24 October 2009

gambar konvo part 1







































ni antara gambar-gambar dgn keluarga aku pd hari konvokesyen..maklumle ms tu dah tghari, ujan plak tu..so, bergambar mn yang sempat jek..yang si nonek2 pun dah meragam belaka huhu..takpelah..

waktu ni akak ade lagi..

with my beloved mum n dad..

with my mum n ummi hariah(ifa's mum)

with my dad n abah (ifa's dad)

with my bestfriend

13 October 2009

aku konvo...alhamdulillah..

akhirnya aku konvo jgk...selama 5 bulan aku graduate, nak tunggu majlis ni punyela seksa...seronok coz sume ahli keluarga aku ade kecuali adik najhah coz die sekolah.tp oleh kerana, aku keluar dewan hujan sangat lebat, dan semua anak2 sedaraku meragam hehe, jd sedikit sebanyak menyentuh emosi..tp takpe, segalanya berjalan lancar..tp yang bestnya, mak n ayah aku dpt duduk barisan depan kat atas..jd nampakla aku..tp sebenarnya, ade skrin besar dlm dewan tu..berdebo2 nak amek scroll tu dr rector(yg sporting gile!! hehe).masa aku amek, die ckp "khaliza, congratulation"..best..tp yang paling best, wlupun aku tak dapat sebarang anugerah atau masuk paper hehe, tp aku berjaya dapatkan yang terbaik utk mak dan ayah aku.. n aku harap begitulah mak dan ayah rasa..masa best student berucap, menitis air mata aku..sebak jek sbb mak ayah dah bnyak berkorban utk aku dan sume adek badek aku yg lain..sesungguhnya kejayaan ini hanya untuk mak dan ayah,,jasa mereka tak dapat aku balas,terlalu besar dan banyak..namun, aku harap kejayaan aku dapat memberikan kegembiraan buat ayah dan mak..
di kesempatan ini, aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat mak dan ayah tecinta dan tersayang HAJI MAT YUNUS b ABAS dan HAJJAH ADIYAH bt MOKHTAR atas segala jasa dan pengorbanan mak dan ayah yang tak mampu "org"(aku bahasakan diri aku hehe) balas sampai bila2, atas didikan dan bimbingan hingga org menjadi seperti sekarang, atas kasih sayang dan cinta yang tidak terhingga dan atas segala-galanya, buat adek badek aku..akak, abang yang banyak membantu aku dan merupakan sumber inspirasi aku, kak cimah, abg jafni, kak da yang banyak memberikan sokongan, zaki, cicit, adik serta abg2 dan kakak2 iparku yang jg banyak membantu..insyaAllah, jasa kalian semua takkan aku lupa selama-lamanya...
kepada semua guru dan pendidik aku dari sek rendah, sek men, pusat matrik, hinggalah ke main campus yang banyak membantu, memberi ilmu dan bimbingan sehingga aku berjaya.
kepada kawan2 terutama ifa yang memberikan sokongan saat suka dan duka, saat susah dan senang..kepada kawan2 satu sekolah, akrab persahabatan, kawan2 sekuliah, sekelas, sebilik dan segala se la...hehe.terima kasih banyak2..
kepada ummi Hariah dan abah yang sudi menerima aku sebagai anak mereka dan memberikan sokongan doa dan kata-kata semangat, terima kasih..
dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung terima kasih yang tak terhingga...

p/s: pada hari konvo, mak fatma dimasukkan ke hospital selayang akibat jatuh.harap2 takdek ape yang terjadi dan segalanya baik2 sahaja..amin...

(gambar2 konvo insyaAllah akan menyusul kemudian...)

4 October 2009

pre-convo

Fellow Cik Sakinah binti Idris
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) Kepujian

Ustazah Nurhayati binti Sulaiman
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)

Exec. Cik Nurul Nazifah binti Abdul Manap
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) Kepujian

Cikgu Nor Khaliza binti Mat Yunus
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan
(Bahasa dan Kesusasteraan Arab) Kepujian







with ifa, yat n kinah..sakan bergambar..org pun pelik hehe..dah konvo ke??after that, kitorang g umah fellow cik sakinah n mkn chicken chop..mcm bese, executive ifab yg belanja pasal die br gaji heh heh..seronok..tak tahula bile lg nak rase mkn ramai2 mcm ni lg..wktu study dl, masing2 sibuk ngn tugas masing2..dah keje ni, lgla..jauh plak tu..takpelah,insyaAllah, de rezeki kite jupe lg...