9 April 2016

2016..tahun yang agak mencabar

Hidup..
Memang takkan lari dari cabaran dan dugaan. Kadang-kadang hampir setiap hari kita akan diuji dan diduga.

April sudah tiba..Rejab sudah menjelma..
Sudah suku perjalanan tahun ini. Dan sudah pelbagai episod dan ceritera hidup yang berlaku, suka duka dan pahit manis, terutama sebagai seorang guru, ustazah dan guru asrama. Cabaran menjadi guru di alaf 21 ini, benar-benar menguji tahap kesabaran dan ketahanan badan. Jika tersungkur, padah jawabnya. Jika tidak kuat, mengundang pelbagai rasa dan penyakit. Migrain pun dah kerap kali nenyerang.

Semoga tahun ini berlalu dengan penuh kelancaran dan dipermudahkan oleh Allah..
Misi paling utama #MENCARIREDHAALLAH semoga tercapai..inshaAllah..