Berkata benarlah biarpun sukar
Kerana pada yang benar ada sinar
Teringat lirik lagu ciptaan Dr MAZA. Hari ini sekali lagi terasa diuji. Benarlah, bila sesuatu yang benar di salah ertikan, maka pelbagai cabaran kita perlu tempuh. Apabila yg benar akan membuatkan sesuatu pihak menjadi salah,pasti pihak tersebut akan berusaha menjadikan yg salah itu adalah benar walaupun ternyata ianya salah (apa ayat aku ni..carca marba hehe).
Apa-apa pun..jika kita di pihak yang benar,tidak perlulah kita merasa gusar atau takut. Allah sentiasa bersama orang yang benar. Jalan dakwah sentiasa ada mehnahnya,sentiasa ada ranjau cabarannya. Sedangkan Rasul Kekasih Allah juga diuji dgn ujian yang maha berat. Ujian itu tanda kasihNya. Terimalah seadanya dan hadapilah dengan senyuman dan sabar.
"Berkatalah benar biarpun pahit"
8 October 2013
6 October 2013
Satu lagi kenangan
| Pantai Teluk Batik 051013 |
Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi ALLAH yang indah ini. Sengaja ingin berkongsi kisah semalam.
Alhamdulillah, lepas sekolah semalam dapat menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat saya di Pantai Teluk Batik.
Perjalanan kami berjalan lancar. Naik sahaja kereta, perjanjian antara kami..tiada cerita mengenai pelajar, asrama, kerja ataupun maktab. Fokus hanya untuk merehatkan diri, mencari terapi kepada badan yang sangat penat dan mental yang sangat letih. Sesungguhnya, kerjaya sebagai guru di zaman ini sangat mencabar. Bukan nak kata kerja lain tak penat, semua perkara di dunia ada cabarannya yang tersendiri.
Berbalik kepada cerita kami. 2 jam kami di situ, mandi bersuka bermain air dan makan. Menyaksikan matahari senja , walaupun tidak dapat menyaksikan secara jelas kerana matahari terlindung di sebalik awan yang tebal, tapi alhamdulillah keindahan itu dapat kami saksikan. Ianya terapi yang bagus sebenarnya.
Kawan-kawan saya, alhamdulillah..syukur bertemu dengan mereka. Walaupun kami berbeza latar belakang, perangai dan perwatakan. Walaupun adakala kami tak sependapat, tak bertegur, terasa hati dan sebagainya, tetapi tidak dapat dinafikan mereka adalah antara sumber kekuatan untuk terus berada di maktab ini. Bagi saya, saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Siapa kita nak menilai mereka, masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Hati yang penting dan hanya Allah yang mampu menilainya.
Apa-apa pun bersyukur di atas ukhuwwah ini. Moga ianya mekar dalam kasih Ilahi. Mungkin di masa hadapan kami tidak berpeluang lagi begini, atas tanggungjawab masing-masing nanti. Perubahan status dan sebagainya. Tetapi, sekali bersahabat, selamanya bersahabat. Dan semoga Allah meredhainya. In shaa Allah..
Bila pergi teluk batik, teringat kenangan di sana bersama ifa sahabat baikku dan juga kenangan bersama adik-adikku Ruby, Shasha dan Mira...=)
4 October 2013
Erti Hidup KeranaNYA
MRSM Felda 04102013
Beberapa hari yang lalu, diajukan soalan ini "Ustazah, macam mana nak hilangkan kesedihan. sedih macam tiada punca.rasa kosong. Lately,hati sangat merindui DIA?"
Bersyukurlah kerana dikurniakan rasa rindu kepadaNYA. Bersyukurlah kerana di hatimu tersemat indah kecintaan kepadaNYA. Itu tandanya, DIA sayang padaMU, DIA juga rindu padamu. Rindu untuk mendengar rayuan dan pengharapan hambaNYA. Teruskan mengharap, teruskan berdoa, teruskan merayu padaNYA. Sentiasalah berbaik sangka padaNYA. Walau hidup dilanda badai sehinggakan dirasakan tiada daya lagi, yakinlah itu semua tanda kasihNYA. JanjiNYA akan diberikan kepada yang bersabar dan sentiasa taat kepadaNYA.
Jagalah hatimu selalu. Hidup dan matimu hanya untukNYA. Cinta dan rinduMU tulus buatNYA. Tiada apapun dan siapapun yang bisa memberi kemudaratan kepadamu, selagi DIA sandaran utama hidupmu.
"Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam"
(Al-An'am : 162)
خاليزا يونس
Subscribe to:
Posts (Atom)
