22 July 2009

Gerhana matahari mcm org bertunang??hmmm

pagi td cam besela..pegi keje pagi2, seawal jam 8 pg..tu pun kire awal jgk tu..coz aku samapi2 mmg takdek org lg..pg2 mmg standard dgr sinar pagi..aku suke dgr celoteh kak engku, khairil rashid dgn Salleh yaakob..hari ni segmen, masalah anda..so, sonok dgr org citer mslh2, kdg2 tu de jgk yg tak logik pd fikiran blh terjadi..
tgh2 duk dgr tu, diorang bgtau hr ni de gerhana matahari stat jam 8.29 sampai 9.05 pg.tp oleh krn cuaca hr ni mendong jek, matahari pun tak nampak kat sini.mklumle mlm td hujan lebat, sejuk jek.bangun sahur pun liat jek coz sedap tidor heh heh. tibe2 kak engku tanye, mcmne fenomena ni blh terjadi??SY pun jawab.."mcm org bertunang"..hahahaha..ade ke patut.. SY ni takdek mende lain yg dipikiornye, tunang..kawin..tunang..kawin..hehe.
sbnrnya mcm ni terjadinya gerhana matahari...

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

No comments:

Post a Comment

your comment here...