27 January 2012

MarryBrown..

 Alhamdulillah..cuti tahun baru cina baru2 ni berkesempatan berjumpe dengan family tersayang.walupun sy sorang aje yg cuti sekejap, tp at least daptle jupe mereka..

Dan dpt jgkla bawak mak dan ayah pg mkn2..tp akak la yang belanje hehehe. makan di marry brown triang yg baru aje siap di bina..ni 1st time sy mkn kat marry brown, dan rsnye yg terakhir kot hehehe...

malas citer panjang..tengok ajele gambo ni yer...

Papan tandanye...

Nak balik dah ms ni..sempat gambo dl

Ayahanda..selera ayah makan hr tu.

me n my beloved sisters...

Merekala yang paling seronok...haha

Semua khusyuk makan...
InsyaAllah..jika berkesempatan dan diizinkan Allah, bulan 3 ni nak bawak mak ayah jalan2..harap2 nye dapatla ditunaikan...
خاليزا يونس

24 January 2012

bermula tahun baru 2012

 Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..masih lagi diberi pinjaman nafas di tahun baru 2012..walaupun dah 24 hari berlalu, masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Tahun Baru..moga tahun ini membawa banyak kebaikan dan kebahagiaan hendaknya..

Alhamdulillah..telah pun 2 minggu sesi persekolahan bermula..biasalah, bermulah punch card 8 am 30 Dis 2011..sehinggalah ke detik ini, masa mmg sangat terisi..sangat2..sehinggakan masa utk merehatkan diri sendiri pun takde.tapi takpelah, masih ada 5 waktu yang Allah berikan untuk berehat..tahu?teke sendiri..=)

Tahun ni, semua MRSM diwajibkan melaksanakan program Mini Ulul Albab..(yg bkn ulul albab la)..kpd yang tak th, program ni adalah cetusan idea pengerusi MARA dato' Idris Jusoh yang bercita-cita melahirkan pelajar yg bkn sahaja cemerlang akademik, malah cemerlang sahsiahnya..bkn shaja kaya dengan pengetahuan duniawi, tetapi juga bersifat quranic..alhamdulillah, objektifnya cantik dan indah..harapannya, perlaksanaan program ini akan terarah kpd objektif tersbut..maka dengan itu, kami di unit agama diberi tanggungjawab melaksanakan program ini. agak kelam-kabut di awalnya, tp alhamdulillah bergerak semakin lancar..harapannya, semoga program ini berjalan dengan jaya, dan memberi manfaat kpd pelajar agar jiwa nurani mereka terisi dengan cahaya al-Quran ini..insyaAllah..

Baru 2 minggu bekerja, dah ditugaskan menjadi pengurus bola tampar bg Kejohanan Bola Tampar MSSD batang padang..alhamdulillah, pasukan wanita berjaya merangkul gelaran naib johan, dan pasukan lelaki da kecundang di peringkat kumpulan..ape2 pun tahniah..penat jgk 3 hari berkampung di UPSI..muke toksah kirela, dah jd mcm arang dah huhu..ambil masa nak elok balik nih..=(




Alhamdulillah..semoga hari2 selepas ini akan lebih baik..insyaAllah..
خاليزا يونس

29 November 2011

Lagu Best..

Sangat meminati lagu ni..tak jemu pun dgr..alhamdulillah. lirik lagu ni benar2 menyentuh jiwa.bagaimana ia menyedarkan bahawa setiap insan yang telah mengaku beriman dengan Allah, pasti akan diuji.tinggal lagi ujian tersebut berbeza mengikut kemampuan masing-masing.Ujian sesuatu yang pasti. itu janjiNya.ujian samada kesusahan atau kesenangan. ingatan untuk diri sendiri, bahawa kesenangan juga merupakan ujian dari Allah untuk kita. bukankah ujian bertujuan menguji keimanan kita. ramai org tidak faham akan konsep selepas kesusahan dtgnya kesenangan, dan bersama kesusahan ada kesenangan. susah dan senang akan bersilih ganti menguji kita sebagai manusia. tinggal lagi, bagaimana kita menghadapi ujian tersebut. Sabar adalah prinsip utama menghadapi ujian. pusing ikut mana pun untuk kita hadapi ujian tu, sabar perlu memandu kita. dan semestinya keteguhan iman dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta tunjang utama.Semoga kita sama-sama sabar dalam menghadapi ujian hidup..Wallahu 'alam

Sesekali DiUji

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Pengirim : Nawzi_17
Sumber http://Album Niceخاليزا يونس