29 January 2010

Bingkisan Buat Sahabat-sahabatku...

Sahabat..
Persahabatan yang telah kita jalinkan..
Mahal harganya..
Lebih mahal dari segala harta yang ada di dunia ini..

Namun..
Tanpa kita sedar..
Tali ukhuwah yang kita bina semakin longgar..
Mungkin masa,tempat dan keadaan buat kita lupa dan leka..
Masing-masing sibuk dgn masa depan sendiri..

Hati tidak lagi lagi bertaut seperti dulu..
Mulut tidak lg menegur dan memuji spt dulu..
Nama-nama sahabat semakin padam dlm doa kita..
Apa yang tinggl hanyalah kenangan..
Kenangan yang hanya muncul di benak fikiran sekali-sekala

Berdoalah sahabat..
Agar jalinan yg dibina utuh kembali..
Berdoalah sahabat..
Agar ukhuwah yang kukuh Allah rahmati...
Berdoalah sahabat...

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
Telah berkumpul kerana mengasihiMU..
Bertemu dan patuh kpd perintahMU..
Bersatu memikul beban dakwahMU..
Hati-hati ini tlh mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMU..
Maka Ya Allah..
Eratkanlah ikatannya..
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah hati-hati ini jalanMU..
Tunjukkanlah hati-hati ini dgn cahaya RabbaniMU yg tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati dgn limpahan iman&keyakinan..
Ya Allah..
Jika engkau mentakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai syuhada' dlm perjuangan agamaMU..
Perkenankanlah Ya Allah..
Amin..


Semoga kita semua menjadi TEMAN di syurga kelak..
Amin..

26 January 2010

Alhamdulillah..dilema terungkai..kusyukuri nikmatMU YA ALLAH..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,semalam aku telah mendapat berita gmbira..sesuatu yg ditunggu-tunggu selama 10 bulan akhirnya tercapai..alhamdulillah,setelah berpuluh-puluh interview yg aku hadiri,semalam aku mendapat hasilnya..segala syukur dan puji ku panjatkan untuk Allah,Rabb yang Maha Kaya dan Maha Memberi Rezeki..

Rezeki..sesuatu yang pasti dari Allah..cuma manusia sahaja yg sering berkeluh-kesah dengan rezeki yg Allah kurniakan.bila yg diterima tidak sama spt yg dihajati,seringkali manusia lupa dgn rase syukur kepadaNYA..aku sendiri tidak terkecuali..Selama 10 bulan tidak bekerja,menjadi penganggur,hanya Allah sahaja yang tahu hati dan perasaan aku..kadang-kadang rasa mcm nak marah,kadang-kadang rase mcm nak nangis,kadang-kadang lebih teruk lg rase mcm berputus-asa..teruk kan..??

teringat waktu ifa (sahabat baikku) memberitahu die dapt kerja di putrajaya..Ya Allah,masa tu hanya Allah yg tahu perasaan ni..seminggu tak lalu makan,tak dapat nak tidur mlm,.air mata mengalir jek,tak dpt nak tahan..tibe2 mengalir.tu semua sebb risau tak dpt kerja lagi sedangkan org lain dah dapat..nak2 lg kawan baik sendiri..terasa mcm beban kat dada ni..rase berat..seminggu memujuk hati sendiri..apa yg org ckap,mcam angin lalu jek..tak masuk dan menusuk dalam hati..seminggu taknak bercakap..sampai mak dan ayah pun tak thu nak ckp ape dah..memujuk hati sendiri,bahawa itu rezeki dia,rezeki aku tak sampai lg..teringat kak da cakap"sabar,rezeki awak ada..cuma lambat atau cepat jek"..lega hati sedikit..aku pujuk hati berusaha lagi,hantar borang sebanyak mungkin,print resume..duit,tak payah nak kiralah brp banyak yg habis..alhamdulillah,dlm 3 bulan mcm tu aku dapt jd cikgu ganti,tp hati masih tak tenang..tulah,manusia..tak pernah bersyukur dgn apa yg ada..aku sering merasa tidak puas selagi tidak mempunyai kerja yg tetap..

