat. Berjuta rakyat menjadi tanggungan pemimpin. Harapanku, siapa pun pemimpin itu, moga nasib rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik dapat dibela. Jurang antara yang kaya dan miskin dapat dikurangkan. Islam diangkat tinggi, bukan sekadar ketika majlis atau kebesaran Islam sahaja. Dan semoga Allah memberi keberkatan kepada bumi MALAYSIA ini. Aku sayang agamaku ISLAM, aku sayang negaraku MALAYSIA, dan aku sayang saudara seISLAMku.

Wallahu 'alam

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...