Assalamualaikum
Jam 7.25 td, telah masuk 27 Ramadhan 1433H..Alhamdulillah, masih diberi kesempatan umur dan kesihatan utk smpai ke hari ini..Ramadhan kali ini, diharapkan dapat mengumpul amal kebajikan sebanyaknya (walaupun rsnya bnyak melakukan perkara yang sia2..huhu)
Alhamdulillah, baru berkesempatan update blog kesayangan saya ni..sangat sibuk..dengan peperiksaan demi peperiksaan..yg terakhir Trial PMR barau-baru ini..Alhamdulillah dan tahniah atas pencapaian anak-anak pelajar saya..semoga trus cemerlang dan gemilang..
Ramadhan kali ini, berkesempatan 2 kali pulang ke kg berbuka bersama mak dan ayah.kali kedua, pulang bersama dgn adinda ruby.Alhamdulillah, berkesempatan membawanya merasa suasana di felda. oh ya, Alhamdulillah, keadaan ayahnya semakin pulih dan semoga bertambah pulih.untuk Ruby, kuatkan hati selalu..Allah sedang mengujimu dan keluargamu..ganjaran yg lebih baik utk mereka yang sabar, teruatama bulan ramadhan ini..sy sentiasa memberi sokongan dan dorongan..hanya kita yg memahami..kan?=)
Tahun ini, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah mak ayah saya di kumai. Meriahlah raya tahun ni.dgn prtambahan ahli keluarga baru, NUR AMIRAH AHDA BINTI MOHD BADRI..bagi abang zaki, tahun ni tahun trakhir beraya sebagai orang bujang..nampak gaya tahun depan tnggal kami bertiga sahajalah huhuhu...Ape2pun, sangat seronok dapat bersama dgn insan-insan tersayang di lebaran ini..
Buat sahabat saya..NURUL NAZIFAH(andaikata ifa bc entry ni)..org mintak maaf banyak2 segala salah silap, tingkah laku, tutur kata yang mengguris hati ifa..tahu, hati ifa betul2 terluka dgn org sampaikan ke tahap ini ifa bertindak..org mintak maaf...seriously, i miss u so much my dear bestfren..
Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri ini..Maaf Zahir dan Batin..
Semoga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang...ameen..
خاليزا يونس
17 August 2012
28 June 2012
Sambutan Hari Guru
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah ar-Rahman ar-Rahim..masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah yang Maha Luas ini…
Semalam (27 Jun 2012), telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat maktab..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sambutannya juga agak meriah.. Tahniah kepada jk penganjur iaitu badan-badan kepimpinan pelajar MRSM Felda atas sambutan ini..
Alhamdulillah..sambutan hari Guru diraikan bagi menghargai guru-guru. Ada game, ada anugerah (hehe..terima kasihla sbb undi saya walaupun tak layak pun..tp bak kate Ustaz Razali, terima jela budak dah bg..=) ), ada gurau, ada senda, ada tema, inilah msnya nak kenakan cikgu cikgi, inilah msnya nak tengok cikgu cikgi nak berpakaian cantik (pertama kali pakai purdah semalam huhu..), inilah masanya nak bg hadiah, nak bgtaw cikgu cikgi yang kita sayang mereka…sbb tu ade sambutan Hari Guru ni..hehe
Terima kasih kepada yang memberi hadiah2 kepada saya..semoga anda semua cemerlang dunia dan akhirat.. tiada hadiah yang lebih berharga daripada melihat anda semua Berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..itu sahaja harapan saya..
Gambar akan dimasukkan kemudian..InsyaAllah
Khaliza Yunus:
Waktu sekolah dulu, pernah sekali terlibat menganjurkan sambutan hari guru.Sambutan kami lebih kepada permainan dan game.takdek ucapan, takdek tema..=).tapi fun dan seronok..rindu kepada guru-guru saya...
اللهم اغفرللمعلمين والمعلمات الأحياء منهم والأموات برحمتك يا أرحم الراحمين
خاليزا يونس
25 May 2012
Guru...Selamat Hari Guru..
Assalamualaikum..
