20 July 2010

Jun Punye Cerite Part 1

Assalamualaikum...

alhamdulillah..syukur masih diberi peluang untuk terus menghuni di bumi Allah yang serba indah ini..dah lama tak update...sangat sangat sangat dan sangat bz (bz betul nih..hehe...)skang dah masuk bulan Julai..sekejap jek mase berlalu..

Cerite bulan Jun sangat banyak..bermula dengan pengembaraan alza di awal bulan hinggalah peristiwa Hari guru..kita pergi satu persatu mengikut kronology masanye ye..
1) 2 jun selepas alza dibawa pulang ke trolak, aku ke putrajaya mengambil cik ifa a.k.a makcik nurul di presint 2..saje jek meng'test' alza dan membiasakan diri memandu alzaku yg besar tu jauh sket sebelum dipandu jauh ke pahang (jgn pening ye)..alhamdulillah..selamat pergi dan pulang..

2) setelah tamat Ujian Semester 1, setelah selesai segala tugas menyemak kertas dan key in markah (Alhamdulillah, ada peningkatan bagi ke2-2 kelas yang aku ajar..tahniah 202 dan 402), maka sekali lagi alza akan diuji keutuhannya untuk berjalan sejauh lebih kurang 500 km untuk pulang ke kampungku tercinta Felda Kumai. Alhamdulillah, selamat sampai bersama adik bongsuku dari Klang.bertolak lebih kurang pukul 10 am dari Seri putra (rumah abang) ke Klang, sampai di rumah lebih kurang pukul 7 pm..penat toksah katalah hehe....

3)Kenduri kesyukuran dan cukur jambul Rafikah..alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar..macam bese menunye ikan patin masak tempoyak..kambing mestilah ade..waktu bacaan selawat, tetiba Aqilah dtg kat aku.." Makjang, knp org tu (merujuk kpd pakcik yg gunting rambut rafikah) buat kat rafikah camtu??tak sakit ke die??..hehe..aku hanya senyum, lepas tu aku jwb, "taklah..tak sakit pun..tengok rafikah tak nangis pun..dulu masa kakak kecik camtula org tu buat.."..aqilah senyum."ooooo"..(tak tahulah faham ke tak) hehe.
Majlis tamat dgn jayenya..terima kasih kpd semua yag membantu dan yg dtg memriahkan majlis..=)



4) cuti sek dan jalan-jalan...

10 June 2010

MEI PUNYA CERITA DAA.....


Salamun’alaikum…
Harap semuanya sesihat belaka..almaklumla kebelakangan ni ramai sgt yg demam..mungkin cuaca yg tidak menentu..takpelah, semoga sakit demam kita tu menjadi penawar dosa-dosa kecil yg kita lakukan..sesungguhnya itu semua tanda kasih-sayang Allah kepada kita..Bukti Sifar ar-Rahim Allah buat hambanya yang sudah meyakini dgn hati, menyebut dengan lisan dan menzahirkan dengan perbuatan kepercayaan kepadaNYA..Semoga limpah kasihNYA kekal buat kita selamanya…amin..
Hmm…dah lama tak update blog..maklumlah, sangaattttt busy..macam2 cerite.. pertama, 2 minggu sebelum cuti, peperiksaan akhir semester berlangsung..sebagai penyelaras Bahasa Arab tingkatan 2, sibuk buat soalan dan melipat kertas soalan. Alhamdulillah, mujur ade kengkawan yg membantu meringankan beban..syukran buat semua..Subjek PAI dan Arab berlangsung dengan lancar..Alhamdulillah, sempat menyemak jawapan students sebelum pulang bercuti (mmg kene siapkan sebelum cuti pun hehe).. dan dengan bangganya nak bagitau, sekali lagi kelas aku 202 dapat semua A..alhamdulillah..Cuma adelah 2 3 orang yang menurun resultnya, tp masih A ikut ranking PMR..Cuma kalau mengikut gred MRSM ade lebih kurang 5 ke 6 pelajar yang dapat B..takpelah..harap2 lepas ni naik semula..Bagi kelas 402, Alhamdulillah semua lulus dan ada peningkatan..Paling rendah 69 markah..Aku sangat suke..Cuma terkilan sbb lepas ni dah tak mengajar diorang..sedihla sbb dah mula rapat dengan diorang..nama pun dah ingat semua..tp takpelah, ape2 pun mereka masih my students..harap lepas ni lebih success belajar dengan ustaz/ah lain ok..
Ok..habis bab school…hope my students do their homework masa cuti ni..kalau tak siap mmg nak kenala tu memasing…huhu…

Cerite ke-2...Kelahiran anak sedara aku yang ke 7..Puteri ke-3 teratak 361, puteri sulung pasangan Nurul huda (kakak aku) dan abg wan.. lahir 27 Mei 2010, di Hospital Serdang dengan berat 3.2 kg..Alhamdulillah..selamat semuanya..sebenarnya die lahir 3 hari awal daripada due..sepatutnya due 30 Mei..tp die tak sabar dah keluar nih hehe..alhamdulillah, nama sudah pun diberi..RAFIQAH NURUL 'AISY..maksudnya TEMAN CAHAYA KEHIDUPAN..yang aku fahamla maksudnya..semoga Rafiqah menjadi anak yang solehah penyejuk di mata dan penawar hati mak dan ayahnya..aminn

