6 August 2009

H1N1 (Bah 1)

Sehingga semalam dah 12 kematian akibat wabak H1N1. Kebanyakannya kanak-kanak. Sehingga pagi ini sebanyak 835 kes tercatat di negara kita iaitu sebanyak 562 kes import dan 273 kes tempatan. perkara ini amat membimbangkan menteri kesihatan kita. bukan sahaja beliau, malah seluruh rakyat negara tentu gusar dan bimbang dgn penularan wabak ini.

Aku pun turut merasa bimbang. mintak dijauhkan daripada penyakit ini. Marilah kita amalkan doa ini minta Allah jauhkan kita dari segala bala dan wabak..

Ya Allah, lindungilah aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku dan seluruh umat Islam di dunia ini dan manusia keseluruhannya daripada wabak penyakit ini Ya Allah..Lindungilah kami dari segala bala..Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa menurunkannya dan Kau jua Yang Maha Berkuasa menghapuskannya..Hanya kepadaMu Kami bergantung harap dan hanya kepadaMu sahajalah tempat kami memohon pertolongan..Perkenankanlah doa kami Ya Allah..Istajib Dua'ana Ya Allah..Amiin.

No comments:

Post a Comment

your comment here...