selama 10 bulan,aku tak tidur lena kecuali waktu kerja sebagai guru tempoh hari..mungkin kerana terlalu letih,tidur pun mudah jek..tp di waktu2 lain,mmg susah nak melelapkan mata..teringat nasib diri..kenapa susah sangat nak dapat kerja??interview dah banyak aku pergi tp satu pun tak lekat..kenapa org lain senang nak dpt kerja??kenapa itu?kenapa ini??setiap kali,ada kwn2 yg dapat kerja,mesti rasa down..tambah-tambah,bukan senang utk mendapat pekerjaan di zaman sekarang..tak tahu nak buat ape..seringkali kak da ingatkan aku "sabar,itu rezeki die..".aku pujuk diri sendiri dgn perkataan "rezeki" tu,cuma kadang2 perkataan tu dah jadi kebal..dah tak terkesan dgn diri..astaghfirullah.."Ya ALLAH,ampunkan hambaMU ini di atas kealpaan dan rasa tidak syukurku atas rezeki dan kurniaanMU Ya ALLAH..".

Alhamdulillah,akhirnya tercapai cita-cita aku nak jd seorang pendidik..alhamdulillah,rezekiku yang datangnya dari Allah telah sampai padaku..alhamdulillah,doa serta harapanku Allah dah makbulkan..alhamdulillah,Allah teguhkan hatiku dan lindungiku dari rasa putus asa..alhamdulillah,Allah kurniakanku keluarga yang sgt memberi sokongan dan Allah hadiahkan aku seorang sahabat yang sangat baik dan memahami aku..Alhamdulillah..ku syukuri nikmatMU..

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yg memberi sokongan kepada aku..mak dan ayah tersayang atas doa dan sokongan..abang2,kakak2 serta adik2ku yang menjadi sumber kekuatan..terima kasih atas segala nasihat dan dorongan,kepada sahabat baikku sendiri atas nasihat,dorongan dan sumber kekuatan ketika rase putus asa menjelma di lubuk hati..terima kasih semua atas doa dan dorongan kalian..

Nasihat abangku "jangan lupa memandang rumput yang menjalar ketika mendongak ke langit"...insyaAllah,aku tidak akan lupa asal-usul diriku..aku takkan lupa jasa yang begitu besar daripada mak dan ayahku..doaku,semoga Allah jauhkan aku dari sifat takbur,bongkak,sombong dan riak..semoga Allah sentiasa tanamkan dalam hatiku rasa syukur dan berterima-kasih..Semoga Allah lindungi dari sesuatu yang bisa menjadikan aku hamba yang lalai dan alpa..semoga Allah tanamkan dalam hatiku sifat ikhlas dan jujur dalam segala yang aku lakukan..Semoga Allah redhai segala nikmat dan rezeki yang aku perolehi..Semoga aku sentiasa taat padaNYA tatkala susah mahupun senang kerana dariNYA sahajalah datang segala rezeki..Semoga taatku itu nanti membawa redhaNYA untuk menuju syurgaNYA...amin..

Kepada semua..jangan biar rasa putus asa menguasai diri kerana yakinlah bahawa rezeki Allah ada di mana-mana..berserahlah kepadaNYA dengan segala keyakinan..Allah berfirman:"Barangsiapa berserah diri kepada Allah,maka baginya akan dicukupi oleh Allah.Sesungguhnya Allah adalah dzat yang menympaikan perkara manusia dan Allah benar-benar mampu menjadikan sesuatu".Bersabarlah,kerasa kesabaran itu ada hasilnya kelak..teruskan berjalan dan berjuang semua..

24 January 2010

happy birthday abg adik..

kek makjang beli hehe

abang kate kek ni sedap..

kereta adik fadlin..hadiah dr mak n abah

hadiah fadlan..


makcik bertungkus lumus bukak kek hehe


ptg tadi sambut hari lahir adik abg ke 8..dah beso dah anak buah makjang ni..untuk besday kali ni due2 dpt hadiah kereta control yg dah lame diminta hehe.tok pun de bg hadiah,baju sorang sehelai..
ape2pun,makjang doakan abg adik akan menjadi anak yang soleh..belajar memolek k..
ni antara gambar2 yg sempat diambil td..