Cerita ke-3, masuk bab life aku skang..Alhamdulillah, rezeki Allah beri..aku dah punye kereta sekarang..kalau ikut hati, taknak beli lagi..nak bagi stabil betul2..tp dek kerana susah dan letihnya nak balik jauh..kena beli jgk..Bab kate seorang kawan, “kereta sekarang dah jadi barang keperluan”….betul tu..betul tu..huhu. so, setelah ditimbang tara, tolak baik dan buruknya, audit situ sini..minta pendapat semua adek badek, kak cimah, abg bad, abg jafni, dan abg serta kak da..minta pendapat my best fren akhirnya aku bertekad beli jgk..dengan bantuan anyah a.k.a. mr. Zahrunnahar (abg cik ifa kite), maka dalam tempoh 3 minggu daptla hasilnya…bernombor pendaftaran WTY 261..2/6 tarikh kereta keluar..1 mewakili : My 1st and forever car..insyaAllah..
Jenamanya ALZA berwarna putih..dirasmikan oleh anyah sendiri hehe. Thank you anyah atas penat lelah anyah ye..Mula2 bawak, rase pening2..pasal Nampak luas dan besar pemandangan..lame2 rase ok..rase macam bawak kereta biasa, bukan MPV…ye..MPV yg aku beli..aku pun tak tahu knp aku beli MPV..tp dah beli dah pun..dan hasilnya, aku puas hati..blik jauh, tak sakit badan dan selesa..mmg itu yg aku mahu..biolah org kate beso, janji aku yg pueh hati..dan yg paling penting, duit aku hehehe..(harap2nye cukupla bulan2 hehehe)….. Tarikh pendaftaran 27 MEI..that;s whyla aku masuk dalam mei punye cerite hehehe..Dan nak tahu ke mana alza dah merantau..TUNGGU CERITE BULAN JUN~!!!!hehehehe
 hari kedua setelah keluar kedai..


خاليزا يونس

25 May 2010

Selamat Hari Pendidik

Assalamualaikum….
Masih tak terlewat rasenya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saye yang sentiasa dalam ingatan…guru-guru di SK Kumai (1991-1997), guru-guru di SMAC (1998-2002), pensyarah-pensyarah di MCIIUM (2003-2005) dan pensyarah-pensyarah di UIAM (2005-2009), serta tak lupe buat semua guru-guru yang ada di dunia ini…kepada adik-beradik dan ipar duai yang bergelar guru..dan yang paling istimewa buat guru yang membentuk diri saye sejak dari kecil..tak lain ayahanda Hj Mat Yunus bin Abas dan Bonda Hajjah Adiyah bt Mokhtar…
Sungguh besar pengorbanan dan jasa seorang guru…persepsi orang yang mengatakan kerjaya sebgai guru adalah kerjaya yang paling mudah, pergi kerja pagi, tengahari dah boleh pulang dan berehat adalah tidak banar sama sekali…seingat aku, sepanjang menjadi guru di MRSM Felda ini, tak pernah pun aku pulang kurang daripada pukul 4..mesti pukul 4 ke atas..kadang-kadang petang pukul lima baru balik, malam datang lagi untuk mencari bahan-bahan mengajar. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar selama 22 atau 23 masa seminggu di dalam kelas, tetapi kerjaya seorang guru bermula dari hari dia mendaftar diri sebagai guru, hari pertama dia punch in kerja dan berlarutan sampai bila-bila..24 jam masa untuk guru berbakti.Tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, malah guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak pelajar membentuk sahsiah yang cemerlang agar lahir sebagai insan yang terbilang..Guru adalah guru, pendidik dan kawan baik kepada pelajar..guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang mampu menggalas tanggungjawab memimpin ummah dan Negara.
Ada segelintir manusia yang berkerjaya besar, pekerjaan yang tinggi pangkatnya menganggap kerjaya guru adalah kerjaya yang lekeh..tiada masa depan, malah ada yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru tidak mampu membuat kita kaya…ya..itu semua benar, kerjaya sebagai guru memang tidak mampu menjadikan kita jutawan yang mempunyai harta kekayaan yang banyak..namun, ia mampu memberikan kita harta yang paling bernilai buat bekalan kita di sana nanti. Setiap patah ilmu, setiap titis peluh yang mengalir dalam keikhlasan kita mendidik anak bangsa, insyaAllah ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Malah, mereka yang berpangkat tinggi, berkerjaya besar itu tidak sedar bahawa mereka yang ada pada hari ini adalah datang dari didikan seorang insan yang miskin dan kerdil iaitu “GURU”. Mana mungkin mereka mengenal ABC dan 123 jika tidak kerana seorang GURU..mana mungkin mereka boleh petah bercakap sehingga mempu menjadi seorang ahli politik yng Berjaya jika tidak kerana GURU..mana mungkin seorang sultan mampu memerintah dengan bijaksana jika tidak kerana jasa seorang GURU..maka, biarlah kita miskin harta, tetapi kita kaya dengan budi dan jasa yang akan mengalir sepanjang hayat pahalanya..

خاليزا يونس