25 May 2012

Guru...Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum..
 Hari ni 25 Mei 2012, hari terakhir sesi persekolahan bagi semester 1 2012. Hari di mana kami guru-guru sedang sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan untuk anak-anak pelajar tersayang. Menanda kertas (Alhamdulillah, selesai untuk subjek PAI dan B.Arab..dan keputusannya pun baik dan cemerlang..Tahniah anak2 ustazah, 201, 202, 205 dan 302), laporan homeroom yang baru selesai malam td, dan laporan akademik khas untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Kami tgh bertungkus-lumus menyiapkan tugas tatkala anak-anak pelajar sedang bergembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..(Maklumla..cuti 3 minggu..maktab jadi tuan rumah DMA (Debat ASEAN)..jd bukan main seronok mereka cuti..bak kata ruby "biarlah keje sek banyak pun, janji dapat duk umah lama..hehe")..

Rasanya..belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU..kepada semua mu'allim dan murobbi seluruh Malaysia, yang sentiasa bersedia menyumbangkan jasa dan pengorbanan demi kecemerlangan anak bangsa. Ya, memang kami dibayar untuk mengajar, dan Alhamdulillah rezeki Allah beri atas kenaikan gaji tahun ini. Namun kami mengajar bukan sebab duit..sebab jika dikira nilai ilmu yang guru curahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Gaji, keperluan untuk hidup. Namun, doa dan keberkatan yang paling utama. Kami mengajar kerana redha Ilahi, berkatNya dan rahmatNya. Kami mengajar kerana mengumpul pahala buat bekalan kami di sana nanti. Dosa tidak terlepas dari kami lakukan, namun harapannya agar pahala yang kami perolehi mampu menampung dan menghapus dosa kami..InsyaAllah..

Sungguh mulia bergelar guru, sangat bersyukur menjadi seorang guru. Ya, kadang-kadang guru juga melakukan kesilapan, kesilapan biasa yang tidak terlepas daripada insan biasa. Namun, guru punya sesuatu yang istimewa. Guru adalah wadah dan wasilah penyampaian ilmu warisan para anbiya'. Tugas guru adalah menyampaikan seperti saranan Baginda saw terhadap mereka. Dan apa yang mereka sampaikan punya ganjaran daripadaNYA. Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.” (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Menjadi guru di zaman ini punya cabaran yang besar. Kesabaran dan kesungguhan sesuatu yang sangat dituntut. Sabar yang terhasil daripada keikhlasan mendidik. Dan Dan semoga kesabaran tersebut ganjarannya ialah syurga.

Jauh di sudut hati, sangat seronok menjadi seorang guru. Cuma setiap kali sujud, diri tidak pernah lupa berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan serta keikhlasan dalam mendidik umat Nabi Muhammad menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan diri juga selalu memohon perlindungan agar langkah yang diambil tidak salah aturannya dan semoga yang baik-baik sahaja menjadi contoh kepada anak didikku..

Jadilah seorang GURU yang...
hadirnya diTUNGGU..
hilangnya diRINDU..
ilmunya diBURU..
nasihatnya diSERU..
tingkah lakunya diTIRU..

SELAMAT HARI GURU...=)

Khaliza Yunus:
" Jasa guru-guru saya sangat saya hargai. Doa untuk mereka tidak pernah putus walau di mana mereka berada. Ucapan terima kasih kepada semua guru saya, semoga Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...Dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat GURU YANG PALING UTAMA dalam hidup saya..MAK DAN AYAH..terima kasih atas didikanmu selama ini..."


   “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”

TERIMA KASIH CIKGU!!
خاليزا يونس

27 April 2012

Majlis Tilawah al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam

Alhamdulillah..
Hari ni baru berkesempatan nak mengupdate blog sy yang dah berkurun lama terbiar ni..al-maklumla, cikgu sekarang sangat sibuk atau sengaja menyebukkan diri hehe.Ape2 pun, saya masih lagi cuba utk setia dengan blog kesayangan saya ni.
Tugas mengiring pelajar ke pertandingan sudah menjadi antara tugas rasmi di samping tugas hakiki saya. Tahun ni, sekali lagi sy bertanggungjawab membawa pelajar sy ke pertandingan MTQ peringkat Zon..Tahun ni format pertandingan lain sikit..format terbuka, ala ala macam ujibakatla..bukan ala2 lagi dah, mmg uji bakatlah..jadi saya bersama sahabat2 saya yg lain mencarilah seramai mn yang boleh di bawa. moga2 adalah yang dapat ke peringkat seterusnya. Peringkat saringan kali ni diadakan di SMK Sheikh Abdul Ghani. Dalam pukul 12.30 semua pertandingan tamat. Dan alhamdulillah, dua orang pelajar saya bagi acara hafazan dapat ke Akademi MTQ peringkat PPD Btg Padang..(ala ala akademi fantasia gitu). Tahniah kepada Asraff bin Badri dan Akmal bin Fauzi. Kepada yang lain, semua dah buat yang terbaek..tahniah jugak!!=)
Peserta-peserta MRSM Felda
Berdiri dari kiri:
Atika(Hafazan),Aishah(Tilawah),Zulfa(Khat)
Sutinah(Khat),Munirah(Khat)
Afifah(Hafazan),Hani(Hafazan)
Duduk dari kiri:
Uzair(Hafazan),Nik(khat),Alif(khat),Azri(Tilawah)
Akmal(Hafazan),Asyraff(Hafazan)

