29 January 2010

Bingkisan Buat Sahabat-sahabatku...

Sahabat..
Persahabatan yang telah kita jalinkan..
Mahal harganya..
Lebih mahal dari segala harta yang ada di dunia ini..

Namun..
Tanpa kita sedar..
Tali ukhuwah yang kita bina semakin longgar..
Mungkin masa,tempat dan keadaan buat kita lupa dan leka..
Masing-masing sibuk dgn masa depan sendiri..

Hati tidak lagi lagi bertaut seperti dulu..
Mulut tidak lg menegur dan memuji spt dulu..
Nama-nama sahabat semakin padam dlm doa kita..
Apa yang tinggl hanyalah kenangan..
Kenangan yang hanya muncul di benak fikiran sekali-sekala

Berdoalah sahabat..
Agar jalinan yg dibina utuh kembali..
Berdoalah sahabat..
Agar ukhuwah yang kukuh Allah rahmati...
Berdoalah sahabat...

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
Telah berkumpul kerana mengasihiMU..
Bertemu dan patuh kpd perintahMU..
Bersatu memikul beban dakwahMU..
Hati-hati ini tlh mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMU..
Maka Ya Allah..
Eratkanlah ikatannya..
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah hati-hati ini jalanMU..
Tunjukkanlah hati-hati ini dgn cahaya RabbaniMU yg tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati dgn limpahan iman&keyakinan..
Ya Allah..
Jika engkau mentakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai syuhada' dlm perjuangan agamaMU..
Perkenankanlah Ya Allah..
Amin..


Semoga kita semua menjadi TEMAN di syurga kelak..
Amin..

No comments:

Post a Comment

your comment here...