19 January 2013

Istimewanya insan bergelar kanak-kanak...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..terima kasih Allah..I Love YOU ALLAH!!!

Minggu ni berpeluang pulang ke Felda Kumai (kg sayala tu).Ingat dulu ms kanak-kanak, bile sebut balik kg, yang dimaksudkan "kampung" itu ialah kg mak dan ayah a.k.a rumah tok di Chenor. Tapi dah jadi remaja tua ni, bile sebut balik kampung, mestilah yang dimaksudkan balik rumah mak ayah tercinta tempat membesar dan menakal (ada ke perkataan ni hehe) di sini.Kalau nak cerita zaman kanak-kanak, rasanya tak habis nak cerita..hehe.

Ok..berbalik kepada ceritaku minggu ini. Balik kg kali ni ditemani kanak-kanak riang Aqilah dan Atikah. Tak sangka pulak nak ikut makjang dia balik kampung. Nak jumpe tok katenye..EXCITED!! hehe. Tak pernah lagi bawak diorang naik kete saya jalan jauh.risau jugak, tp seronok. ade teman hehe.

Dalam perjalanan, mmg macam2 cerita keluar. sy melayan sambil memandu. mata sebenarnya berat. kalau takdak depa, mau pejam dah rasenye huhu.Saya sebenarnya takjub dgn anak sedara saya yang sorang ni.. Aqilah.. terserlah kebijaksanaan ketika dia petah berkata-kata. Saya pasang zikir MSQ.mmg ini first time die dgr CD tu. tapi, alhamdulillah, setiap alunan zikir dalam cd tu dia boleh ikut. die dgr 2 3 kali, die dapat ikut dan ulang. Ada satu track, yang bila hadis dibaca, dia dapat teka doa apa yang bakal berkumandang, cm rentak yang die belajar berbeza dgn nyanyian CD td. Ayat dia " kakak belajar doa ni kat sekolah"..
Alhamdulillah..semoga kekal ilmu yang dipelajarinya dalam benaknya sehingga dewasa..

Ya..itulah istimewanya kanak-kanak. Punya ingatan yang kuat. Jika diselusuri perjalanan ilmuan-ilmuan Islam, mereka diajarkan dgn ilmu al-Quran dan hadis sejak kecil sebelum mereka menjadi pakar dalam lapangan ilmu masing-masing. Sejak kecil, sudah hafaz al-Quran. Tidak hairanlah mereka menjadi manusia yang hebat dan disegani manusia. Alangkah indahnya, jika ibubapa sekarang menggunakan kaedah yang sama. Di peringkat awal episod hidup anak-anak mereka, sudah diajar dengan al-Quran dan hadis, kerana jiwa mereka sangat suci ketika itu, senang sahaja menerima apa sahaja ilmu yang diberi.

Mutakhir ini, sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kanak-kanak di ajar menyanyi dan menari di atas pentas (rancangan realiti kan banyak sekarang) berbanding mengaji dan belajar tajwid. Alangkah ruginya kita jika generasi harapan kita di masa depan di ajar ilmu-ilmu yang begini. Adakah dgn ilmu ini bisa membantu mereka berjuang di tanah air sendiri kelak??Tepuk dada tanyalah diri..Dan yang paling sedih, kebanyakan kanak-kanak yang menyertainya adalah kanak-kanak Islam...huhuhu.

Saya sangat suka melihat kanak-kanak yang petah mengaji, berzikir..sejuk perut ibu yang mengandung kanak-kanak yang begini. Anak-anak pelajar saya juga ramai yang begini, tp tidak kurang jgk ramai yang tidak pandai mengaji. Sedih dan pilu hati. Saya membantu setakat yang saya mampu, In shaa Allah..

Saya sangat berharap anak-anak saya kelak pengahafaz Quran semuanya..(Bilalah agaknya tu yer hehe). In shaa Allah..semoga mereka menjadi pembela saya di akhirat kelak, insan yang baaaaanyak dosa ini...huhu.

Alhamdulillah..
Semoga memberi manfaat..
Bertemu lagi di post yang akan datang..


خاليزا يونس

13 January 2013

13 Januari 2013...Tarikh itu...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..terima kasih Allah..I Love U ALLAH..

13 Januari 2013..

Alhamdulillah..masih diberi pinjaman nyawa untuk terus berada di bumi ALLAH yang amat indah ini. Hari ini pagi2 lagi dah beriadah bersama sahabat-sahabat yang tersayang. Dah lama sebenarnya saya tak beriadah bersama mereka. Alhamdulillah, ALLAH memberi saya merasa nikmat bersaudara dan berukhuwwah. Di samping dapat menyihatkan badan yang agak tidak sihat ini.

