7 January 2014

Buku 1 : Beduk Diketuk

Tajuk : Beduk Diketuk
Penulis : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Harga : RM 26.00
Terbitan : Telaga Biru
Pada asalnya, kandungan buku ini ada dimuatkan di dalam majalah Solusi setiap bulan. Berusaha utk mendapatkan buku ini, alhamdulillah dpt juga akhirnya. Nanti saya akan kongsikan tentang sebuah kedai buku yang menjual buku genre begini di tanjung Malim..in shaa Allah.
Secara peribadinya,buku ini sangat menarik. Bagaimana penulis menarik minat pembaca utk memahami nilai dan hikmah agama dalam bentuk penceritaan ttg pengalaman penulis sendiri.
Beduk diketuk, memaparkan himpunan 35 kisah yang dimuatkan dalam 250 muka surat, ditulis secara santai oleh penulis, disertakan ilustrasi yang menarik dan cantik. Setiap kisah, punya ibrah dan pengajaran yang dapat dihayati oleh si pembaca.
Saya ada juga berkongsi cerita di dalam buku ini dgn pelajar-pelajar saya dgn cara saya menaip dan menampalnya di bord asrama, dan alhamdulillah mendapat sambutan. Moga ianya memberi manfaat.
Wallahu 'alam

Budaya membaca yang kian terhakis

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah yang sungguh indah ini. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan meneruskan khidmat bakti di MRSM Felda yang tercinta. Rasanya masih belum terlewat utk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2014. Memang benar, sbg umat Islam tahun baru hijrah itulah yang sepatutnya kita raikan.. Apa-apa pun semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Menjadi hamba Allah, Umat Muhammad, ayah, ibu, anak, kakak, abang, pelajar, guru dan apapun amanah kita, yang terbaik.

Penghujung tahun 2013, beberapa episod penting berlaku dalam hidup. Dan harapannya, agar semuanya berjalan dengan baik dan lancar. In shaa Allah.

Post kali ini, ingin sekali saya membicarakan satu perkongsian yang diutarakan oleh al-Fadhil Ustaz Zahazan Mohamed yang saya berpeluang bertemu dengannya ketika program Multaqa' Guru Pendidikan Islam MRSM se-Malaysia di Damansara baru-baru ini. Salah satu slot yang dirancang ialah eksplorasi usahawan, dan saya terpilih untuk pergi ke Telaga Biru Sdn Bhd. Allah, Subhanallah. Rasa sangat bertuah dapat ke sana, bertemu sendiri dengan kolumnis dan penulis buku-buku dan majalah terbitan Telaga Biru, yang saya adalah pelanggan tetapnya. Alhamdulillah, dipertemukan dengan insan-insan hebat.

Kemuncak pertemuan adalah perkongsian Bis Boss Telaga Biru, Ustaz Zahazan Mohamed, ilmuan yang selama ini hanya dilihat gambarnya di tv ataupun di buku dan majalah sahaja, kali ini dapat bersua muka dan mendengar sendiri kalam hikmah dari mulutnya. Ustaz menceritakan cabaran dan rintangan ketika mula-mula Telaga Biru ditubuhkan, bagaimana daripada mengalami kerugian yang banyak, sehinggalah produk-produk Telaga Biru diterima oleh orang ramai. Sesumgguhnya, perjuangan menyebarkan ilmu melalui buku dan majalah ini sangat besar rintangannya. Tapi alhamdulillah, Telaga Biru terus mengorak langkah dan istiqamah dalam perjuangan mereka. Apabila mendengar sendiri cerita ustaz, terasa berkobar-kobar utk turut sama dalam usaha mereka. In shaa Allah, jika diizinkan Rabb.

Telaga Biru di awal penubuhannya, hanya menerbitkan koleksi ceramah dan nasyid yang dirakam di dalam kaset. Lama-kelamaan timbul idea dari pengarah urusannya Haji Abdul Wahab utk menerbitkan majalah yang berbeza dari apa yang ada di pasaran ketika itu. Majalah yang membicarakan tentang kehidupan dan urusannya, tentang perkara-perkara yang berkait rapat dengan hidup. Majalah yang bukan membicarakan isu semasa seperti kebanyakan majalah, tetapi membicarakan tentang syariah dan permasalahan kehidupan. Maka, disitulah bermulanya majalah Solusi, dan seterusnya majalah al-Ustaz dan GenQ. Dan pihak Telaga Biru terus istiqamah dalam perjuangan ini dengan menerbitkan buku-buku yang menarik dan berbeza dengan buku-buku yang ada dipasaran sekarang dari segi konsep dan reka-bentuknya. Saya sendiri, secara peribadi sangat suka membeli buku-buku terbitan Telaga Biru.

Salah satu rintangan yang dihadapi oleh Telaga Biru adalah budaya membaca yang sudah terhakis dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut kajian, majalan mingguan wanita adalah majalah nombor satu, barulah diikuti majalah dan buku-buku berbentuk keagamaan sebegini. Hakikatnya, tidak semestinya umat Islam mendapat pengetahuan daripada buku-buku berbentuk begini, malah budaya membaca ini juga melibatkan buku dan majalah genre lain. Namun, yang menjadi masalah, masyarakat Malaysia kurang atau tidak minat membaca terutama anak-anak remaja sekarang. Mereka lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan gadjet atau alat-alat teknologi sekarang. Sedangkan, untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, salah satu caranya ialah dengan membaca. Namun, budaya itu semakin terpinggir dari masyarakat Malaysia. Dan sedikit sebanyak, ianya juga mempengaruhi minda dan kecedersan anak-anak Malaysia terutama umat Islam. Perkongsian ustaz sewaktu beliau berkunjung ke German, bagaimana budaya membaca yang sangat baik, sehinggakan mereka yang tidak membaca yang dipandang pelik. Berbeza dengan budaya negara kita. Kajian yang dibuat mendapati, Malaysia antara negara yang rendah jumlah bacaan rakyatnya dalam setahun (tak ingat angka yang disebut oleh ustaz). Inilah sebabnya mengapa perniagaan dan penyebaran ilmu melalui medium ini tidak mendapat sambutan.

Rentetan dari sinilah, saya mendapat idea utk berkongsi ttg buku dan reviewnya. Inshaa Allah, jika diizinkannya. Semoga usaha ini, sedikit sebanyak membantu dalam penyebaran ilmu melalui pembacaan spt yang diperjuangkan oleh team Telaga Biru Sdn Bhd. Barakkallahu fiikum jamian..

 Ustaz Fauwaz Fadzil Noor
 Bilik Ustaz Zahazan Mohamed



 Alhamdulillah, dapat bergambar dengan ustaz


خاليزا يونس