1 January 2011

Selamat Tinggal 2010..Selamat datang 2011..semoga yang baik akan mengiringi.....

 Bismillahirrahmanirrahim...

Saat jam mencecah 12 tgh malam, 2010 melabuhkan tirainya membawa bersama segala kenangan pahit dan manis sepanjang tahun. di tv ditayangkan segala peristiwa yang berlaku sepanjang tahun.begitu juga dgn diri ini. dalam blog yang serba kekurangan ini, ingin dicatatkan segala episod yang dirasakan memberi kesan dalam diri ini, yang mencorak jalan hidup ku sepanjang tahun yang ke 25 aku di bumi Allah ini..

Februari 2010...
saat yang memberi kenangan yg manis dalam hidup.aku berjaya mempunyai kerjaya yang sesuai ngn jiwa dan minatku.. 8 Feb 2010, aku diterima sebagai pendidik di MRSM Felda terletak di sungkai perak. lebih menggembirakan, maktab tersebut dekat dgn rumah kawan baikku sendiri..alhamdulillah..bulan pertama bekerja, diakui ada sedikit kerumitan di situ..menyesuaikan diri dgn suasana maktab, dgn pelajar2 baru dan rakan2 sekerja yang baru.alhamdulillah..lama kelamaan dapat jua menyesuaikan diri..
        
rakan2 sekerja di maktab
Jun 2010
akhirnya, setelah 5 bulan bekerja, aku mampu untuk membeli harta pertama ku..hasil bantuan anyah dan ifa jua abg bad yang banyak memberi nasihat..pilihanku, ALZA berwarna putih..MPV yang dipilih kerana dirasakan akan memudahkan aku membawa mak dan ayah ke mana2..alhamdulillah, sepanjang tahun 2010 sudah banyak Alzaku berjasa..sudah jauh merantau, dari utara hinggalah ke selatan tanah air..dan aku cukup sayang dgn hartaku ini..hehe

خاليزا يونس

8 November 2010

Cerite bulan oktober


 Alhamdulillah, 24 Oct lepas umi dan abah dah berlepas ke Tanah Makkah dengan menaiki pesawat (tak ingat brp) jam 7.30 dari KLIA.Semua anak-anak dan menantu umi pergi menghantar umi di Kelana Jaya.. Aku pun pegi gak, kebetulan cuti hari Ahad, jd berkesempatan utk pergi..Semoga Umi dan abah dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana dan dipermudahkan segala urusan di sana..Tercapai hasrat umi dan abah untuk ke sana. sewaktu melihat umi masuk ke ruang pendaftaran (semua dah nangis2 dah ni), teringat waktu menghantar mak dan ayah 2 tahun lepas..begirulah keadaannya, cume waktu tu malam.. Alhamdulillah, ayah dan mak selamat mengerjakan ibadah haji dan masih dikurniakan kesihatan sehingga hari ini..Alhamdulillah..
Semoga umi dan abah juga begitu..Beruntung dapat menjadi tetamu Allah..Tertanya-tanya jugak dlm diri, bila agaknya boleh pergi.. Teringat Sabda Rasul SAW: " Tiada Tempat yang paling digesa untuk bermusafir kepadanya kecuali tiga masjid; Masjidilharam (Makkah), Masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (Palestin) - Riwayat al-Bukhari

 InsyaAllah..jika ada kemampuan (tenaga dan harta), akan aku pergi jua ke sana..Harapan setiap Muslim untuk sempurnakan Rukun Islam yang 5...


خاليزا يونس

14 October 2010

Taman Negara 8 Oct - 10 Oct..

 Nampaknye cerite bulan 10 tidak banyak..cm nak citer sket pengalaman seronok membawa anak2 pelajar 202 ke Taman Negara mengikut program Santai bersama Freezone..alhamdulillah, kebimbangan mengiring mereka berseorangan berkurang..ditemani oleh cicit dan ifa, aku gagahkan utk pegi bersama pelajar2 kesayangan aku nih..alhamdulillah, setiap aktiviti berjalan lancar..thanks to all of my students coz senang dgr arahan dan patuh..senang mengurus korang nih..

Bermula dengan aktiviti ice breaking, seronok..walupun letih, penat dan mereka mengantok, tp penyampaian pak chu menarik minat pelajar2 aku.. aktiviti esoknye, senaman pagi. bermain permainan raja hutan yang akhirnye menjadi milik nurul jannah.

dan aktiviti ke-3 yang paling aku enjoy..caving atau meneroka Gua..seronok..dan memuaskan wlupun rs takut tu ade sket2..after thah km buat absailling (betul ke eja ntah) hehe...pun sngt seronok,,pengalaman pertama yg takkan dilupakan..

hari terakhir, km ke taman negara..naik canopy walk-way yang merupakan jabatan gantung terpanjang di dunia..seronok, sib bik tak gayat..seterusnya, km ke perkampungan org asli..km melihat sendiri cr hidup org asli, cr mrk menghidupkan api, membuat sumpit..aku tidak ketinggalan mencube utk menyumpit..
dan aktiviti yang paling BEST ialah rapid shooting..main dgn air dlm bot laju..peghh, best gila...

alhamdulillah, majlis penutup juga berjalan dgn lancar. ade gimik buat besday boy zakrie yg mmg menyentuh hati..akhirnya, km pulang ke perak meningglkan kenangan terindah di Taman Negara..
ALHAMDULILLAH..
 sesi bergambar kenangan terakhir.. MRSM FELDA HEBAT..!!

Gambar akan menyusul kemudian..insyaALLAH

خاليزا يونس