Semakin hari semakin terasa kasih-sayang yang ALLAH kurniakan..Bagaimana kita membalas kasih-sayang itu..??ya..jagalah amanah yang DIA berikan dengan sebaiknya..tubuh badan dan minda yang cergas perlu dijaga. Saya menanam azam, ni kira boleh masuk azam 2013 la kot, nak bersukan dan beriadah..aktiviti yang sepatutnya saya lakukan sejak dulu hehe. Kekangan masa banyak menghalang diri daripada bersifat rajin ke arah itu. Alhamdulillah, moga2 ALLAH memberi kesempatan dengan azam itu..menjaga jantung dan hati yang sejak akhir-akhir ini semacam menguji kesabaran dan ketabahan..

With intan & nailah
Pemandangan waktu pagi MRSM Felda

Hari ini sebenarnya merupakan satu tarikh yang tak mungkin dilupakan oleh saya dan keluarga..Genap 2 tahun peristiwa itu berlaku, peristiwa pahit yang hikmah di sebaliknya menguatkan kasih-sayang antara saya dan adik-beradik saya. Peristiwa kemalangan yang melibatkan ayah, mak, cicit dan adik, membawa ayah kepada episod hidup yang sukar baginya, terlantar selama setahun tanpa boleh melakukan apa-apa. Bukan nak mengenang peristiwa itu, cuma ia sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga. Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian punya hikmah yang Alhamdulillah, ALLAH benarkan kami merasainya. Pada saat ini, saya mmg sangat2 rindukan mak dan ayah saya. Terima kasih YA ALLAH, kerana KAU masih berikan aku peluang merasai kasih-sayang mereka lagi.

Keluarga saya..I LOVE U ALL..=)
Alhamdulillah..Saya Sayang ALLAH..terima kasih ALLAH...=)

Berjumpa lagi di post yang akan datang..
Hargailah mereka yang tersayang di sekeliling anda, walau siapa dan bagaimana sekalipun mereka..
Ikhlaslah dalam berkasih sayang..in shaa ALLAH..kasih-sayang ALLAH bersama kita..

SYUKUR ALHAMDULILLAH...
خاليزا يونس

8 January 2013

Aku Sayang ALLAH..Aku rindu ALLAH..Aku Cinta ALLAH


Bismillahirrahmanirrahiim...

Andainya..
Diriku bisa seperti yang lain..
Yang KAU sayang..
Yang KAU rindukan..
Yang KAU cintai..
Aku lemah..
TanpaMU aku lelah..
Aku sungguh tak berdaya..
Tolongku..tolongku..Ya ALLAH..
Setiap air mataku mengalir..
Allah aku lemah dan tak beerti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku sayang ALLAH..
Aku rindu ALLAH..
Aku cinta ALLAH..


Meraih cinta Allah adalah impianku..Rasa rugi kerana baru sekarang kusedar aku amat kurang menyintainya..Diri selama ini lalai, alpa, sambil lewa terhadapNYA..namun, DIA tidak pernah membiarkanku..DIA berikanku kesenangan, kasih-sayang dan kebahagiaan yang kusangka datangnya dari usaha sendiri..Ya Allah..alangkah berdosanya aku..alangkah sombongnya aku..
Ya Allah..aku bersyukur, kerana KAU memilih aku untuk lahir ke dunia ini dalam agamaMU yang suci ini..
Ya Allah..aku bersyukur, kerana KAU masih memberikanku pinjaman nyawa untukku terus berada di dunia ini mencari harta perbendaharaan buat bekalanku di sana..
Ya Rahim..aku bersyukur, kerana KAU letakkan aku sebagai umat KekasihMU yang Kau cintai..
Ya Rahman.aku bersyukur, kerana KAU kurniakan aku mak dan ayah yang sangat penyayang, yang sangat baik, yang sangat mengambil..KAU kurniakan adik-beradik yang sangat memahami, KAU kurniakan sahabat-sahabat yang sangat baik...
Ya 'Alim..aku bersyukur, kerana KAU beri peluang kepadaku mencari ilmu..pintaku Ya Allah, agar ilmu yang perolehi ini tidak ku sia-siakan...
Ya Allah..Terima Kasih atas segalanya..Aku sayangkanMU..Aku rindukanMU..Aku Cintai KAMU..
Jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur..
Yang sentiasa takut akan azab dan seksaMU..
Yang rindu akan syurgaMU..
Yang berani dalam agamaMU...

Aamiin Ya Rabbal 'alamin..
خاليزا يونس