Peserta acara sharahan
Dari kiri:
Ridzwan, Shahira dan Aqilah
Dua orang peserta yang layak ke akademi MTQ mendapat tempat ketiga dan keempat..Alhamdulillah dan tahniah..=)

Khaliza Yunus:
Waktu sekolah dulu pernah menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Arab..tak pernah johan, tapi no 3 mesti dapat..tak berapa berbakat pun sebenarnya..tapi alhamdulillah...Pengalaman....=)

13 April 2012

Kekangan Masa..

 Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan menghirup udara segar hari ini. Dah lama tak update blog, jadual harian yang sangat padat sebenarnya. Entry terakhir adalah sambutan hari lahir mak tersayang. sekarang dah bulan 4 dah pun. Memang selepas berjumpa keluarga di kajang, kaki dah lama tidak menjejak di bumi Kumai indah permai. Mau sebulan dah tak balik Pahang. for sure sampai2 sahaja di Pahang, mulut akan terlopong melihat beberapa perubahan yang berlaku di sana.

Masa, sangat mencemburui aku. Benarlah pepatah arab berbunyi..."Masa itu ibarat pedang, Jika engkau tidak memotongnya, nescaya dia akan memotongmu.." Bulan Mac, hidup dipenuhi pelbagai aktiviti maktab yang menuntut berjuta kesabaran dan pengorbanan. Bermula dengan Ujian Selaras 1, minggu aktiviti sem 1, Kejohanan Olahraga, Kejohanan GURKA, Uji Bakat MTQSS Batang Padang, Pelancaran Program Juara Gemilang dan baru sahaja selesai mengikuti Kursus Penataran PBS Bahasa Arab Daerah Batang Padang. Program-program ini di selang seli dengan tugas sebagai guru asrama, diwarnakan lagi dengan p&p kerja hakiki yang tidak boleh ditinggalkan..Benar..badan sangat2 letih..sampai satu tahap, rasa macam nak minta cuti sebulan...(hehe..boleh ke??)

Tapi...takpelah. Itulah hakikat bila bergelar pendidik. Karenah pelajar, karenah rakan sekerja, karenah majikan dan pengurusan, semuanya perlu ditadbir dengan baik..Teringat lirik sebuah lagu.. "Fahamlah apa itu takdir, Pasti berseri hidup yang ditadbir".. Ya..sesungguhnya, aku memahami takdirku sebagai pendidik, Alhamdulillah jerih pedih sebagai pendidik terubat.

Rasanya, tidak perlula diceritakan aktiviti sepanjang bulan 3. Jika diceritakan, mau sepanjang malam di hadapan PC jabatan ni. Dahlah duduk sengsorang ni huhu. Yang pasti, lebih sebulan sibuk, banyak juga kerja yang tertangguh. Fail Kelab, Fail Homeroom, Rekod Mengajar, Laporan aktiviti, Minit mesyuarat...semuanya perlu diselesaikan dengan kadar segera. Semoga diberi kesihatan dan kemudahan olehNya. Aminn.

Minggu depan, Ujian Selaras 2 akan berlangsung. Sebagai guru, hati cukup risau memikirkan anak2 pelajar yang bakal menjawab soalan nanti..terutama mereka-mereka yang istimewa..Semoga mereka dipermudahkan untuk menjawab soalan. Dan diharapkan result kali ini akan memberi sedikit sebanyak sinar dan pengubat hati ni. InsyaAllah..

Kepada anak2 pelajar 302, 201 dan 202...Selamat Maju Jaya..Semoga dipermudahkan semuanya..
BITTAUFIQ WANNAJAH...=)




Khaliza Yunus:
Teringat zaman sekolah sehinggalah ke universiti bila menjelang peperiksaan. Nescafe dan biskut kering menjadi makanan rutin. Tidur jam 3 4 pagi sudah menjadi kebiasaan. Last minute preparation..huhu. Harap-harap anak2 didikku lebih bersedia.Jangan jadi macam ustazah ya...=)
خاليزا يونس