26 November 2009
selamat bercuti..
SALAM AIDIL ADHA..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
24 November 2009
salah cakap ke main cakap jek...???
23 November 2009
novel terbaru aku baca..
Interview..Interview....
13 November 2009
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU....
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
=)Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu;
=)Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
=)Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
=)Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
=)Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
=)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
=)Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
=)Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
=)Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
=)Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
=)Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
=)Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
=)Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
=)Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
7 November 2009
jasa dikenang..
terima kasih tak terhingga buat guru2ku di SK Kumai 1991-1997, SMAC 1998-2002,MCIIUM 2002-2005,IIUM 2005-2009. aku ingat lagi cikgu yang paling baik ngn aku waktu sek rendah dl Cikgu Ahmad Shah, Cikgu Sabri Nawi n Cikgu Roslee..aku pun tak tahu di mana mereka sekarang, namun doa untuk mereka tak pernah putus..waktu sek men guru yang paling aku ingat Ustazah Suria wlupun sekejap jek tempoh belajar ngn ustazah.waktu sekolah ade jek guru yang kite takut dan gerun.waktu aku sek ren guru paling takut Ustaz Hamid,Cikgu Syukri n Cikgu Zahar. Ustaz Hamid skang dah keje kat PPD, kadang2 dela jupe ustaz. waktu sek men yang paling aku gerun, Cikgu Razak, Cikgu Noriah n Ustaz Din.ade peristiwa nn cikgu Noriah, waktu tu aku form 2..aku kene lempang ngn die pasal tulisan aku buruk..tulis huruf 'K'.die kate aku tulis huruf besar, sepatutnya huruf kecik..pang!!sekali..aduh, pedihnya..sedih jek..balik bilik nangis..huhu.Guru2ku waktu di SMAC
tp tu semua kenangan waktu sek dl..anyway, thank you to all my teachers..May Allah Bless you..
tunjuk ajar kalian amat bermakna buat insan kerdil bergelar Khaliza ini...
Terima kasih..Syukran Jazilan...
Pensyarah2ku di IIUM dengan AJK ALA
Buatmu Guruku...
Terima Kasih Guru by Mirwana..
Masih jelas di minda..
Bisikan Suaramu memanggil..
Di situ langkahku bermula..
Mengejari cita kau disisi..
Lantas ku utuskan..
Lagu untuk menyatakan..
Terima kasih guru kerna hulur tanganmu..
Ku menghargai seluruh jiwaku..
Bicaramu guru kan ku ingat selalu..
Menjadi azimat hingga ke akhirnya..
Andai diberi peluang ingin ku terbang tinggi di awanan..
Kan ku petik bintang-bintang..
Ku jadikan hadiah untukmu..
Moga Tuhan merahmatimu
Terima Kasih..
rasa dihargai...
rindu aliff huhu
ni antara video die main ngn bakul..aku pun tak tahu knpla die suke sgt ngn bakul ni..saje dicurahnya mainan dalam bakul tu, bkn nak men mainan, tp nak men bakul hehe..aku ngn makcik die amek gambo ni konon2 nak send kat ayah die, tp dah puas cube tp fail jek..takpelah, letak dlm blog jek..sorila ek, video ni gn camera phone nokia 5100, 2MB megapixel..so, gambarnya tak cantik sgt...
6 November 2009
busy menanda kertas..
selesai periksa, 1 lagi perkara memeningkan kepala cikgu..cikgu ditugaskan menyelaras program pasca peperiksaan bagi tingkatan 1 dan 2 untuk Bahasa Arab..cikgu mmg suke sbb dah lama tunggu nak guna bahasa arab ni, tp disebabkan kerja yang banyak dan bertimbun, sedikit memeningkan..tp takpe..cikgu akan cuba sedaya upaya cikgu...harapnya apa yang dirancang Allah tentukan keberhasilannya..kita manusia hanya mampun merancang hanya Allah yang menentukannya...اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن سهلا إذا شئت سهلا..اللهم يسّر ولا تعسّر