22 January 2010

Be Strong My Dear Sis!!

Malam td kami sekeluarga(tak semuala) menhantar abg balik ke German.alhamdulillah,br sebentar td abg mesej ayah kata dah sampai di Frankfurt..semoga abg selamat sampai dan sentiasa dipermudahkan segala urusan di sana..
malam td lebih kurang pukul 11.45 mlm adik Najhah telefon cicit(adik aku sorang lg)..memang kami dah berjanji untuk berjumpa dgnnya di KISAS hari sabtu ni..siap pesan gulai ikan patin masak tempoyak..hehe.masa die telefon,tibe2 die nangis..katenya tensen belajar..tahun ni adik akan menjalani peperiksaan besar..SPM..
adik aku ni istimewa sket..sedari kecil die mmg seorang yang cepat faham..kecik2 lagi dah pandai bercakap,org pahang kate mmg homehla mulutnya..suke berlakon depan cermin hehe.masuk sekolah rendah,die mmg seorang murid yang cemerlang..boleh dikatakan setiap acara kurikulum akan disertainya..bahas,nasyid,tahfiz,tilawah,pidato mcm2la..sampaikan mak aku bimbang akan menganggu peperiksaan UPSR..tp ternyata adik aku berkebolehan(kembangla tu).alhamdulillah,5A dalam genggamannya dan dinobatkan sebagai tokoh murid.mak dan ayah mmg sngt banggalah dgn die..(kami pun same dik..taknak tunjuk jek hehe).sekolah menengah die ke SMK Seri Bera..di sana,sama mcm semasa die di SK Kumai..macm2 acara disertai.namun alhamdulillah,die masih boleh skor 9A dalam PMR..die ditawarkan tempat di KISAS.kalau ikutkan mak dan ayah,mereka tak sanggup utk berjauhan dgn adik..teringat mase mule2 anta adik ke KISAS,mak nangis berpisah ngn adik..tp adik aku ni seorang yg kuat.die tekad utk bersekolah di sana..masa mula2 die ke sana,aku sempat pesan ngn die supaya kuat,tabah sbb KISAS tak sama dgn SMK Seri Bera..sangat berbeza..aku suke bila adik di sana..biar die belajar berusaha dgn lebih gigih dan aku percaya adik aku boleh..
cume smlm bile dgr die nangis dn mengatakan die tension belajar,aku tergerak utk menulis post ni khas utk die..

Adik..
Terlebih dulu adik kena tanamkan dalam hati adik bahawa kami semua sayangkan adik..kak ja pun sayangkan adik..walaupun kak ja selalu marah-marah,suruh baca buku,suruh buat kerja sekolah..itu semua sbb kak ja sayangkan adik..kak ja tahu adik seorang yang tabah,adik seorang yang tak mudah berputus asa..

Kak ja tahu apa perasaan bile rasa susah hati dalam belajar..kak ja juga pernah menjadi pelajar macam adik..cuma satu kak ja nak ingatkan adik,adik beruntung ditempatkan di kalangan mereka yang cemerlang..itu dah menunjukkan adik juga seorang yang cemerlang..jangan jadikan ia sebagai satu halangan untuk adik berjaya,malah jadikan ia sebagai satu cabaran dan penguat semangat adik untuk berjaya..jika orang lain boleh,kenapa tidak adik..gunakan segala peluang yang ada untuk ke arah kecemerlangan..cuba perbaiki segala kelemahan secaramana yang adik termampu..banyakkan latihan,practice makes perfect right??cuba buat perkara yang menjadikan kehidupan adik sebagai seorang pelajar menyeronokkan..

Di sana adik punya ramai sahabat..kadang-kadang bila kita berjauhan dengan keluarga,sahabatlah tempat kita berkongsi segalanya..pilihlah sahabat yang boleh memandu adik ke arah kejayaan,yang boleh berkongsi suka duka..buangkan segala perkara2 negatif yang ade dlm diri adik,fikir secara positif..bila dimarahi guru,fikir secara positif.cuba ubah apa yang salah..jangan jadikan ia pelemah semangat adik..

Yang paling penting dik,ingatlah bahawa doa kami sentiasa mengiringi adik..doa mak ayah tak pernah putus2 untuk adik.kak ja tak pernah lupa mendoakan adik,dan kak ja yakin kakak2 dan abg2 adik yg lain pun sama..Adik masih punya masa untuk memperbaiki segala kelemahan diri..jangan paksa diri adik,buatlah semampu yang adik boleh..selagi adik mampu,jangan letakkan putus asa sebagai penghalang usaha adik..jangan sesekali adik berputusd asa..jika terasa lemah,cuba bangkit semula..kak ja yakin adik pasti berjaya..cemerlang bagi kak ja bukan dinilai dari segi A1,cemerlang bagi kak ja adalah bila adik berjuang tanpa pernah rasa putus asa..berusahalah dan akhirnya serahkan segalanya pada ALLAH kerana DIA yang mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk kita..teruskan berjalan dan berusaha kerana pada akhirnya kita akan bertemu jua apa yang kita harapkan..InsyaAllah..

Kuatkan semangat adikku...

adik,abg masani,cicit and kak da

No comments:

Post a Comment

your comment here...