13 June 2008

kita masih sederhana...

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri :

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00

Yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:- Lain-lain kemudahan :

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma. Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Kesimpulannya, walaupun kena - elaun sebanyak 10%, menteri2 ni masih dalam kategori KAYA-RAYA sedangkan kita pula masih berstatus SEDERHANA dan PAPA KEDANA!

maklumat ni aku dpt dr kwn aku melalui email.mybe die pun dr org len..aku tak thla kesohihannya mende ni..tp the point is..even kn potong 10% dr gaji diorang,its not enough for helping us..huhuhu

No comments:

Post a Comment

your comment here...