8 July 2015

Rindu...

Assalamualaikum.

Dah lama tidak mencoret di blog ini. Setahun rasanya. Rindu nak menulis dan berkongsi. Terlalu sibuk dengan urusan sekolah, keluarga dan diri sendiri. Benarlah firman Allah:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang setahun ini. Nak cerita satu persatu mmg tak habis, lenguh jari menaip nanti. Cukuplah disimpan sebagai kenangan. Ada yang pahit utk dikenang, ada yang manis utk diulang. Alhamdulillah, segalanya dari Allah.

Saat ini, 29 Ramadhan 1436H, tinggal lebih kurang 3 jam lagi, maka berakhirlah Ramadhan tahun ini. Sayu dan sedih dirasa. Semoga bertemu lagi Ramadhan yang akan datang dan semoga Allah terima segalanya di Ramadhan kali ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

* buat adindaku yg baru sahaja terbang ke australia semalam, tabahkan hati. Salam aidilfitri di perantauan. Ana uhibbuki fillah, rindu selalu. Fi hifzillah..😢

خاليزا يونس

No comments:

Post a Comment

your comment here...