18 February 2012

Salam Maulidurrasul


Muhammad Habibuna, Muhammad Syafiiuna..
Kerinduan kepadanya takkan pernah hilang dan terubat.
Harapan dan impian, agar kita bertemu di akhirat kelak...

"Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day"

Sungguh indah andai kau masih bersama kami..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

خاليزا يونس

7 February 2012

Perjuangan perlu diteruskan....

Apapun yang terjadi...
Berjalanlah tanpa henti..

Airmata tertahan..
Saat untuk dijatuhkan..


~Melawan Kesepian~

Hidup ibarat roda yang berputar. Seringkali terdengar perumpamaan ini. Hidup kita kekadang di atas kekadang kita berada di bawah. Mana pun duduk letaknya kita, usaha dan kesabaran perlu menjadi tunggak keteguhan diri.

Diri sentiasa beringat, apapun yang dilakukan, Allah menjadi yang utama. Allah menjadi yang teratas. Namun terkadang nafsu dan keinginan menguasai diri. Seringkali diri tewas akan kelemahan sendiri.

"Berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Berpesan-pesanlah dengan kesabaran"

Ya....Manusia perlu diingatkan selalu. Aku bersyukur masih punya keluarga dan sahabat-sahabat yang masih sudi menegur khilaf yang dilakukan. Dan sebagai pendidik, kadang-kadang apa yang berlaku kepada anak didik menjadi sumber peringatan kepada aku. Semoga diri ini sentiasa beringat dan berwaspada.

Dugaan dan cabaran pasti akan berlaku dalam setiap diri manusia. Cuma janji Allah, ia tidak akan melampaui batas kemampuan seorang hamba. Aku percaya segala yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah ketentuan Allah yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA. Dengan itu, rasa redha sentiasa hadir dalam jiwa.

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away

If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

Faith...perkataan yang punya makna yang amat besar. PERCAYA lah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah MAHA PENCIPTA. Percayalah.....nescaya hidup ini akan sentiasa tenang.. Percayalah..

Khaliza Yunus:
"Janji Allah, DIA tidak akan menguji manusia di luar batasan kemampuan manusia. Janji Allah jua, setiap yang bersabar pasti besar ganjarannya. BERSABARLAH menempuh dugaan. TERUSKAN PERJUANGAN...."

خاليزا يونس

Kem Jati Diri Tingkatan 3 & 5

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.Masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah yang luas ini. 4 hari cuti, saya hanya di maktab. Tuntutan kerja memaksa untuk terus bersabar menahan rindu kepada keluarga di Pahang. Saya bersama dengan sahabat-sahabat lain terlibat menjadi peserta dalam Kem Jati Diri Ting 3&5 di Dewan Besar MRSM Felda. Kem jati diri yang bermula dari 3 Feb 2012 sehingga 5 Feb 2012 disampaikan oleh pakar motivasi yang juga pensyarah engineering yang dijemput khas dari Universiti Malaya, Dr Raysdan bin Razi. Pemegang Ijazah Chemical Engineering dari MMU, Master dalam psikologi (UKM) dan sedang menyiapkan tesis PHD dalam engineering. Subhanallah, hebat sungguh otak dia. Berasal dari Kelantan. Dan juga bekas pelajar SMART Labu NS.
Alhamdulillah, impian untuk melihat motivasi berbentuk Islamik tercapai, walaupun pelajar mungkin dalam keadaan terpaksa menyertai kem ini. Mana taknya, orang lain bercuti. Permulaannya, sy sendiri berasa terpaksa untuk datang. HOMESICK hehe..Tapi lama-kelamaan, sy diumpan dengan butiran ilmu yang terbit daripada penceramah tersebut. Walaupun isi ceramah lebih tertumpu kpd pelajar, namun sedikit sebanyak sy sebagai guru boleh mengambil sedikit manfaat daripadanya. Ilmu jika tidak diambil dan diamal amat rugi sebenarnya. Kami guru-guru juga diminta menjadi fasi dalam kumpulan pelajar. Walaupun tak banyak slot aktiviti, tp sedikit sebanyak dapatla mengenali lagi anak2 pelajar saya.
Kumpulan saya sewaktu aktiviti Graf Kehidupan

Ustaz Yusof n Hambali

Kumpulan saya : Pelajar perempuan

Bersama KJ Sains, Kak Jah

Antara guru yang menghadiri kem



Haha..ntah pe2 gambar ni..












Diharapkan semoga kem ini sedikit sebanyak mengusik jiwa anak2 pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan nanti. Dan semoga kem ini memberi kesan kepada mereka sepanjang hidup mereka nanti, InsyaAllah..

Khaliza Yunus:
"Perubahan dalam diri menuntut pengorbanan dari segenap jiwa dan raga. Pengorbanan yang hanya terbayar dengan rahmat dan kasih-sayang dari Ilahi.Berubahlah menjadi yang lebih baik".