18 February 2012

Bertambah Usiaku..Semoga yang Baik2 sahaja..amin..=)

Assalamualaikum..

12 Feb 2012..Genaplah usiaku 27 tahun. "Happy Birthday ustazah"..ucapan yang diterima sepanjang hari tersebut.. Terima kasih kepada semua..family, friends and my students..kerana mengingati diri ini..

27 tahun, hmmm..apa yang saya dah sumbangkan sepanjang 27 tahun. Rasanya tiada apa yang istimewa. Saya masih insan biasa2 sahaja. Selalu bermuhasabah untuk jadi hamba dan umat yang terbaik. Namun, seringkali jua diri tewas dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Harapannya, semoga tahun ini membawa kebahagiaan, begitu jua tahun2 yang mendatang. Saya ingin menjadi hamba yang soleh sentiasa patuh kepadaNya, umat yang setia sentiasa mengamal sunnahnya, anak yang baik untuk ibu bapa saya, guru yang terbaik sanggup berkorban untuk anak didiknya, adik yang baik untuk kakak dan abang saya, kakak yang penyayang untuk adik-adik saya, serta sahabat yang setia untuk sahabat-sahabat saya..(ifa!!u're the first one ok...= >)

Terima kasih semua atas ingatan. untuk sahabat2, untuk adek badek, untuk sahabat baik saya ifa, untuk adik2 saya, najhah, cicit dan ruby, untuk anak2 homeroom saya (nice card u've made for me =>) untuk sha2 for the card..and untuk semua for all good wishes...=)

Ya Allah, panjangkan usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
sebagai tanda cintaku padaMu.

Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi...

Amin...




Khaliza Yunus:
"Ulangtahun kali ini ramai yang mendoakan semoga cepat bertemu jodoh..Semoga jodoh itu yang terbaik untuk saya yang Dia tentukan..=)"

خاليزا يونس

Semoga selamat di sana..Ahmad Damanhuri..

Assalamualaikum..
tengok tajuk...haih, lain mcm aje..hehe. Ahmad Damanhuri, sepupu saya belah mak saya. Baru-baru ni kami ke Salak Tinggi menghadiri kenduri kesyukuran untuknya yang akan melanjutkan pelajaran di Edinburg(betul ke eja??haha) Australia dalam bidang Mechanical Engineering..

Ahmad Damanhuri (Aman)
Aman, anak sulung lelaki makteh dan pakteh. Bekas pelajar MRSM TGB Melaka.Bila tengok die, teringat kekanda saya Abang Masani yang kini berada di German. Perwatakan dan gaya sama sahaja hehe. Aman akan berada di Australia di bawah tajaan MARA selama 4 tahun.. semoga aman terus berjaya dan cemerlang di sana. Dan semoga aman pandai menjaga diri, peribadi, akidah dan maruah di sana. Maklumla duduk di negara orang. Bermacam dugaannya..

Untuk aman (kalau bacala entry ni)..
Kak ja doakan aman sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan rahmatNya di sana. Ape2 pun yang aman buat, letakkan Allah yang paling atas. Solat jaga. Ingat mak dan abah selalu. Pulang dengan kejayaan ok??

Maklong Nurul dan rafikah

Ayahanda saya

Kak da, kakak dan cicit

Kak ngah, aman, maksu dan saya

Tukar orang pulak

Tok saya..=)

Cicit dan kakak (tak habis2 bergosip)


Khaliza Yunus:
"Pernah bercita-cita menyambung pengajian master di luar. Namun, apakah akan tercapai?InsyaAllah, hasrat itu akan diteruskan, tapi dalam negara sahaja kot...=)"

خاليزا يونس

Sambutan Maulidurrasul di maktab

Alhamdulillah...
11 Feb lepas, maktab telah pun adakan sambutan maulidurrasul kelolaan BADAR. Pertama kali sambutan seumpamanya di adakan. Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Mansor yang banyak membantu..(sampai demam...hehe)..

Alhamdulillah, kami mengadakan pertandingan bagi menggalakkan pelajar menyertai. Secara keseluruhannya, pelajar sekolah saya mmg berbakat dalam membuat persembahan. Namun ada sedikit kekecewaan yang terbit kerana program yang sepatutnya membawa penghayatan dalam setiap diri pelajar bertukar menjadi seolah-olah program maharaja lawak pulak. Setiap kumpulan yang membuat persembahan menyelitkan unsur lawak. banyak gelak ketawa malam tu...sedih sebenarnya..hatta sebuah video sedih yang menceritakan kesedihan sebuah keluarga Palestin juga dilakonkan semula dalam bentuk berunsur lawak...
Mungkin pelajar saya tidak cukup lagi kesedaran dalam menghayati besarnya kelahiran Baginda Rasulullah..Besarnya nikmat yang mereka perolehi sebenarnya..Salahnya mungkin kpd kami guru2nya yang mungkin belum sempurna menanamkan rasa kecintaan mereka kepada kekasih yang agung itu...

Harapannya, agar program ini dapat diperkemaskan lagi pada tahun depan..InsyaAllah..

Khaliza Yunus:

"Berusaha sedaya upaya menghidupkan sunnah Rasulullah..Jika bukan kita, siapa lagi....???"

خاليزا يونس