Hari ni 25 Mei 2012, hari terakhir sesi persekolahan bagi semester 1 2012. Hari di mana kami guru-guru sedang sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan untuk anak-anak pelajar tersayang. Menanda kertas (Alhamdulillah, selesai untuk subjek PAI dan B.Arab..dan keputusannya pun baik dan cemerlang..Tahniah anak2 ustazah, 201, 202, 205 dan 302), laporan homeroom yang baru selesai malam td, dan laporan akademik khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Kami tgh bertungkus-lumus menyiapkan tugas tatkala anak-anak pelajar sedang bergembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..(Maklumla..cuti 3 minggu..maktab jadi tuan rumah DMA (Debat ASEAN)..jd bukan main seronok mereka cuti..bak kata ruby "biarlah keje sek banyak pun, janji dapat duk umah lama..hehe")..
Hari ni 25 Mei 2012, hari terakhir sesi persekolahan bagi semester 1 2012. Hari di mana kami guru-guru sedang sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan untuk anak-anak pelajar tersayang. Menanda kertas (Alhamdulillah, selesai untuk subjek PAI dan B.Arab..dan keputusannya pun baik dan cemerlang..Tahniah anak2 ustazah, 201, 202, 205 dan 302), laporan homeroom yang baru selesai malam td, dan laporan akademik khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Kami tgh bertungkus-lumus menyiapkan tugas tatkala anak-anak pelajar sedang bergembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..(Maklumla..cuti 3 minggu..maktab jadi tuan rumah DMA (Debat ASEAN)..jd bukan main seronok mereka cuti..bak kata ruby "biarlah keje sek banyak pun, janji dapat duk umah lama..hehe")..
Rasanya..belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU..kepada semua mu'allim dan murobbi seluruh Malaysia, yang sentiasa bersedia menyumbangkan jasa dan pengorbanan demi kecemerlangan anak bangsa. Ya, memang kami dibayar untuk mengajar, dan Alhamdulillah rezeki Allah beri atas kenaikan gaji tahun ini. Namun kami mengajar bukan sebab duit..sebab jika dikira nilai ilmu yang guru curahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Gaji, keperluan untuk hidup. Namun, doa dan keberkatan yang paling utama. Kami mengajar kerana redha Ilahi, berkatNya dan rahmatNya. Kami mengajar kerana mengumpul pahala buat bekalan kami di sana nanti. Dosa tidak terlepas dari kami lakukan, namun harapannya agar pahala yang kami perolehi mampu menampung dan menghapus dosa kami..InsyaAllah..
Sungguh mulia bergelar guru, sangat bersyukur menjadi seorang guru. Ya, kadang-kadang guru juga melakukan kesilapan, kesilapan biasa yang tidak terlepas daripada insan biasa. Namun, guru punya sesuatu yang istimewa. Guru adalah wadah dan wasilah penyampaian ilmu warisan para anbiya'. Tugas guru adalah menyampaikan seperti saranan Baginda saw terhadap mereka. Dan apa yang mereka sampaikan punya ganjaran daripadaNYA. Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.” (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Menjadi guru di zaman ini punya cabaran yang besar. Kesabaran dan kesungguhan sesuatu yang sangat dituntut. Sabar yang terhasil daripada keikhlasan mendidik. Dan Dan semoga kesabaran tersebut ganjarannya ialah syurga.
Jauh di sudut hati, sangat seronok menjadi seorang guru. Cuma setiap kali sujud, diri tidak pernah lupa berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan serta keikhlasan dalam mendidik umat Nabi Muhammad menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan diri juga selalu memohon perlindungan agar langkah yang diambil tidak salah aturannya dan semoga yang baik-baik sahaja menjadi contoh kepada anak didikku..
Jadilah seorang GURU yang...
hadirnya diTUNGGU..
hilangnya diRINDU..
ilmunya diBURU..
nasihatnya diSERU..
tingkah lakunya diTIRU..
SELAMAT HARI GURU...=)
Khaliza Yunus:
" Jasa guru-guru saya sangat saya hargai. Doa untuk mereka tidak pernah putus walau di mana mereka berada. Ucapan terima kasih kepada semua guru saya, semoga Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...Dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat GURU YANG PALING UTAMA dalam hidup saya..MAK DAN AYAH..terima kasih atas didikanmu selama ini..."
“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”
Subscribe to:
Posts (Atom)

