Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
=)Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu;
=)Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
=)Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
=)Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
=)Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
=)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
=)Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
=)Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
=)Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
=)Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
=)Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
=)Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
=)Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
=)Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
No comments:
Post a Comment
your comment here...